Sunday, June 28, 2009

konsert oh konsert

Semalam, aku dengan kakLong pergi IB tengok ni:
Disebabkan nak ambik tiket, kitorang datang awal.. sempatla shopping cenderamata sikit(aha..gambar x de), pastu posing2 kat pameran baju Dato' Siti
cuba teka baju ni semua dia pakai bila?
yang pink dgn putih kat RAH, gaun kembang(putih) kat wedding dia, baju kurung oren masa pengumuman perkahwinan Dato' Siti dgn Dato' K. Yang lain2 tu at her other various concerts.

Gambar Dato' Siti buat persembahan tak de ye, kakak2.. sebarang bentuk rakaman tak dibenarkan semasa konsert. Tapi pon kalu aku amik gak tak nampak.. almaklumlah kamera cikai je, bukan SLR yang boleh zoom clear giler~

Tapi dah habis konsert tu Dato' Siti ada buat autograph session.. haku tak kuasa la nak beratur sebab dah dekat pukul 11 dah masa tu, tapi tunggu gak Dato' Siti keluar nak ambik gambar. kebetulan masa aku keluar tu orang tak ramai lagi.. haku dok level 1 je, senang nak keluar. so, aku dapatla tunggu kat depan sekali, tapi kat tepi sikit.. kira jarak aku dengan meja tu tak sampai pon 5meter. Nak tunggu sikit punya lama.. ada la dalam 15 min, lepastu bila nak amik gambar banyak pulak pak pacak block.. boleh tak dia dok keliling Dato' Siti.. bengang giler..menyibuk je~! Ni jelah la sikit habuan tok aku buat kenang-kenangan:

aah..jelingan mengancam~~!
gambar blur sebab zoom ni

Komen aku tentang konsert ni:
Aku puji vokal Dato' Siti yang semestinya mantap (do blame me, of course I'm bias~!) dan kelancaran konsert.. itu sudah semestinya.
Dari segi persembahan tarian, aku kureng suka.. bagi akula kan, tarian kontemporary ni susah nak difahami jalan cerita dia.. lagi2 aku ni yang buta seni. Satu lagi, I was distracted by the dancers.. ahaha..sedar2 aku dah tak tengok Dato' Siti.. sebabnya aku concentrate giler2 nak paham message diorang tu. Nasib baik tak semua nyanyian Dato' Siti ada penari.. aku lebih suka bila Dato' Siti nyanyi sorang2.. lebih feelnya. Ni jelah yang aku tak suka pon~! Yang lain aku sukeee~~
Dari segi gimik, sangat best! Dato' Siti menggunakan sepenuhnya kebolehan pentas IB.. so banyak sangat kejutan malam tadi.. haa, nak tau macam mana, kenalah tengok sendiri. kalau tak silapla kan, katanya nanti akan ada vcd konsert ni.. jadi, aku malas nak cerita panjang2.
Overall, aku sangat berpuas hati.. yelah, ni first time aku jumpa Dato' Siti live(biarla orang nak kata ape pon..aku memang jakon!) kalau Dato' Siti buat konsert lain kali, aku nak pegi lagi!!
Dan aku sangat2 gembira bila tak de orang naik giler ke, jerit2 ke.. yela kan, kat IB pon..tertib kenalah jaga.

aha..aku nampak dato' K, handsome~ awet muda lagi! pastu aku nampak Datin Juma+husband, kakLong nampak(aku x nampak) DS Effendi+anak (of course ada DS Tiara tapi tak nampak)

Friday, June 26, 2009

Michael Jackson meninggal dunia?

haha..tiba-tiba plak boleh berblog pasal mr.MJ ni..
ni semua bahana dengar berita kat radio pagi tadi masa nak hantar mama pegi keje. semua radio yang aku bukak, topic pagi ni pasal MJ je..
tapi aku biasa2 je, mula tu ada la terkejut sikit.. tapi tak de la sampai merasakan kehilangan ke, sedih ke, kan?! sebabnya aku bukan peminat MJ ni..hahaha
bila semua radio pasang lagu MJ, naik muak la pulak dengar. hajat hati nak cari la lagu lain.. so aku sempat 'singgah' kat sinar fm, sekali ada lagu 'Pukul 3 pagi' dinyanyi dalam bahasa Inggeris.. haha, kelakar la lirik dia, hampir semua perkataan dia translate bulat2.

