Tuesday, September 27, 2011

India Trip: Part 4



Baca ::Part 3::

Day 4 (3rd Sept 2011): Agra

yosh..hari yang ditunggu2 sudah tiba <:-P

pagi2 lagi kami dah ke Taj Mahal.. pukul 6am dah tercegat depan hotel tunggu driver :D tak jauh pon hotel kami tu dari Taj Mahal, 5 minit dah boleh sampai!

again, kami kena naik kenderaan khas, tapi kali ni kenderaan electric sebab nak halang asap kenderaan dekat2 kawasan Taj Mahal tu.. ada bas tapi kami naik auto je, cepat sikit..
see, gelap lagi tau!
tempat beli tiket adalah di kawasan parking, sila bayar sebelum naik transport ye..
ticket per pax =Rs750 (RM53)
actually nak jalan kaki pon boleh.. tapi tahan kena kejar penjual la ye?!

dah sampai pintu masuk.. kat sini security check macam kat airport /:)

tepi2 ni semua adalah quarters pekerja binaan
kita selalu dengar cerita pekerja kena korek mata la, kena potong tangan dsb. kan? tapi tak pulak Mr Qurban cerita pasal ni (kami pon x berani tanya!) tapi yang pasti, pagi2 sebelum bekerja, mereka mengaji dulu!

gate masuk tadi dari dalam, gate kiri..
ada 3 gate kesemuanya, untuk isteri2 Shah Jahan yang lain
yang ni gate kanan
yang atas ni satu lagi gate.. berdepan dgn Darwaza-i rauza (The Great Gate)
hanya gate ni pemisah kami dengan Taj Mahal :D

pembinaan Taj Mahal(& kawasan sekeliling) mengambil masa 21 tahun.. setiap satu kubah kecil kat atas tu = 1 tahun, separuh lagi di sebelah dalam
itu dia! akhirnya, sampai jugak kami..Alhamdulullah!

pagi2 pon dah ramai.. bayangkan betapa sesaknya kalau tengahari nanti!

senget sikit gambar kami :( sebab penuh orang kat tepi tu
masa ni perasaan saya macam tak percaya kat depan saya ni adalah Taj Mahal..
setiap masa dok klik2 ambik gambar
sayangnya masa ni tengah hujan renyai2.. slack je ada kesan air kat lense.. kat baju pon ada :(

ehem..ehem..
jangan mare.. ni idea Mr Qurban ler

sayangkan gambar ni kabur?!
jangan muntah tau tengok gambar kami..
kalau perhati betul2, kat kubah tu ada cangkuk2.. jadi masa perang, Taj Mahal ditutup dengan kain hijau, supaya tak kena bom!
kesian tau Mr. Qurban tu, dia nak bercerita, tapi kami sibuk nak bergambar!

sebelum naik ke atas..

dari pintu depan
di ke-empat2 pintu ada calligraphy surah Yasin, menggunakan black marble
ada juga surah2 lain, tapi saya tak pasti pula di mana letaknya :">
hiasan betul2 di sebelah pintu masuk.. kamera sampai sini je :(
kat dalam tu marble inlays lagi kencang! ada pagar marble berukir, di tengah2nya ada replika tomb, yang original terletak kat bahagian bawah (tomb asal ditutup kepada umum) katanya, tomb asal diselaputi precious stones! ada 2 tombs sebenarnya, right in the middle tu tomb Mumtaz, di sebelahnya pula Shah Jahan

masa ni kan tengah hujan, jadi dalam tu gelap le, sebab hanya ada 1 lampu, itupun malap2 gitu.. but since Mr Qurban bawak torch light kecik boleh la kami nampak jugak!

boleh google gambar dalam Taj Mahal.. ada je orang ambik gambar curi2.. saya x berani sebab Mr Qurban ni kan garang.. orang lain pon dia sound direct je!

di setiap penjuru (sebelah dalam) ada ruangan tempat Shah Jahan duduk2 bertapa bila dia rindu pada Mumtaz Mahal.. mengikut cerita, Shah Jahan menjadi hafiz kerana rindukan isteri!

tiba2 dah kat luar kan?! hehe
ni kat belakang Taj Mahal.. itu adalah Yamuna River.. dan di seberang sana tu la tapak Black Taj Mahal
nampak kan? semalamnya kami ambil gambar dari seberang sanalah.. tapi bahagian tepi sikit dari situ :)

ni masjid yang saya cerita dalam entry sebelum ni

dan kembarnya
;)
masa kami nak bergambar tunjuk2 ni ada locals sibuk nak bergambar sekali.. kata Mr Qurban, mereka ingat kami ni artists :P masa di Fatehpur Sikri pon ada juga locals yang minta bergambar & kami ikut aja.. Mr Qurban yg tolong tanyakan :D tapi dia pesan jangan layan dah lepas ni! sempat ler kami perasan 'star' sekejap..kekekeke

ada rupa artis ke?
ok la tu~
full view of the masjid.. the other buiding is exactly the same.. yang beza background saja
dah selesai tawaf Taj Mahal :P
The Great Gate dari Taj Mahal
gambar pintu depan Taj Mahal sebelum turun
mama & her shoe cover.. wajib pakai semasa berada dalam Taj Mahal, termasuk balcony (semua kawasan dari white marble) or else sila berkaki ayam! tujuannya nak preserve the marble dari kotoran..
and The Great Gate dalam perjalanan keluar..

memang puas hati dapat jejak kaki ke Taj Mahal ni! berbaloi-baloi :P dalam tak sedar dah 2 jam kami kat sini.. tak rasa sebab sangat mengasyikan, tambah lagi Mr Qurban memang banyak bercerita! habis pokok2 pon dia introducenya :D

gambar terakhir kami sebelum keluar..
selamat tinggal!

ok, jom balik hotel.. kami nak kena rushing sebab nak ke Jaipur pulak lepas ni!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...