Day 4 (3rd Sept 2011): Jaipur
Balik je dari Taj mahal, kami cepat2 breakfast & check out.. kami hanya ada 30 mins je sebab nak berkejar ke Jaipur pulak, memandangkan kami dah terlebih spent time di Agra.
perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam, kali ni jalan agak lengang berbanding highway Delhi-Agra =D>
tengokler..berani sungguh la!
cuaca hari ni tiba2 pulak mendung & hujan renyai2 sekali sekala.. padahal hari2 sebelum ni panas terik! dari Agra sampai Jaipur mendung sentiasa :( separuh jalan kami terpaksa berhenti nak bawak masuk luggage yang letak atas bumbung
kami tiba di Jaipur dah tengahari.. terus tuju ke Amber Fort. Tour guide kami semasa di Jaipur ni dah tunggu kat situ :)
itu dia Amber Fort, atas bukit.. mati2 kami ingakan kena menapak ke atas tu! memang tak larat la kan?!
nasib baik kereta boleh naik sampai atas sana :D
Amber Fort (or Amer Fort) mendapat nama kerana warnanya :)
merupakan kediaman Maharaja2 Rajput & their families.. Jodha Bai berasal dari sini la!
rupa bahagian royal residence dari bawah
nak masuk kena mendaki sikit saja ;) sambil mendaki kita dengar cerita dari Mr Guide.. lupa pulak nama dia apa :"> masa ni badan dah penat & tak ada mood nak jalan2 dah :( dengar certia pon sambil lewa aja..
dah masuk main gate..
kat sini sebenarnya ada Elephant Ride, tapi masa kami sampai tu dah tengahari, gajah2 pergi berehat.. pernah tengok cerita "Hum Saath Saath Hain" scene naik gajah sambil nyanyi2 tu? belakon kat sini la :)
tunggu Mr Guide belikan ticket..
menuju ke palace.. tapi kami ngelat, tak panjat tangga tu.. lalu ikut ramp tepi tu :P
Diwan-i-Am
bawah ni ialah Sheesh Mahal (Mirror Palace), bangunan di sebelah kiri Ganesh Pol
digelar 'Mirror Palace' kerana dihiasi dengan cermin2 kecil..
Ganesh Pol dari dalam.. jom naik situ
jom kita ke menara tu, tengok apa yang ada..
oh, ada taman rupanya ditengah2 tasik.. tasik tu namanya Maota Lake. ada rupa karpet tak?
ok..jom gerak ke sebelah kanan Ganesh Pol pulak
pemandangan luar
kat bawah ni pulak adalah kediaman dayang2/pekerja
2 kuali besar tu digunakan semasa pengambaran "Jodhaa Akbar", habis berlakon diorang tinggalkan aja..
Sheesh Mahal lagi :P
ni pulak bangunan di sebelah kanan Ganesh Pol
we are now in the Palace of Man Singh I
last picture sebelum meninggalkan Amber Fort..
to be continued ;) tinggal 1 part je lagi.. tunggu tau!
No comments:
Post a Comment