antara part yang aku ingat:
'after brusing my/your teeth, drinking coffee, one cup'
.
.
.
'we..story, longer longer'
lepas tu, mata keranjang=basket eyes

aku tak tau ape tujuan dia translate macam tu.. maybe nak buat ala2 lawak.. tapi dengar dah macam nak merosakkan lagu la pulak~~

Thursday, June 25, 2009

SS501 MV Collection: Ep 1

Tiba-tiba ada perasaan nak tampal MV yang aku cerita semalam. So, dengan rasa bersemangatnya aku pon upload la clip tu kat blogspot ni.. sekali ambik masa berejam nak upload.. tapi aku x de la dok tecongok tunggu kan?! tak ade kosenyer~~ so, inilah hasil penat lelah(kompeter) aku:

SS501 MV Collection: Ep 1
video

Sekarang aku nak komen pasal MV ni pulak, dan aku nak kemukakan beberapa persoalan yang timbul sebab jalan cerita setakat ni agak mengelirukan. Setakat ni yang aku paham, the girl tu gf JungMin, and HyunJoong nak rebut the girl dari JungMin.
Persoalan pertama: siapa yang culik the girl di permulaan 'cerita' ni?
haha.. ganas tak watak HyunJoong ni? aaaahh...aku suke~~okeh?! selambe je tembak orang kat kawasan lapang.. bleh plak tak kena tangkap ke ape ke kan?
persoalan ke2: kenapa KyuJong tembak the girl? dan apa hubungan KyuJong dengan diorang ni?

Saiko giler la Hyunjoong dalam ni.. bleh plak x cakap sepatah pon dgn perempuan tu? pastu plak main balut je luka kena tembak tu.. pegila bawak pegi hospital(eh.. kantoila pulak nanti.. ahahaha)
dah kena hempok pon boleh relek je.. hahahahaha~~
next question: sape plak orang yang kena baling dengan pisau tu?

senang jer dia curik rantai tu.. bukan ke kedai emas biasanya protected with high level security? the girl pulak macam terharu dapat rantai tu.. takkanlah dia boleh jatuh chenta? so, maybe dia tak tau HyunJoong tembak JungMin kot?!

kalau perhatikan betul-betul, kat mula-mula tu dia tunjuk HyunJoong berdarah2 kena tembak.. ala.. dia mati ke last sekali nanti?!! oh..noooooooooooo!!!!!!!
dan soalan terakhir: mana HyungJoon dengan YongSaeng? takkan YongSaeng keluar seciput dalam tv kecik tu je?

aku rasa semua persoalan aku bakal dijawab dalam ep.2 nanti.. so, terpaksa la aku tunggu. Lagi satu, walaupon aku suke sama HyunJoong, aku tetap tak setuju kalau at the end dia berjaya rampas the girl dari JungMin.. biarlah dia kena tangkap pon.. tapi jangan la mati!! sedey la aku~~!

video: asianreloaded

Wednesday, June 24, 2009

SS501 lagi~~!!

Wah..yang ditungu-tunggu sudah tiba!! ape lagi kalau bukan SS501 MV Collection. Selama ni dok tengok teaser je.. sekali keluar, hmm..sangat2 la memuaskan hati~~! nasib baek..kalu x buat penat je tunggu tau~!

MV Collection ni sebenarnya untuk album Solo baru SS501, setiap orang nyanyi satu lagu solo. 18th June haritu dah released mp3: Nameless Memory (YoungSaeng), Wuss Up (KyuJong) and Be nice to me, please (HyunJoong). Selebihnya (JungMin, HyungJoon + instrumental versions) will be released on 30th June.
MV lagu2 solo ni dia buat ala2 movie pendek dalam 20min..ada 2 parts, and this is the 1st part.. duration yang 1st ni dalam 5min lebih..ada baki 14minit gitu ..so, I'm really curious how the remaining will look like.

