Friday, December 31, 2010

Ronda-ronda kotaraya

As promised before, here are the pictures of the pandas meeting haritu. Unfortunately, tak semua dapat join.. gambar pon dah basi pasal dah letak dulu kat fb :P lagi pulak, I've only managed to get hold of these picture Khamis minggu lepas over dinner with pandas.. this time including Dila and Waniey, too! Oh, how I've missed them so much.. dah lama tak jumpa like forever! ahah, overlah tu kan? the last time jumpa Dila was on our buka puasa gathering, and Waniey was on convoi raya the other day. But this is another story. I wanna cerita on our Jalan2 first.

so, cuma kami ber7 saje posing sakan kat tempat2 yang orang KL takkan pegi (but anyway, we're not KL-ite~ pon) eheh, kat mana tu?






sini:
mana ni?
Istana Negara
uish.. ramai giler orang kat sini..pelancong la of course! kami? buat muka tak malu..berlagak pelancong juger.. sampai ada orang tanya kami dari mana =)) perasan tak ada orang asing kat gambar tu? haa, pelancong dari China tu.. eksited nak ambik gambar dengan kitorang! ni baru 2 orang..yang lain tak ter ambik gambar pulak~ mana2 kitorang pegi mesti diorang pon nak join sekali! agaknya pelik tengok kitorang ni pakai tudung. Last2 diorang pon lilit2 selendang buat ambil gambar :P


next,



sini:
oh, kalau tak kenal maknanya buta! hehe..

uish, kat sini pon jumpa jugak pelancong2 tadi.. tapi kitorang mengelak dari bertembung :D
panas oo.. tengok spekku itu dah bertukar kaler. dah macam pakai sunglass



mana lagi?




sini pulak:
ini adalah Stesen Keretapi ye adik2~
tahan keretapi..
punyalah eksited nampak kepala keretapi tu.. sekali komuter pulak yang muncul! apedaaaa~

hajat kami sebenarnya nak pegi banyak tempat lagi.. tapi panas sangat.. penat pulak tu! ehehe, jadiknya terus cari tempat nak isi perut. punya la susah nak decide, last2 Cyberjaya juger menjadi pujaan hati :-<
not bad la makanan kat sini.. tapi agak mahal jugak. bleh la sekali sekala~


Oh.. tujuan asal gathering ni sebenarnya to say goodbye to Watie yang nak balik kampung for good. Oh, soo sad.. makin kurang geng kami kalau nak berkumpul2 lagi pas ni! Kiranya ni meeting terakhir, tapi sekali terberjumpa pulak lagi hari Khamis haritu la.. sebab cik Dila datang dari Kedah! kira halal la~


p/s: as usual, more pics in fb~ kudos to Kirin for the pictures.. banyak gambar jadi kalini =D>


Thursday, December 30, 2010

Ada 2 perkara

nak dikongsi di sini.. which happened yesterday, 29th Dec 2010.



1. Malaysia juara weyh!!
wow.. TAHNIAH kepada team MALAYSIA =D> best giler!!
lagi best bila PM umum Jumaat cuti! sape yang untung? kita jugak~ tengs korang.. terharu ni!!
hmm.. dan2 sekarang semua nak claim jadik girlfriend Khairul Fahmi~ weh, kesian la kat GF dia :D



2. Mamaku dah bersara
Supposedly 29th Jan 2011 should be her last day, tapi disebabkan banyak simpan annual leave, mama dapat cuti 1 bulan.. wah, seronok la papa dah ada geng kat rumah.. dan kami akhirnya dapat merasa air tangan mama :P haha, adik dgn kangah jangan jeles ye?! adik mesti tak sabar nak balik kan?


p/s: hari ni mesti ramai orang tuntut janji dari Julia Perez =))


Friday, December 24, 2010

The start of a new beginning

InsyaAllah!

But have I made a right decision? or a wrong one?

