As-salam.. here's the update as promised :D walaupun terlambat & gambar2 dah lama terpampang di FB, entry ni tetap kena buat juga.. takut2 la nanti lupa/nak ingat balik senang, boleh refer sini aja :)) and also as reference for others, kan?!
Kami bertolak pada hari raya ke-2 (Rabu, 31st Aug 2011) Penerbangan Air Asia ke Banglore, India. Raya kali ni ala kadar sahaja.. sebab terlebey excited nak melancong! Tapi ketupat & rendang tetap ikut jugak naik flight
Destinasi kami adalah Bangalore and the famous Golden Triangle! Bangalore - Delhi - Agra - Jaipur - Bangalore, untuk 6 hari, 5 malam. Tiba di Bangalore lebih kurang 5ptg waktu India, lewat 2½ jam dari waktu Malaysia. Keluar je dari airport, terus cari Adik.. dalam airport tak boleh tunggu rupanya..kesian Adik tunggu kami seharian di luar aiport! Since India raya lambat sehari, kami dapat raya 2 kali lah :D dan inilah sebab utama bawak rendang & ketupat..ada orang baru nak raya!!
Lepas Adik siap makan, kami masuk semula ke dalam airport untuk ke Delhi pula. Nak masuk kena ada ticket, hanya penumpang sahaja dibenarkan.
Untuk flight ke Delhi, kami naik Kingfisher Airlines
Lepak dulu selepas checked-in, sebelum security check. sini(India) security sangat ketat.. body scan 2 kali, siap kena raba2 tau :( fyi, setiap hand luggage kena ada cop security check, kalau tak, tak boleh boarding!
Flight kali ni best sikit, ada tv & meals.. tapi keselesaan sama aja dgn Air Asia
Kami tiba di Delhi lebih kurang 11pm.. penat & lenguh tak usah cakaplah.. bila dapat berdiri tu rasa syukur yang amat.. iyalah, duduk dalam flight lebih 6 jam, walaupun ada rehat in between.
Nampak tak muka keletihan.. sempat terlelap sekejap aja dlm flight :(
ni keadaan Delhi Airport
tengoklah teksi2 guna kereta klasik tu.. kereta2 mcm ni la jadi kegunaan pegawai2 kerajaan di India.. tapi jenis yang berkilat, ada langsir & siap ada driver lagi!
Keluar dari airport dah ada driver menunggu.. Meet Mr. Rajiv, he'll be our driver for the following 4 days!
Off we go to the hotel to rest. End of day 1.
Day 2 (1st Sept 2011): Delhi
That's our Delhi tour guide, Mr Jimmy, on the left hand side..
Since Delhi is the capital city of India, kami dibawa pusing2 tengok sederet embassy of popular countries, sebelum ke Rashtrapati Bhavan, official residence of the President of India. Malangnya, disebabkan kami letak luggage atas kereta, kami tak dibenarkan berhenti di hadapan pagar atas sebab2 keselamatan.. kita tengok dari dalam kereta je la!
fungsinya sama macam Putrajaya juga!
yang bulat ini pulak bangunan parliament
Kata Wikipedia;
The India Gate is the national monument of India. Situated in the heart of New Delhi, India Gate was designed by Sir Edwin Lutyens. It was built in 1931. Originally known as All India War Memorial, it is a prominent landmark in Delhi and commemorates the 90,000 soldiers of the British Indian Army who lost their lives while fighting for the British Indian Empire, or more correctly the British Raj in World War I and the Third Anglo-Afghan War. It is composed of red sand stone and granite.
Masa kami tiba, ada upacara penyerahan tugas menjaga India Gate.. rupanya setiap bulan army/air force/navy akan bergilir2 jaga gate ni. ceremony ni setiap 1st day of every month. Beruntung lah kami dapat tengok..
acara wajibbbb ;)
Dalam perjalanan, kami singgah tengok Bahai House of Worship (aka Lotus Temple) berhenti tepi jalan & tengok dari jauh je pun..
zoom sikit..
Kalau ikut itinerary, kami sepatunya ke Chandni Chowk.. tapi apakan daya, tutup pulak sebab ada perayaan hari tu :( Makanya Mr. Jimmy bawak kami ke sini..
nak memborong souvenir yang sebenarnya :p
ni tengak kusyuk dengar penerangan tentang pashmina & cashmere..dua2 dari kambing gurun, tapi yang beza adalah dari bahagian mana bulu diambil. tapi kami beli yang mixed with silk, tak mampu nak beli 100% pashmina/cashmere /:)
kemudian ke kedai sebelah, ka sini ada jugak jual kain2 semua, tapi yang lebih istimewa, ada jual karpet direct from Kashmir.
