Baca ::Part 1::
Day 3 (2nd Sept 2011): Agra
Lepas breakfast dalam jam 9am macam tu kami bergerak ke Agra Fort. Plan asal adalah untuk melawat Taj Mahal, tapi disebabkan hari Jumaat Taj Mahal tutup, kami stay extra 1 malam di Agra ni. esoknya pagi2 kami ke Taj Mahal..
Kalau tengok plan ni, sebahagian besar Agra Fort ditutup bagi kegunaan military. Hanya dalam 20% dibuka kepada orang awam, bahagian yang berwarna hijau. Puas dah rasa pusing2 situ je pun, sampai papa dah tak larat nak jalan!
This is the Amar Singh Gate, the main gate for tourists
Agra Fort ni dibina oleh Mughal Emperor yang ke-3, Jalaluddin Muhammad Akbar atau lebih dikenali sebagai 'Akbar the Great' (Sila tengok Hindi movie Jodhaa-Akbar lakonan Hrithik Roshan & Aishwarya Rai) yang mana juga merupakan datuk kepada Shah Jahan. Dibina menggunakan red sandstone, hence the red color.
ok..dah sampai :D
Perkenalkan, inilah tour guide kami di Agra, Mr. Qurban Ahmed. He's very informative, sangat seronok dengar dia bercerita..dan SANGAT garang terhadap orang lain selain kami, terutamanya locals yang suka menempel dengar dia bercerita.. selamba je dia halau! kalau ada orang termasuk sekali dlm frame gambar pon dia halau jugak :))
tempat ni kiranya macam registration/receptionist.. siapa nak mengadap emperor kena tulis2 kat sini dulu
pintu original tu tau!
the gate from inside..
This is Zenana Mina Bazaar (Ladies Bazaar). Setiap satu column menempatkan sebuah gerai..
berhadapan dengan bazaar tadi adalah Diwan-I-Am (Hall of Public Audience),
tempat rakyat berkumpul mendengar titah raja
di depannya (kotak kecil diatas) ada Tomb of John Russell Colvin, salah seorang governor British.
Diwan-I-Am dari dekat
di sinilah Emperor akan duduk semasa bertitah, ada meja di bawah tu tempat translator.
megikut cerita, one of the emperors (x ingat mana satu) tak reti berbahasa Hindi, jadi memerlukan khidmat translator..nanti the maharani yang duduk kat tepi(ada bilik khas kat bahagian kiri & kanan tu) akan bagitau kalau silap translate :P
see the intricate marble inlay art found on the throne..bukan lukisan ye kawan2!
the marbles are inlaid with precious & semi-precious stones. Tapi sekarang yang tinggal hanyalah semi-precious stones macam lapis lazuli(blue), cornelian(akik), mother of pearl & byk lagi. this is the same art used for Taj Mahal :)
dataran ni dulunya Bazaar untuk anak2 perempuan bangsawan
Ada tempat tertonjol sikit tu kan, tu tempat Shah Jahan duduk.. bawah ni rupa dari dekat
seberang dataran ni ada pintu.. sinilah tempat Shah Jahan melamar Mumtaz Mahal, atau nama sebenarnya Arjumand Banu Begum. Mumtaz Mahal gelaran yang diberi yang bermaksud "the most excellent of the palace"
Mengikut cerita, semasa Shah Jahan sedang duduk2, ternampak Mumtaz Mahal berdiri di pintu ni, lalu dengan cepat Shah Jahan pergi berjumpa Mumtaz & memberikan sebentuk cincin kepunyaannya kepada Mumtaz sebagai tanda lamaran.. sweet kan? kiranya love at first sight la..
sentuh..jangan tak sentuh! ni nak pastikan bukan lukisan :) kalau perasan, semua motif berdasarkan bunga/tumbuhan, kerana Mughal ni beragama Islam
Sekarang kita berada di Diwan-i-Khas (Hall of Private Audience),
gunanya untuk menerima kunjungan raja2 & dignitaries
below is the black throne of Jehangir, the 4th Mughal Emperor (juga bapa kepada Shah Jahan)
nampak tak apa kat belakang tu?
tak nampak? ok kita zoom sikittt
.
.
.
nampak kan? tak jauh pon.. 2.5km je dari sini.
ada tunnel menyambungkan Agra Fort dengan Taj Mahal, untuk kegunaan Shah Jahan..
senang nak pegi ziarah!
pagar/dinding kubu
and all those domes previously were made of gold.. tapi masa zaman British habis kena sapu..
sama jugak dengan semua precious stones (diamond, ruby, sapphire and emerald) :(
Mina Masjid.. surau la kiranya
So, sekarang boleh cerita Musamman Burj tu apa..
menurut wikipedia;
Musamman Burj - a large, octagonal tower with a balcony facing the Taj Mahal. The tower looks out over the River Yamuna and is traditionally considered to have one of the most poignant views of the Taj Mahal. It is here that Shah Jahan along with his favorite daughter Jahanara Begum had spent his last few years as a captive of his son Aurangzeb. He lay here on his death bed while gazing at theTaj Mahal in Agra.
Inside the Musamman Burj
rupa marble inlays dari dekat
this is made of marble.. boleh bayang tak macam mana boleh diukir sampai jadi macam ni!
Since Shah Jahan prefer white marble, he destroyed some of the earlier buildings inside the fort in order to make his own.
Yang ini bilik puteri kesayangan Shah Jahan, Jahanara Begum.. guna white marble jugak
di dinding ada tempat letak lilin.. waktu malam nampak macam dinding bersinar sebab white marble akan glowing bila kena cahaya
tempat ni dipanggil Khas Mahal, the palace for royal household.. di bahagian kanan adalah kamar Jahanara Begum tadi, di tengah2 kamar Shah Jahan & Mumtaz Mahal.
khusyuk benar nampak gayanya.. saya yang sibuk mengambil gambar pon dengar jugak tau! rugila kalau tak dengar kan..
tapi yang peliknya saya lebih ingat cerita :P
perasan tak kat sini tak ada pintu & tingkap? sebabnya pada musim panas mereka akan gantung langsir,
bila musim sejuk pulak gantung karpet bagi menghalang angin sejuk masuk
dan di sebelah kiri, ada kamar untuk the unlucky princess, Gauhara Begum. why unlucky? because Mumtaz Mahal died giving birth to her :( jadi, kamarnya hanya dibina dengan red sandstone dan diplaster sahaja supaya berwarna putih..
di depannya ada Anguri Bagh, taman anggur untuk dibuat wine.
tapi semasa pemerintahan Shah Jahan digantikan dengan pokok bunga
ni je la pon pokok anggur yang tinggal
tinggikan? kalau jatuh ni, naya je..
dah habis tour white marble palace, kita masuk pulak Jahangiri Mahal.
jangan main2..dulu pon dah ada spa tau!
di bahagian luar Jahangiri Mahal ada satu bath tub, diberi nama Jehangir's Bath.
bayangkan betapa tingginya Jehangir tu.. kalau untuk kita2 ni dah jadi swimming pool dah!
ni asalnya sebiji batu yang dikorek/ukir sehingga jadi macam ni.. tak main sambung2 pakai gam/simen/plaster. katanya, kalau pecah/rosak masa buat tu kena la buat balik..
Jahangiri Mahal dari luar
okay, tour dah tamat.. jom balik!
panjang sangat ceritanya kan? 2 jam kitorang kat dalam ni.
yang lain akan bersambung edisi akan datang.. stay tuned!
No comments:
Post a Comment