I've tendered my resignation today..
I'm not that happy, tho.. simply because there's a lot of things that stop me from going!
hurmm.. I wonder, is it because I'm that good? hehehe..perasan kejap, until the people at the top wanted to see me! or is it because I'm the last 'guy' standing?
Spent half day in the boss' room this morning.. until I don not have mood already! with headache on top of P pain.. oh, my! what a day. Imagine my feeling when I've spoilt people's holiday :( but true enough I've to think of myself.

Nonetheless, I've made my decision, and let's keep it that way! Please pray for my success instead of scaring me.. like I'm not worried enough already!

Tuesday, December 21, 2010

Smileee!!

not sure if you've noticed these: :) :D :P have been appeared in my previous posts.. hehehe, sangat excited okeh dah berjaya add those emoticons in my entries

so now nak cuba guna 'advanced' emoticons.. kalau ok, lepas ni bleh proceed.. kalau tak santik tak payah la kan?!

Jangan /omg ye? /please

edited: macam besar sangat la.. pulak tu ada backgroud putih :(

what say you? ok or ko?

Saturday, December 18, 2010

Counting hours~



to hugs and kisses my dear pandas!!

23 hours to be exact!



p/s: pegi mana? tunggu~ sure will update with lotsss of pictures ;)

Thursday, December 16, 2010

Thank you!!

to Touch 'n Go

Alhamdulillah!

semalam ke KL Sentral during lunch hour semata2 untuk collect rebate. Eh tipu, juga activate balik satu lagi card sebab ada problem.

Do you know that you can get 20% rebate for 80 toll transactions in a month? They call it Frequent Travellers Program. Saya pon baru je tau pasal ni bila terbaca kat satu blog. Thanks to her, rezeki saya barangkali?
So I got this much for 6 months! kiranya I've spent RM738.80 (RM147.76/0.2) in the last 6 months! boleh gila mengenangkan ni! tengok dah berapa banyak saya rugi sebab x redeem for the months sebelumnya :( ceh, baru bagi sikit dah riuh sealam maya.. bersyukur dengan apa yang ada, kan! oklah, dari x de.. lepas jugak tol for 1 month..

so guys, pegi redeem sekarang!!!


p/s: kalau tak de tol lagi bagus kan? :)

Wednesday, December 15, 2010

Edisi terkini terlambat!

Sekarang ni musim cuti sekolah, maknanya jugak musim orang berkawen. Dan bila usia dah mencecah suku abad, makin ramai rakan sebaya mula melangkah ke alam baru, alam perkahwinan.. Infact, almost every week dalam cuti sekolah ni ada jemputan.. tapi apakan daya saya bekerja di hari Sabtu, banyaklah jemputan tak dapat datang..sorry ya kawan2? mana yang terdaya/sempat dan rapat sajer.. tapi doa saya tetap ada.. semoga berbahagia sehingga akhir hayat..Amin!

kalau ditanya bila turn saya? dulu2 jawapannya belum ada kawan/bf.. tapi bunyinya sangat lame.. dan orang yang bertanya mesti takkan percaya.. jadinya sekarang saya dah start jawab begini: InsyaAllah, tahun depan.. kalau tak pun the next next year.. and next, next,next.. ahahaha..nak buat macam mana, jodoh pertemuan di tangan Tuhan, InsyaAllah, ada jodoh, kawen la saya..Aminnnn!

okeh, berbalik kepada cerita.. Sehubungan dengan itu, Sabtu lepas saya dan kaklong ke PD menghadiri perkahwinan Fida.. rakan sekelas di Jasin. Ingatkan dapatlah jumpa kawan2 lama, rupanya tak ada pon..yang ada hanya yang kenal muka sajer, masa sekolah boleh kira berapa patah borak. Dan saya tak sempat berjumpa pengantin, kerana pengantin sedang bersanding dan belum makan, jadinya tak boleh tunggu lama.. kami nak ke Melaka ada urusan mustahak.