Yang baju merah tu namanya Ashraf juga.. panjang lebar dia becerita pasal karpet2 ni. Ada 2 jenis material digunakan, wool or silk. bermakna ada 2 jenis karpet.. lelaki akan weave wool, ladies pulak weave silk, for the obvious reason.. tangan perempuan kan lembut :D dan tangan lelaki kasar. and every carpet has it's own story..it came with the name of the family that wove it
ni adalah kod2 utk corak karpet..
lukis design dulu, then translate into codes
Kashmir carpet weaving demo..
ok.ni nak test ketahanan karpet..
obviously takkan tinggalkan kesan pasal saya kan kecik aje ;;)
habis dibentangkan semua karpet pulak.. siap ajak minum atas tu lagi!
rambang mata tak tau nak pilih mana satu.. makain dibentang, makin confuse kami dibuatnya.. tapi yang mula2 jugak menjadi pujaan hati mama.. sebab yang itu paling lembut!
yang bawah ni silk carpets.. sedikit nipis & berkilat
okeh, done deal..tulis alamat untuk delivery.. tak sampai seminggu pon dah sampai ke Malaysia! sungguh pantas~
Selesai sudah urusan membeli-belah, destinasi seterusnya adalah Jama Masjid untuk solat. Jama Masjid ni dibina oleh Mughal emperor, Shah Jahan (alah, yang bina Taj Mahal tu la)
ini adalah Red Fort, dalam perjalanan ke Jama Masjid..
tak singgah kerana ada perayaan kat sini & menurut Mr. Jimmy, sama sahaja seperti Agra Fort yang bakal kami lawati semasa di Agra nanti. Red Fort ni juga dibina oleh Shah Jahan.
Inilah Jama Masjid yang saya kata tadi..
ingatkan sama macam masjid kat Malaysia..sekali tengok penuh orang macam dah bukan masjid pulak! Rasanya yang bawah ni dewan sembahyang..
yang ini pulak tak tau apa.. tak pegi pon sebab lantai sangat panas & kami berkaki ayam sahaja!
dan saya ketika mengambil gambar, saya berada di bahagian yang berteduh, penuh dengan locals yang macam tengah berpiknik! tak faham kenapa diorang lepak2 kat sini
Saya, mama & Kaklong diberi peluang melihat janggut, kesan tapak kaki & kasut Nabi Muhammad.. dah ada jugak lain2 items yang saya tak berapa nak ingat.. Subhanallah!
Lepas solat, kami request Mr. Jimmy bawak kami makan makanan halal.. restoren ni dekat je dengan Jama Masjid tu.
pro @ work.. itu dapur/oven tau!
sepanjang berada di India ni, saya hanya order nan/roti..makan dengan dhal, tandoori atau kebab. tak tahu kenapa saya tak selera nak makan yang lain.. balik Malaysia saya turun 2kg!
Selingan - saya rasa ramai yang tau, tapi cuma nak ingatkan.. semasa di India, JANGAN minum air selain air mineral/bottled water, dikhuatiri tidak dimasak dulu, juga JANGAN beli makanan di tepi jalan.. nanti jadi perlancongan ke toilet pulak!
Since we've only spent 1 day in Delhi, tak semua tempat kami pergi.. famous places like Qutab Minar, Humayuns Tomb, Gandhi Memorial, and Birla temple.
lepas makan terus bertolak ke Agra. On the way, kami drop Mr. Jimmy, berakhirlah tour kami di Delhi..
Perjalanan ke Agra sejauh 235 km mengambil masa hampir 5 jam.. dengan mengambil kira keadaan traffic yang agak busy.. busy dgn kenderaan lagi, dgn orang lagi.. binatang pon jugak! tapi driver kami memang pro.. menyeramkan cara orang India memandu..tapi sangat jarang berlaku accident! rasanya saya memang tak lepas kalau memandu di India!
India pon ada lrt tau.. dipanggil Metro
ni pulak rupa toll gate.. sempoiii
tol murah tapi banyak.. sepanjang perjalanan ada 3-4 tolls
auto sarat penumpang.. had muatan penumpang adalah 4 oang termasuk driver ye kawan2!
kat luar bandar je brani buat cenggini..
oleh kerana perjalanan panjang, kami singgah dulu di satu2nya RNR.. betul2 di tengah2 perjalanan! konon2 ada persembahan alu2an.. padahal nak collect $$ ada 2 kereta je masa ni!
sangat mencekik darah okeh!! toilet nak kena bayar.. bila kasi Rs100 untuk 2 orang pasal x ada duit kecik, boleh dia buat2 mcm 'oklah, nak buat mcm mana..' bila kira2 balik, Rs100 = RM7.10 tau.. lu pikirlah sindirik!! ni kalah toilet KLCC~
pastu pulak beli air.. 1 botol besar mineral water + 1 tin Sprite + 1 botol Pepsi = Rs250 :-o tipah2 semua tertipuuuuu..
okeh.. tak mo emo2 dah.. kira rezeki dia la tu.. lagi pon bukan selalu pon dia boleh ketuk orang kan!
lepas tu kami teruskan baki perjalan ke Agra.. sampai pon dah malam, dalam pukul 9pm.. terus check in hotel & zzzz
No comments:
Post a Comment