For this 1st episode, lagu Youngsaeng "Nameless Memory" Lyric lagu ni dia tulis sendiri. Dengar cerita ni satu2nya lagu balada dalam collection ni. Jalan cerita agak menarik, kisah rebut-merebut seorang perempuan, sampai melibatkan adegan tembak-menembak.. isy, ganas la sungguh. Dan yang paling best, watak HyunJoong kali ni agresif, berbeza sangat dengan watak dia dlm BOF yang aku tak berapa nak suka tu..sebabnya dalam BOF dia mushy+overly romantic..x sesuai~~! dan ada nampak improvement dalam lakonan HyunJoong kali ni.. ini pada pendapat aku la.. plus, dia dah semakin KURUS ok?(kalu x percaya, cuba tengok balik vclips dolu2..sungguhla berbezanyer) nampak sangat kepenatan dier..asyik keluar-masuk hospital je. so please HyunJoong, have a very looonngg rest!! pasni nak buat Asia Tour Concerts..jangan tak jadi datang Malaysia sudah..

tak sabar nak tunggu 2nd episode.. sepatutnya 29/6 ni, tapi dah postponed to early July. hmmm..lama la lagi~~but I'll be waiting.. impatiently~lol

Credits : daum.net + SS601.com + (English Translation) xiaochu @ Quainte501.com
video: asianreloaded

Tuesday, June 23, 2009

Hari itu dalam sejarah

Nak tulis entry ni dah lama dah, dari hari Ahad haritu lagi. tapi mcm2 hal plak jadi, termasuklah menjaga anak buah ku nan seorang itu.. isy..ini baru sorang~!

Sebenarnya nak cerita, hari Sabtu lepas aku, kaklong, adik +my parents balik Johor ada kenduri kawen.. kitorang balik hari je, memandangkan ada orang dlm pantang tinggal kat rumah. Kiranya cipta sejarahlah bagi aku ni, pi Johor balik hari *wow* tak penah lagi, parents aku penahla, haritu pegi JB tengok pakcik aku kat sepital. So, pagi tu, pas my mom mandikan Aariz kitorang bertolak, dlm kul 9.30am, sampai sana dalam kul 12 lebih. Pas makan2, dok la sekejap, takkan nak terus balik plak kan? macam dekat Sepang-BP tu! Lepas je pengantin sampai, kitorang pon siap2 nak balik.
Nak dijadikan cerita, kaklong terjatuh lepas dia pegi minum.. tulang siku dia terkeluar dari soket(ni sekali lagi cipta sejarah.. pegi rumah orang kawen sampai patah riuk) dah semua orang kerumun kaklong (mcm kaklong plak kawen, kesian kat pengantin, kurang publisiti)
kitorang terus je balik nak pegi jumpa tukang urut patah.. nasib baik ada. tak sempat dah nak tunggu orang nak siapkan berkat, cabut macam tu je. Ngeri je tangan dia lembik, x bleh angkat langsung! tapi tukang urut tu buat sekejap je.. pusing2, dah siap. macam magik!
beza giler!!
Pastu, semalam kaklong pegi klinik kesihatan Putrajaya, nak mintak mc, sebab x bleh nak buat keje+bisa. Dah siap x-ray bagai, dia refer plak ke hospital..bley? Dah kena simen plak, padahal x de apaper sebab dah masuk balik kan?haha..doc nak kasi cuti sampai 3 minggu, tapi amik 5 hari je..ceh, nak tunjuk cemerlang la tu~! dah la jadi keroja aku plak jaga kaklong sama Aariz (isk.. iklas.. iklas!!) hahahahah~~
ni dah simen
p/s: pegi tengok konsert Siti pakai anduh la gayanya~~!!

Thursday, June 18, 2009

Majlis Kesyukuran & Aqiqah Aariz Zafir

Sabtu lepas kat rumah ni ada buat kenduri aqiqah for my one-and-only anak buah. Pagi tu ada marhaban, jemput group dari Jenderam.. lepas zohor plak ada buat tahlil+doa selamat sikit.. haha, sampai dua kali Aariz cukur jambul hari tu.

Alhamdulillah Aariz x banyak kerenah..orang bising2, cubit2, angkat dier boleh buat x kesah pon, tidor je~

gambar aku x banyak(padehal satu ni je, 3 kali posing..huhuhu) kenape tah x rasa nak amik gambar hari tu~~!!