dalam perjalanan
Bila pengantin bersanding, saya pulak sibuk makan.. nak melangkah ke depan pelamin mengambil gambar sangatlah malu okeh.. jadinya sebelum balik curik2 jugaklah dari jauh, buat bukti! tak sangka pengatin nampak saya, siap tegur dari atas pelamin.. ok lah tu~

gambar dizoom dari jauh..hence the bad quality :(

Kemudian ke Melaka. first time ni jejak kaki di Jusco TERbesar (hais, kat Melaka ni ape je tak TER.. TERbesar, TERtinggi..ape lagi?!)
terlaksanalah kiranya urusan mustahak kami tu, urusan MELONTAR duhet..aka shopping! jaut x shopping? bukan apa, kat Melaka nun ada 'stylist' free.. harga barang pon jauh lebih murah, siap boleh discount kowkow.. pasal stylist kami tu regular customer! puas hati, saya puas la, tak labur banyak, tapi rasanya sorang lagi tu sangat puas, betul dak? baju dia nak ke weddings dah ada.. saya? recycle sajer mana yang ada!

Tuesday, December 07, 2010

Salam Maal Hijrah

Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1432~

Bila datang tahun baru, mesti ada azam baru.. apa azam tahun ni?

1) Cari kerja baru <- kira hijrah besar ni
2) Beli HP baru <- ni kira hijrah juger :p
3) Kurus <- ahahahahahahahahaha..ni azam dah berapa lama tak bleh nak kira
4) Kawen <- yang ni pulak kena cari bf dulu la kan?!

apa2 pon, harap atleast satu dari 4 ni tercapai..InsyaAllah!

p/s: hari ni bersiaran dari office.. ye, saya berkerja hari ni, tapi pagi sajer.. ok, nak chow dah.. perut sudah beryanyi~


Monday, December 06, 2010

Marry me, Mary

a.k.a Mary Stayed Out All Night
I'm currently watching this drama series.. that replaced Sungkyunkwan Scandal, which I'm currently watching too(watching half way though..I'm waiting for the mood to come:P ). Anyway, it started a bit slow, but I can see it's going much better now.

The first thing that make me want to watch this was because of the cast, Moon Geun Young who plays Mary. She was great in Cinderella Unni, and this time plays a totally different character.. dengan lakonan yang sangat berjaya! And then, there's Kim Jae Wook, the waffle maker(or what ever you call it) from Coffee Prince and Jang Geun Seok yang sangat cantik~ sangat okeh, bleh kata lagi cantik dari perempuan.. ahah!

tengok, betul tak? dengan rambut macam tu~
ni silap2 ada yang tak bleh nak differentiate which is which :)

It's roughly about a girl (Mary) stuck with 2 husbands- one which she asked to pose as her husband and another arranged to marry by their dads, for 100 days, after which she has to decide who to marry.
oh, scene ni hanyalah khayalan semate2

For me, its a good drama, if not great.. it's light and refreshing. Lagi2 dengan lakonan lead actor and actress.. the chemistry between them is so cute! me likey~ Sesuai untuk jiwa muda..ahaha~

uh, I like the way the hero called the heroin.. "Merry Xmas~!" ahahah..cheeky~

Thursday, November 25, 2010

Hello? makcik, Atiqah ada?

Sekarang ni tengah berkira2 sama ada nak beli mobile phone baru ke tak? Berkira2 dari segi kewangan.. keperluan.. kemengadaan.. iyelah, orang lain dah pakai HP canggih-manggih lama dah.. I'm still using my moto v7 :( has been more than 4years, and still counting!

