Friday, September 30, 2011

India Trip: Part 6 (Final)



Baca ::Part 5::

*sambungan Day 4 (3rd Sept 2011): Jaipur

kita dah sampai ke last part #:-S finally, kan?!

selepas melawat Amber Fort, kami singgah ambil gambar di Jal Mahal (Lake Palace) sebelum pergi makan..
Jal Mahal ni terletak betul2 di tengah2 Man Sagar Lake, sebuah tasik buatan..
bangunan merah macam jambatan kat belakang tu empangan

kami bertiga saja.. papa & adik tak nak turun dah /:) lapar sangat kot :D

dah kenyang, kami masuk Pink City pulak.. Jaipur di gelar 'Pink City' kerana seluruh bandar di cat pink untuk menyambut kedatangan Prince Albert and Queen Elizabeth II dulu.. so nama tu stuck sampai le sekarang..

memang semua bangunan kat sini kaler pink/merah..
hujan kat luar, jadi gambar kurang jelas :(

sedang menuju ke Royal Palace Museum.. tapi kami tak masuk pon, tengok dari luar aja.. masa ni semua orang macam dah tak ada mood, tambah pulak hujan.. lagi la kami tak nak gerak keluar dari dalam kereta :D

sebenarnya masih ada raja tinggal dalam tu.. tapi sebahagian besar istana ni dijadikan museum
Mr Guide tu macam tau2 je kami dah tak berminat nak melawat2 ni.. jadinya dia bawak kami pergi shopping :P oh, ini kami memang suka la... tapi dua jejaka tu tension je kena tunggu :D

mula2 bawak tengok jewelry, lepas tu tengok cotton printing pulak..
brader ni tengah kasi demo

macam main cop2 kentang, bendi etc. dalam kelas seni masa sekolah rendah dulu pon ada /:)
dia tunjuk demo ni kasi syarat je.. sebenarnya nak suruh kami shopping yang lebih!

dah habis shopping, kami bergerak ke hotel.. sayangnya Mr Rajiv kena tinggalkan kami sebab dia ada guests lain nak kena pick up dari Delhi :(
gambar kenangan with our driver, Mr Rajiv.. memang puas hati dengan layanan dia ni..dah la driving skill dia terbaik!
malam tu sepatutnya dia bawak papa ke hospital untuk dialisis.. tapi disebabkan di kena ke Delhi, ada driver lain la ganti..kiranya esok nak ke airport pon driver ni jugak yang hantar. but still Mr Rajiv sangat concern, banyak kali call the other driver tanya ok ke tak.. lepas tu pulak bila kami confuse waktu flight kami, pagi2 pon dia tolong settlekan tanya boss dia :D tak ada dia kami memang terkontang-kanting la kat situ! dan kesian jugak kat Mr Rajiv sebab kerja non-stop.. sempat balik makan & jumpa family beberapa jam je sebelum ke Delhi tu!

oh, lupa nak bagitau, travel agency kami based di Jaipur ni.. Mr Rajiv pon asal sini juga :)


Day 5 (4th Sept 2011) : Jaipur - Bangalore

Kalau ikutkan itinerary, flight kami ke Banglore dalam pukul 11am macam tu, tapi driver kata nak datang pick up pukul 11.. mana la tak gelabah, kang tak balik kami dibuatnya! kami dah siap2 nak check out dah pagi tu.. kalau driver tak datang ingat nak ambik taxi aja! sekali dapat sms dari agent, flight delayed rupanya :D lepas breakfast, collect kunci, kami sambung tido :P

sebelum ke aiport kami singgah office travel agency dulu.. settlekan baki bayaran. sempat la sembang2 dengan owner, muda lagi rupanya, sama umur la kita! tapi company ni dah lama, dari zaman atuk dia lagi :) Mr Rajiv tu dah keje sini belas2 tahun dah!

masa banyak lagi, tapi bila diajak berjalan2 kami dah tak mahu.. biarlah tunggu berjam2 kat airport tu ;) Nanti kalau kamu2 pergi ke Jaipur, jangan la jadi malas & x bersemangat macam kami ya?! banyak lagi tempat best kat sini, macam Hawa mahal, Albert Hall & Birla Temple..
dah sampai Jaipur Airport..
tak de kerja.. dok melangut je la kami kat situ..

tunggu..
dan tunggu lagi :P

ok jom.. flight kami ke Bangalore dah sampai

sebelum ke Bangalore kami singgah dulu Mumbai nak jumpa Shah Rukh Khan :D

acah aja :P flight transit kat Mubai, tapi kami tak turun pun..
kesian, kena beratur dalam hujan :(
Mumbai Airport ni sangat busy okeh, siap kena beratur lagi nak take off.. boleh main gilir2 pulak dengan flight yang nak landing :D
akhirnya.. sampai jugak kami di Bangalore

since SpiceJet ni tambang murah, flight kami park jauh sikit.. tapi nasib ada bas, tak payah nak jalan jauh macam kat LCCT tu

Di Bangalore, kami curik2 masa shopping, sebab nak kena check-out hotel jam 12pm
naik Auto tuuu! tapi kami 3 bradik je.. mama & papa malas nak ikut
hajatnya nak pergi borong Levi's di MG Road, rupa2nya bila kami sampai sana semua kedai tutup daa.. masa tu dah pukul 9am tau.. sebenarnya kedai bukak jam 11.30am! nasib baik ada taxi driver offer nak bawak kami shopping souvenir & saree :D nak tak nak ikut jugak la... takkan kami nak tunggu, kan? lagi pulak MG Road tu ke hotel ambil masa 20 minit..kalau nak balik hotel rugi la~

dan nasib baik jugak kami ikut dia.. akhirnya bertemu juga kami dengan saree & cotton yang murah! sebelum ni rasanya macam kami kena tipu, ataupun memang diorang letak harga tourist macam tu! kelam-kabut kami pilih kain semua :P nak cepat!