Wednesday, June 10, 2009

makan~makan~makan~~!!

sejak jadi auntTie ni busy je tolong tokma jaga Aariz, sampai lupa nak update pasal last gathering 'puteri2 panda' haritu :p

so, sementara ingat ni nak cerita pasal makan-makan kat Flaming Steamboat(kat area Sunway) 29/6 haritu sempena meraikan diorang2 yang habis final exam haritu la..dengan harapan semua dapat convo bln 8 ni..insyaAllah. tapi seperti biasa, kitorang ni mesti x cukup semua..Min yang ada last-minute-family-thingy, dan jugak Nabeela.
kitorang gerak pas maghrib, 1 kereta pegi dulu, satu lagi pegi amik kak Siti kat stesen putra Amcorp Mall. Sib baik cik Dayah dah book meja dulu..kalu x mesti kena tunggu, sebabnya penuh sentiasa je restoran tu. Terima kasihlah kepada rakan2 yang sampai dulu sbb amikkan makanan utk kitorang ni..haha..perut pon dah lapar giler, sampai2 terus terkam makanan. entah berapa trip la kitorang amik makanan semua..asyik bangun-duduk bangun-duduk je. masa ni dah x kira malu ke hape ke..tak kesahla kalu orang nak kata ape kan?! makan tak pandang kiri kanan dah..
makanan kat situ not bad, banyak pilihan..segala bola2 semua ada..yang macam pemadam pensel pon ada..hahaha.. itu blom kira seafoodnya lagi..sebut je ape, semua ada. ketam, ikan, udang, sotong, segala macam shellfish ada. Siap ada chocolate fountain lagi tu~! tapi x bleh lawan aiskrim dia..berapa mangkuk tah aku amik..nyum nyum~~ kira kitorang pakat memaximumkan rege yang kitorang bayar la!
dah puas makan, kitorang terus gerak balik..sebabnya nak pi tolong kakRos pindah ke Putrajaya..bak kata Gayah, dah macam orang lari dari tuan rumah je gayanya pindah malam2 buta. sib baik ada jejaka baik hati nak tolong, so ringan sikitla keje kitorang malam tu..terima kasih kat tuan badan dan tuan empunya hati(a.k.a gepren dia la!)

terima kasihla Dayah sebab tompangkan aku sampai erl..and sorry sangat2 kat Waniey, Diana n Kirin sebab balik macam tu je, tak sempat nak tolong korang angkat barang..mak aku dah call suruh balik, nak pi Melaka..huhuhu~~

Monday, June 08, 2009

Federer menang~~!

yay~~!!!

congrats to Roger Federer on his first-ever French Open title. Akhirnya memang jugak setelah kecundang 3 kali in French Open finals(2006,2007&2008) di tangan Nadal. Federer menang straight set 6-1, 7-6 (1), 6-4 keatas Robin Soderling malam tadi, menjadikan Federer the sixth man to complete a career Grand Slam(menang kesemua 4 Grand Slams), dan menyamai rekod Pete Sampras of 14 major singles titles.

Maybe orang akan kata "Federer boleh la menang, bukannya lawan dgn Nadal", tapi orang yang kalahkan Nadal(masa 4th round) tu Soderling, yang jugak kalahkan nama2 hebat spt Nikolay Davydenko, Fernando Gonzalez and David Ferrer. kira terer la Soderling ni kan?

aha..lupa plak..masa tengah lawan tu bleh plak terlepas orang gile mana tah, datang kat Federer mcm nak serang dia..nasib baik dia x di ape2kan..kot2 la jadi macam Monica Seles dulu kena tikam kan?! dan nasib baik Federer memang, walaupon ada sikit terganggu konsentrasi.

and once again, tahniah Federer!

Thursday, June 04, 2009

Orang Baru~~

ni nak perkenalkan anggota batu dalam family kitorang, cucu sulung Haji M.Noh dan Hjh Ramlah:
Nama: Aariz Zafir
D.o.B: 01/06/2009

Parents: Abg.Daous+k.Ngah

aish..haku dah jadi maksik dah nih!~jap lagi Aariz sampai, dah x sabar ni~

p/s: congrats to k.Ngah and Abg.Daous!~~

Monday, June 01, 2009

Please pray for my sister

My sister is currently in a hospital ward, waiting for her baby to come out after she has been induced earlier today..so let's us pray together for her and her baby..hope she'll have a safe delivery and a healthy baby, amin~

k.ngah, fighting!~


*update*

kakNgah dah selamat bersalin..Alhamdulillah! dalam pukul 10 mcm tu..baby boy~
elok je mama+papa sampai rumah, kakngah call dah bersalin rupanya. congrats to kakngah+abg. daous!~~

p/s: x sabar nak tunggu esok..nak jumpa anak buah baru!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...