Saya juga mahu bergaya seperti orang lain! jeles tengok org berFB and blogging thru phone~ lagipon senang kan bila kat luar @ balik kg! lagi2 bila tengah menuggu, takde la boring. nanti tak payah dah rebut pc dgn mama..hehe. Dan bila dah ada HP canggih, dah tak perlu sorok2 pakai HP sekarang depan orang malu weh HP cikai sajer (ye, saya tau ni semua alasan~ nak menyedapkan hati sendirik!) tapi pon, beli ni bukan nak menunjuk.. untuk kepuasan sendiri sebenarnya.. ingat, ni adalah kehendak, bukan keperluan!

But the problem is, mampu ke nak bayar bil bulanan nanti? skarang ni topup ikut suke.. maximum sebulan=RM20. Dah bayar mahal2 kang simpan je pulak dalam handbag.. x ke rugi tu! lepas tu, ada ke masa nak guna? akhirnya nanti aku rebut gak pc kat rumah tu!

dan yang lebih memeningkan kepala: HP mana satu yang nak dibeli? and which service provider should I choose? survey2 online, macam tak banyak pilihan.. nampak gaya nak kena pegi melawat sales center, baru puas hati!

p/s: pikir Tqah, jangan tak pikir! pikir semasak2nya..biar sampai hangus empuk!

Wednesday, November 17, 2010

Kim Hyun Joong will be here!!

yup, here..in Malaysia! woot~woot~

He'll be waiting for me in Pavillion on 4th Dec at 5pm..
well, I'm working on that day, and my work finishes @ 5-harus pergi ni..jom, sape nak ikut?!

read this for more info

p/s: Hyunjoongie, wait for me, will ya?!

info credit to TripleS Malaysia ;)

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha

Esok hari raya.. kami beraya di Sepang sajer, pasal tu la tak ambik cuti pon! ehehe, ngelat.. tapi saya ada tolong mak juger masak2 ye~

anyway, Selamat Hari Raya Aidiladha.. selamat menjalani ibadah korban juge~~ jemputlah beraya ke rumah!!

p/s: Makan daging tu, beringat2 la ye?!

Thursday, November 11, 2010

cootiii~

tak pegi jauh pun, ke Damansara sajer..
lebih tepat lagi berkunjung ke rumah baru mak pak Aariz Zafir :)

Actually kitorang pegi asing2.. mama+papa+kalong pegi dulu tengahari tu, I pegi lepas keje..eh, biasalah Sabtu memang hari berkerja. Dalam perjalanan tak sesat, bila dah sampai boleh pulak dok pusing2 jalan kaki nak cari block C tu.. pasalnya I park kat luar. Sekali bukak pintu, mak oi, ramainya orang. Ingatkan takat family sendiri je, sekali keluarga abgdosh pon ada sekali! seronok la budak kecik tu sebab dapat jumpa aunT dier :p

Sebenarnya rumah dulu dengan yang ni seblah-menyeblah je. Cumanya, yang ni rumah sendiri, pastu ada swimming pool. bestje, lagi2 rumah kangah sama level.. kluar rumah bleh terus terjun. pagi2 lagi Aariz dah berendam dengan daddy & tokpa dia. Alolo, comey je Aariz swimming!
dan para ibu bergossip di tepi kolam

dah alang2 sampai Damansara, kenalah singgah Ikea. mak oi, ramai sungguh orang haritu.. sampai nak cari parking pon kena beratur! padahal kitorang bukan nak cari apa pon..tapi bila dah masuk tu, semua benda pon nak rembat.. ehehe hajat dihati nak makan meatballs dgn kek daim tak kesampaian.. makan nandos instead!
thanks kangah & kalong belanja lunch hari tu~

p/s: lama dah tak melancong. last masa tahun baru! dah nak masuk tahun baru balik dah ni~

Thursday, November 04, 2010

halo~halo~

Esok Deepavali..
Hari ni kami berdua sahaja di office..yang lain dah cuti. Orang atas (MIM) pon half day je ini hari.
Apa lagi, mari berjoli katak~

uish, seronotnya esok cotiii.. boleh bangun lambat! eheheh. tapi Sabtu keje.. cis, tak best! Ahad & Isnin cuti balik. yay~!!

