Monday, September 26, 2011

India Trip: Part 3



Baca ::Part 2::

*Sambungan daripada Day 3: Agra


Since kami tak dapat melawat Taj Mahal hari Jumaat tu, Mr. Qurban bawak kami skodeng Taj Mahal dari seberang Yamuna River.. tengok dari dekat, walaupun tak dapat sentuh.. bagi reda sikit keterujaan kami ni :D dia macam paham2 je kan?!

sapa nak naik unta?

Kami sebenarnya berada di tapak Black Taj Mahal.. katanya dulu Shah Jahan ada plan nak buat satu lagi Taj Mahal untuk dirinya sendiri, tapi menggunakan black marble.. tempanya betul2 seberang Yamuna River & dihubungkan dengan sebuah jambatan emas.. sadly, he died before he managed to build it :(

nak tengok macam mana rupa tapak Black Taj Mahal ni tunggu entry seterusnya :D
here it is the view from the back.. sama aja tengok dari keempat2 sisi pon..
dan ada dua bangunan merah, di bahagian kanan adalah masjid (masih digunakan) & sebelah kiri tu bangunan semata2, kosong & tidak digunakan.. katanya dibina hanya kerana simetri.. supaya seimbang
bye bye Taj Mahal.. we'll see you soon!



next, kami tengok orang buat marble inlay
kata incik pencerita, "mula2 buat outline(lukis), lepas tu taruk kaler merah kasi nampak garis2 lukisan tu, korek2..letak gam, letak bunga.. siap!" hehehe.. lebih kurang gitu la cara2nya :D
yang dia tunjuk tu adalah secret glue yang digunakan semasa pembinaan Taj Mahal /:)
mereka ni semua sebenarnya adalah waris2 keturunan orang yang buat Taj Mahal dulu..yang mana ilmunya hanya diperturunkan kepada anak lelaki sahaja, atas alasan nanti bila anak perempuan berkahwin dikhuatiri rahsia akan bocor!

yang bawah ni pulak tengah asah batu jadi kelopak bunga/daun
asah sampai jadi cenggini..
dah belajar.. sila beli ye :p
yang dia pegang tu Ayat Kursi.. yang bawah ni pulak testing kasi tunjuk marble boleh glow bila kena cahaya..
ok..jom pusing2 kedai :D
cantik kan?
ni pon cantikkkk
yang bawah ni lagi la... cantikkk :p
keluar kedai, perut pon dah lapar.. ape lagi.. makan time!!

strawberry & chocolate milkshake.. ada rasa masin2 butter disitu!

kebabs
adik makan lamb biryani, kami makan nan
lepas makan, terus gerak ke Fatehpur Sikri, 1 hour journey dari tempat tadi

dalam perjalanan kami terjumpa swimming pool..untuk kerbau :) untuk orang pon ye jugak ;;)
Dah sampai..
tapi sebenarnya nak sampai sini kena naik bas khas, kenderaan awam tak boleh masuk..
bayar entrance fee dulu.. oh ya, semua monuments ada bayaran tau.. tapi tak ingat berapa sebab semua Mr. Qurban tolong settlekan.. kami serah je duit pada dia (rasanya yang ni around Rs250 seorang)

jom masuk..
Diwan Khana-i-Am (Hall of Public Audience), again where the ruler meets the general public..
Fatehpur Sikri ni dibina oleh Akbar in honour of seorang ahli Sufi bernama Shaikh Salim Chisti, yang mendoakan supaya Akhbar dapat anak
Diwan Khana-i-Khas (Hall of Private Audience)
tempat Akhbar berdiri semasa meeting
kolam tadahan air
ni tempat duduk ahli astrology

yang tinggi ni pulak Panch Mahal, a part of the palace for royal household.. setinggi 5 tingkat!


seberang kolam ni istana musim panas
kat dalam ada sebuah katil.. tinggi sebab masa musim panas kat bawah tu penuh air nak kasi sejuk, kat setiap sisi katil pulak ada dayang tolong kipas /:) bestkan jadik raja?!

Panch Mahal lagi
jalan menghala ke kediaman di-raja
rupa dalam kamar salah seorang isteri Akhbar
isteri yang ini suka art
and this is Jodha Bai's Palace
sebenarnya banyak lagi tempat boleh lawat kat sini (Jama Masjid & Tomb of Salim Chishti), tapi kami dah tak larat nak jalan.. panas pulak tu :P lagipun kalau ikut kata Mr Qurban, ramai orang kat Makam Salim Chishti sebab haritu ada perayaan, so locals datang ziarah makam tu

bergambar sebelum pulang..

balik kena jalan kaki :( dah la penat ni.. tapi bas tak de pulak kat situ, so terpaksa menapak sehingga ke hujung jalan.. driver kami tunggu kat sana

jauh jugak.. adalah dalam 1km
sepanjang jalan ni adalah beberapa orang kanak2 dlm awal belasan tahun cuba pujuk2 kami nak jual souvenir (shampoo pon ada jugak /:) ) of course la kami tak beli kan.. sebab dah tau, bila beli nanti lagi ramai yang kerumun, kan?! dan kami pon dah berkali2 diingatkan oleh Mr Qurban supaya bolayan je diorang ni. tapi yang mengggelikan hati, ada je idea budak2 ni nak tarik perhatian kita.. boleh tak diorang tanya, "from Malaysia?" kalau terjawab YA (ni case curious ni mcm mana dia tau kita dari Malaysia?!) dia sambung lagi, "Kuala Lumpur? Masjid Negara?" hahahah..tak ke tersengih2 kambeng kami kat situ?!! tapi 2-3 perkataan ni je la yang diorang tau :D

sebelum balik hotel, singgah kejap tengok jewelry & shopping souvenir lagi :P


bersambung...lagi daaa!


p/s: adik kata train mcm ni la dia naik selalu tu ke Banglore/Cochin
eh.. boleh nampak ke? /:)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...