fuh..nasib baik sempat sampai hotel sebelum 12pm! terus tarik bag pergi check-out :D
janji dengan airport taxi pukul 12, lambat pulak dia sampai!

dalam perjalanan ke airport, kami jumpa ni..

segerombolan gadis2 berarak.. tak tau diorang nak pergi mana.. ada perayaan la tu kot?!
dah sampai Airport.. makan dulu :D
oh, sini baskin-robbins sangat murah! puas hati dapat makan banyak2 :))

last pic..
kami nak balik dah! senyum lebar sebab tak sabar nak sampai Malaysia ;)

sekian, coretan perjalanan kami ke India >:D< next trip ke mana ya? tungguu~~~~

Thursday, September 29, 2011

India Trip: Part 5


Baca ::Part 4::

Day 4 (3rd Sept 2011): Jaipur

Balik je dari Taj mahal, kami cepat2 breakfast & check out.. kami hanya ada 30 mins je sebab nak berkejar ke Jaipur pulak, memandangkan kami dah terlebih spent time di Agra.

perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam, kali ni jalan agak lengang berbanding highway Delhi-Agra =D>

tengokler..berani sungguh la!

cuaca hari ni tiba2 pulak mendung & hujan renyai2 sekali sekala.. padahal hari2 sebelum ni panas terik! dari Agra sampai Jaipur mendung sentiasa :( separuh jalan kami terpaksa berhenti nak bawak masuk luggage yang letak atas bumbung

kami tiba di Jaipur dah tengahari.. terus tuju ke Amber Fort. Tour guide kami semasa di Jaipur ni dah tunggu kat situ :)
itu dia Amber Fort, atas bukit.. mati2 kami ingakan kena menapak ke atas tu! memang tak larat la kan?!
nasib baik kereta boleh naik sampai atas sana :D
Amber Fort (or Amer Fort) mendapat nama kerana warnanya :)
merupakan kediaman Maharaja2 Rajput & their families.. Jodha Bai berasal dari sini la!
rupa bahagian royal residence dari bawah

nak masuk kena mendaki sikit saja ;) sambil mendaki kita dengar cerita dari Mr Guide.. lupa pulak nama dia apa :"> masa ni badan dah penat & tak ada mood nak jalan2 dah :( dengar certia pon sambil lewa aja..

dah masuk main gate..
kat sini sebenarnya ada Elephant Ride, tapi masa kami sampai tu dah tengahari, gajah2 pergi berehat.. pernah tengok cerita "Hum Saath Saath Hain" scene naik gajah sambil nyanyi2 tu? belakon kat sini la :)
tunggu Mr Guide belikan ticket..
menuju ke palace.. tapi kami ngelat, tak panjat tangga tu.. lalu ikut ramp tepi tu :P
dah sampai atas.. rupa dataran tadi dari atas
Singh Pol (Lion Gate)
Diwan-i-Am
us posing in front of Ganesh Pol (Ganesh Gate)
the latticed windows above the gate is where the ladies of the royal family used to watch through to see functions held in the Diwan-i-Am below
berbeza dengan Mughal Forts, here they use vegetable paint to decorate the gates & buildings
bawah ni ialah Sheesh Mahal (Mirror Palace), bangunan di sebelah kiri Ganesh Pol
digelar 'Mirror Palace' kerana dihiasi dengan cermin2 kecil..
contoh design dari dekat
yang bawah ni pulak digelar “magic flower” kerana terdapat 7 image tersembunyi
dengan menutup certain tempat tengan tangan, kita boleh nampak ikan, scorpion, elephant trunk, kepala ular tedung, ekor singa, lotus & jagung

restoration work in progress
Ganesh Pol dari dalam.. jom naik situ
cak.. dah ada kat atas :D backgroud adalah Sheesh Mahal tadi

ada taman kat tengah2.. pandangan dari atas
sekarang ni kami berada dalam Ganesh Pol

macam ni la rupa Diwan-i-Am dari atas

jom kita ke menara tu, tengok apa yang ada..
oh, ada taman rupanya ditengah2 tasik.. tasik tu namanya Maota Lake. ada rupa karpet tak?
kiri ada ni..
dan kanan pulak..
depan..

ok..jom gerak ke sebelah kanan Ganesh Pol pulak
pemandangan luar
kat bawah ni pulak adalah kediaman dayang2/pekerja
2 kuali besar tu digunakan semasa pengambaran "Jodhaa Akbar", habis berlakon diorang tinggalkan aja..
Sheesh Mahal lagi :P
ni pulak bangunan di sebelah kanan Ganesh Pol


istana musim panas.. ada air terjun di tengah2.. airnya dialirkan ke taman. tujuannya simple.. nak kasi sejuk

we are now in the Palace of Man Singh I
atas tu bilik Maharaja.. bahagian bawah semua bilik isteri2.. ada 12 kesemuanya /:)
last picture sebelum meninggalkan Amber Fort..


to be continued ;) tinggal 1 part je lagi.. tunggu tau!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...