p/s: Happy Deepavali~

Friday, October 29, 2010

Astro channel 393

woot~woot~~
Nanti nak ada satu lagi Korean channel kat Astro: ONE HD! I suspect this is channel SBS.. sebab majority rancangannya dari SBS! nampak dari iklan(preview) tu macam ada drama "My Girlfriend is Gumiho", "Family Outing" etc. malangnya kena tunggu, sebab dia tak cakap the exact starting date nya, cuma ada mentioned 'in a few weeks' but anyway, I'm still excited.. tengkyu Astro~!!

excited as I am, I went directly to search on it.. and I found this..

ONE HD (Astro Channel 393) provides the best selection in Asian general entertainment with a focus on Korean content. Lovers of Korean entertainment will be drawn to the first-run and exclusive mega-hit Korean drama series (e.g.My Girlfriend is Gumiho, I'm Legend, My Ex and the Neighbour); variety shows featuring top Korean entertainment hosts (e.g.Star King, Family Comes Here, Star Junior Show); concerts and music shows featuring live performances of chart-topping K-pop artistes like Super Junior, Wonder Girls and Boa (e.g. K-pop Countdown, Kim Jeong-Eun's Chocolate Concert), and many more. - Astro
betul la..tak tipu punya!

p/s: harap2 lepas ni Astro bayek hati tambah MBC pulak~ hohoho

Thursday, October 28, 2010

Dah bangun dari tidur!

Gunung Merapi dah bangkit.. sayu tengok gambar depan The Star hari ni, seekor kerbau menjadi korban! tu baru haiwan, blom lagi orang..

Mari kawan2.. kita doakan keselamatan jiran kita disana! juga buat rakyat Malaysia kat sana..



p/s: bersyukur sangat2 Malaysia tak de gunung berapi~Alhamdulillah!


Wednesday, October 27, 2010

Playful Kiss

bagi yang suka baca manga dan drama Japan, mesti tau Itazura na Kiss
bagi peminat drama Taiwan, mesti tau It Started with a Kiss
Playful Kiss merupakan versi Korea. diadaptasi selepas It Started with a Kiss medapat sambutan hangat
alah, macam BOF jugak..
tapi tak kisahlah drama ni ori ke, adaptation ke..yang penting, heronya adalah pujaan hatiku.. siapa lagi kalau bukan Kim Hyun Joong! yosh.. sudah semestinya lah nak kena buat entry khas, kan?! :p

I haven't watch this yet, nak tunggu subtitle keluar habis dulu. Tapi kat Korea cerita ni dah abis dah.. I can't guarantee best ke tak, ye! So guys, watch at your own risk! tapi takkan rugi punyalah, pasal ada KHJ yang cantik macam bunga handsome itue~ kekeke



p/s: nak pinjam boleh je.. boleh kita meroyan sama2~ahaha

Sunday, October 24, 2010

mari membaca~

Dah lama sebenarnya tak enjoy baca novel melayu.. bukan berlagak atau lupa daratan, cuma kebelakangan ni susah sangat nak cari buku yang betul2 memenuhi selera saya. sebabnya dah selalu sangat terkena beli novel yang kureng.. harganya pon bukan murah! dan saya bukan orang kaya yang boleh bazir2 duit.. memang membazir kalau beli tak baca/baca separuh jalan! sekarang dah jadi fobia nak beli novel melayu. entah berapa je novel yang saya khatam dari yang ada ni! even mama yang boleh kata tiap2 bulan beli novel sebelum ni, sekarang pon macam dah slow sikit..takut agaknya!

tapi tak bermakna tak beli langsung (walaupun bukan saya yang beli:p), cuma beli hasil karya penulis2 favourite / yang boleh dipercayai.. macam mana nak tau? either karya diorang sebelum ni best, atau novel tu dah pernah dibaca online. memang saya takkan teragak2 untuk beli novel yang dah pernah dibaca di blog..tak rugi pon sokong novelis yang menulis secara ikhlas! dia bagi kita baca free sebelum ni, apalah salahnya kita tolong dia pulak kan?! memang diakui ramai penulis berbakat kat luar sana, mungkin saya yang tak jumpa lagi kot? saya pon tak rajin nak blog-hopping baca review ke hapa kan! tapi yang pastinya kalau novel tu saya suka, ulang 10 kali pon tak apa! tapi kadang2 ralat jugak takut buku rosak. sayang!

rasanya, novel terakhir yang saya khatam adalah ini:
kenapa saya suka? gaya bahasanya memang sempoi! dan jalan cerita lain sikit.. ala2 novel romance english! me likey:D

dan bila mama bawak balik novel ni pulak, oh..saya sangatlah excited!! tak sabar rasanya nak baca~ tapi bagi peluang dulu untuk tuan empunya, kang tak tenteram pulak saya nak baca..asyik berebut!
sampai je turn, saya pulun sampai lambat tido (alangkah bagus kalau study pon pulun habis macam ni!) dan memang tak rugi mama beli.. dan tak rugi saya baca *wink*wink* memang enjoy habis. nak tau best macam mana, kena lah beli~ahaks!

novel boleh di order dari sini: Jemari Seni mari sokong barangan buatan Malaysia..tapi pastikan ori berkualiti baru beli~

p/s: kawan2 jangan marah sebab saya ada ibu yang bayek hati tolong beli.. nasib baik ada mak satu kepala! selamat poketku.. ahah..ngelat!


* ni hanyalah pendapat saya..bagi novel popular, bukan novel satera. yang pasti ini selera saya~ peace ya!
** pictures credit to JS.com

Friday, October 22, 2010

We got married

bertenang..bertenang.. it's not me!

If you could recalled, last time I pernah blog about this couple on the same show, which sadly divorced seperated due to schedule conflicts..

guess what? no..they are not coming back together (I wish!), but there is now a not-so-new couple on the show which I'm currently watching.

presenting..
Khuntoria couple (Nickhun + Victoria)
Why did I say not-so-new? because they have been together for +-3months now (for the show, I mean!) and I've watched them from epi 1 lagi! oh so cute la couple ni. nampak macam malu2.. tapi sangat romentik okeh?! I likeee~
can't wait for their 100th day celebration..
also, can't wait for their new love nest! sekarang asyik dating kat luar je. blom pon dapat hidup like normal hubby+wifey.. bila tu tak tau. hopefully in the near future!

so, apelagi.. meh la sama2 like Khuntoria~


**perasan tak my new layout? (kalau tak nampak memang bu*a la tu!) I love it! love the cheerfulness.. reflecting my mood now -not!

Thursday, October 21, 2010

Si Pandas beraya

edisi lapuk! dah ketinggalan zaman~

kekeke..ni lah bahana rajins terlampau.. sampai dah lupa tak buat laporan kat sini lagi!

seperti tahun2 yang lepas, geng kami tak pernah miss beraya rumah2 panda sekitar KL-Selangor. Tapi kali ni tak semeriah dulu, tak semua dapat join dek tanggungjawab masing2-baik keluarga mahupun kerjaya. Anyway, we still enjoyed our time together.. susah nak dapat gather macam ni!
bila gambar dah basi, jadi malas nak cakap panjang. So, sila tengok gambar lain2 di fb. Sekian, terima kasih~

p/s: raya sekali lagi tak tau boleh jalan2 raya macam ni lagi.. nanti dah tinggal 2-3 kerat je~ sob..sob..

Tuesday, October 19, 2010

Tak ade kerja ke?

pagi ni jem luar biasa kat jalan Dengkil-Cyberjaya. agak jauh jugak, adalah dalam 1-2km..dari flyover blakang Hotel Sepang tu sampai ke flyover nak ke PICC. mati2 haku ingat ada kemalangan. mana taknya, behenti terus la.. pastu jalan hinggut2 macam kura2.. rupa-rupanya..







ha cuba teka..










ada road block rupanya!

cis..adeke buat rodblok pagi2 buta time orang nak pergi keje.. dah aku bazir masa kat situ 18menet.. padahal memang masa nak ke office cukup2 je! jadinya, harini masuk office pukul 9.20am. gila tak? nasib baik tak de punch card ke ape, kan? kalau tak naya je kena potong gaji..ahaha

bayangkanlah, jalan yang 3 lanes tu boleh block tinggal satu! yang geramnya, dia tak tengok apa2 pon.. dahtu, buat roadblock untuk apekah? sabar jela~

Sunday, October 10, 2010

10.10.10

hari ni ada orang kawen..
hari ni ada orang bertunang..
hari ni ada orang celebrate anniversary..
hari ni jugak ada orang celebrate birthday..
well, congratulations to who ever it is!
hari ni I don't have anything to celebrate...but I still want to have something special to commemorate the date.. so, what should I do?

the answer is:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
I got SPECIAL entry for this! ahaha.. nak jugak~jangan marah!

Happy 10.10.10 ya all! hehehe..

Tuesday, September 28, 2010

Our very own Nickhun..

LOL

watch my baby brother dance to 2PM's Heartbeat..
it's to welcome their juniors' during the orientation last week

he's wearing black shirt, with black pants and black tie (all blacks~) doing the jump at the end.. double LOL



p/s: thanks to kawan adik for this video!

Monday, September 27, 2010

hitam itu menawan

'it' has arrived.. but I'm not that excited..

buktinya, sampai je rumah, cek itu ini(bersama family).. sembur sikit2(selepas disuruh mama).. terus masuk rumah..

pagi ni, tak pakai pon.. plastik pon tak tanggal lagi.. lagipon yang sekarang ni masih banyak..

tapi yang pasti lusa dah kena start guna..

nak tau apa? tunggu.. tunggu sampai korang tengok sendiri la!

p/s: what's with the title? ~ it's the color of 'it', of course!

Sunday, September 26, 2010

Makan..makan..dan makan lagi

Huhu..ni betul-betul 3 kali makan...sekali sponser diri sendiri, lagi 2 makan free! hehe
2 of my colleagues leaving the company soon, so we went for farewell party(-s) alasan nak makan best sebenarnya~

makan 1: Quan's Ice-cream (pre-party - lunch)
ni tempat makan fav budak2 office ni.. biasanya seminggu sekali mesti makan sini. tapi memandangkan puasa hari tu, kiranya sebulan la tak jejak situ. So, this is like 'balas dendam' lama tak makan Quan's.

makan2: Ole Ole Bali (dinner)
ni kira farewell betul2..cumanya bersama geng? sahaja! deco dia memang best..service not bad..makan pon sedap..portion besar..padan la dengan harga!
we opted to eat outdoor..kerusi meja dia lagi santik~
makan dalam gelap.. romentik habis la kalau nak dating kan?!
ni 2 kami kongsi 3 orang..tu pon perlukan bantuan en.lelaki nan seorang itu!

makan3: Kenny Roger's (lunch)
for the next day.. cuma kali ni we all ate in the office, asked for delivery sajer.. tak payah susah2! sebabnya Sabtu office amat busy.. banyak classes on that day.
kiranya kali ni betul2 farewell..pasal semua staff makan sekali.
sapa punya ni?! nyum..nyum..

burpppp..oops! Alhamdulillah.. terima kasih la belanja makan.. jimat duhet 2x makan!
lama dah tak makan free macam ni..

lepas makan sesi bergambar.. sampai habis beteri baru stop! ahaha tersiksa fotographer kena paksa ambik banyak2.. pulak ni budak2 ni banya kompelin..(me excluded) kesian!
1Malaysia..ahahahaha~
single ladies..abaikan budak gemok berbaju biru itu! ni belum lagi sakan beraya ke rumah orang..open house, keduri & what not! oh..talking about raya, next Suday will be the Pandas' Konvoi Raya..can't wait~!!

p/s: Nicole & Shankar.. good luck in your future endeavors. we're going to miss you around here.. till we meet again, hopefully soon!

Friday, September 17, 2010

Raya lagi ke?

hari ni dah masuk hari ke-8 Syawal.. dan hari ni hari pertama masuk keje.. oh, sangatlah liat nak pegi keje lepas seminggu lebih bercoti..

actually, sepatutnya hari Rabu haritu lagi dah kena keje.. tapi apakan daya, kereta tak mau hidup.. still dalam mood coti lagi kot? terpaksalah mengorbankan satu hari lagi cuti ku yang tak seberapa tu.. nampak gaya nak kena keje Ahad la nak kumpul cuti.. lama lagi nak habis tahun ni!

so, amacam raya? best tak? for me, ok la kot?! meriah memang sangat2 meriah.. tapi tak banyak rumah pon kitorang beraya.. pasal sibuk nak makan.. raya ke-2 makan bbq, raya ke-3 kendurik arwah.. raya ke-4 pulak sup tulang ala siam.. best ooo makan tak berenti.. berat tak tau la mcm mana.. malu nak naik penimbang! hahaha... nampak gaya nak kena puasa balik la ni..bila ntah nak start?!

pagi raya..sayang gambar satu family tak de.. kelangkabut nak pi jalan raya!

bbq.. makan tak hengat~
lagi gambar kat fb

p/s: hopefully konvoi raya tahun ni menjadi la..

Tuesday, September 07, 2010

Selamat Hari Raya

pejam celik, pejam celik, dah hampir sebulan kita puasa (eh, aku boleh kira sebulan ke? hehe) lagi 2 hari je nak raya..malam ni pon dah nak chow balik kampung..

so, dikesempatan ini, saya ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap..terkasar bahasa ke, tersinggung hati ke.. mintak halal makan dan minum.. jugak mintak halal segala link ke, info ke yang sengaja dicilok dan ditempelkan kat sini~

akhir kata, Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin!!

salam perantauan dari orang yang masa gambar ni dipublish masih berada di tanah air..ahaha~ tapi sekarang dah betui2 di perantauan!

p/s: nak duhet raya, boleh?!

Saturday, September 04, 2010

Annyong-hi kashipshio~

Zai jian
Poyitu varugiren
AdiĆ³s
Good-bye
Selamat jalan..
My baby brother just went back to India two days back.. sob..sob..
sedih sebab rumah dah sunyi.. sedih jugak sebab tak dapat raya sama2..first time ni raya dia takde!

His destination: Cochin
after that there's another 10 hours journey by train! haih..bernanah b*nt*t macam ni!

Memandangkan he got a looonnngggg journey ahead, mama asked me to cook one of his favourite food for bekal berbuka.. awal2 mama dah pesan kasi masak lama2 supaya tak basi..ye la, nak simpan sampai malam~ habisnya awal2 pagi lagi saya dah masuk dapur start masak, kalah nak makan tengahari ni! aha..we, as in me, mama & k.long, ambik cuti for that day..semangat habis! rasa macam public holiday pulak hari tu~

there you go.. one two packs of spaghetti to go! and sausages, incase of emergency
see how 'creative' the packaging are? kang tumpah tak sempat buat berbuka pulak..dah la nak sumbat dalam beg baju~

poor him (and his friends) for having to puasa extra 3 hours or so.. tak pe, dugaan.. pahala pon extra kot?! insyaAllah!
Alhamdulillah, dia dah selamat sampai Manipal..ikut sms dia: semua ok! apa yang ok pon kitorang tak paham..harap2 makanan & kueh raya la kot?!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...