Showing posts with label novels. Show all posts
Showing posts with label novels. Show all posts

Sunday, April 08, 2012

The Hunger Games


Have you watch the movie? 

Saya sudah, last week dengan kaklong di Mid Valley. and now I know what all the hype is about! memang best - mendebarkan, kelakar & sedih jugak.. kiranya semua adalah! kalau belum tengok, pergilah.. tak rugi ;)

I was actually planning to read the novels before going for the movie.. or at least the first book of the trilogy, if not all three. tapi setiap kali ke malls/kedai buku mesti lupa nak cari novels ni 8-| jadinya main redah je tengok.. but I've got the general idea of the storyline lah kan :D selesai tengok movie tu, terus tuju ke MPH.. sayangnya the box set yang harganya RM69.90 dah sold out =(( yang jual individually banyak lah.. siap ada 2 jenis design for the covers.. cuma masalahnya harga satu adalah RM42.90 :-o ooh, jauhnya beza harga! masa tu fikir banyak kali nak ambik ke tak nak.. last-last tak jadi beli :( 

sekali masa kat dalam the gardens teringat ada Borders! eh, mana tau ada rezeki kan? 

malangnya, the box set dah habis jugak :( tapi yang individual novel tu ada offer la! buy 1 get another at 50%.. kira ok la tu kan? ambik la jugak sebab dah kemaruk sangat ni :P nasib baik tak beli kat MPH tadi!!

ini lah 'mereka-mereka' yang berjaya memiskin saya :))

lepas ni kalau jumpa box set buat-buat tak nampak je la :P

ok dah, nak pegi sambung baca :) bye!

Sunday, October 24, 2010

mari membaca~

Dah lama sebenarnya tak enjoy baca novel melayu.. bukan berlagak atau lupa daratan, cuma kebelakangan ni susah sangat nak cari buku yang betul2 memenuhi selera saya. sebabnya dah selalu sangat terkena beli novel yang kureng.. harganya pon bukan murah! dan saya bukan orang kaya yang boleh bazir2 duit.. memang membazir kalau beli tak baca/baca separuh jalan! sekarang dah jadi fobia nak beli novel melayu. entah berapa je novel yang saya khatam dari yang ada ni! even mama yang boleh kata tiap2 bulan beli novel sebelum ni, sekarang pon macam dah slow sikit..takut agaknya!

tapi tak bermakna tak beli langsung (walaupun bukan saya yang beli:p), cuma beli hasil karya penulis2 favourite / yang boleh dipercayai.. macam mana nak tau? either karya diorang sebelum ni best, atau novel tu dah pernah dibaca online. memang saya takkan teragak2 untuk beli novel yang dah pernah dibaca di blog..tak rugi pon sokong novelis yang menulis secara ikhlas! dia bagi kita baca free sebelum ni, apalah salahnya kita tolong dia pulak kan?! memang diakui ramai penulis berbakat kat luar sana, mungkin saya yang tak jumpa lagi kot? saya pon tak rajin nak blog-hopping baca review ke hapa kan! tapi yang pastinya kalau novel tu saya suka, ulang 10 kali pon tak apa! tapi kadang2 ralat jugak takut buku rosak. sayang!

rasanya, novel terakhir yang saya khatam adalah ini:
kenapa saya suka? gaya bahasanya memang sempoi! dan jalan cerita lain sikit.. ala2 novel romance english! me likey:D

dan bila mama bawak balik novel ni pulak, oh..saya sangatlah excited!! tak sabar rasanya nak baca~ tapi bagi peluang dulu untuk tuan empunya, kang tak tenteram pulak saya nak baca..asyik berebut!
sampai je turn, saya pulun sampai lambat tido (alangkah bagus kalau study pon pulun habis macam ni!) dan memang tak rugi mama beli.. dan tak rugi saya baca *wink*wink* memang enjoy habis. nak tau best macam mana, kena lah beli~ahaks!

novel boleh di order dari sini: Jemari Seni mari sokong barangan buatan Malaysia..tapi pastikan ori berkualiti baru beli~

p/s: kawan2 jangan marah sebab saya ada ibu yang bayek hati tolong beli.. nasib baik ada mak satu kepala! selamat poketku.. ahah..ngelat!


* ni hanyalah pendapat saya..bagi novel popular, bukan novel satera. yang pasti ini selera saya~ peace ya!
** pictures credit to JS.com

Thursday, July 23, 2009

novel baru

yaaayyyyyyyy~~~!!! (jerit dalam ni je, nanti Aariz bangun plak~)
novel baru gabungan 3 orang penulis favourite aku: Hlovate, Syud & k.Su, dah ada..
yang lebih penting, cerita Pelangi yang aku tunggu bertahun2 ada dalam novel ni!! hopefully cerita Pelangi ni ada endingnya..

ni yang tak sabar nak pegi Shah Alam weekend ni, nak pegi beli~~!

Tuesday, January 08, 2008

trip to Padang~day 4 & 5


Hari ke-4 kami bertolak ke Padang sebab esoknya dah nak balik Malaysia..bye-bye Bukittinggi. hujan sepanjang perjalanan, Alhamdulillah tak lebat..jalan kan sempit, pastu berkelok2, bahaya. So, dalam perjalanan Masjoko bercerita lagi..kali ni cerita 'Tenggelamnya Kapal Van Der Wijch' =D> Sampai kat Padang, banjir! ahh, sudah..cammana kita ni nak pegi hotel? :-s pastu driver cari jalan alternatif..pon banjir gak!
Alhamdulillah lepas! tapi kami ni dah risau, cammana nak balik esok? kena lalu jalan yang bajir tu nak pergi airport. Masjoko kata tak pe..pi hotel dulu..doalah hujan reda.

So, lepas makan tengahari, jalan2 sikit kat Padang tu tengok China Town, Pantai Padang dan Jembatan Siti Nurbaya(ya..jambatan dalm novel Siti Nurbaya tu la!)
tengoklah, ombak kuat.. silap2 haribulan boleh melimpah ni!

then, kami check-in di hotel. aktiviti bebas sehingga malam :D Waa..buhsanya dok hotel :( cerita kat tv pon tak best! Kami pon jenjalan ke Pasaraya Padang, mama nak cari buah tangan sekali.

dinner malam di hotel saja..
Malam tu masing2 dah bimbang je x bleh balik! Masjoko kata pagi esoknya kul 3.30am check-out, pas sarapan bertolak ke airport, takut2 banjir kan? So, esoknya kami ni dah siap semua bekfest, kul 4am tu Masjoko tak turun2. En. Baharom call dia, rupanya banjir dah surut..Alhamdulillah #:-S so kami bertolak ke airport dari hotel jam 5.30am.. sampai kat airport kul 6am lebih kurang, airport pon blom buka! tapi ada gak org dah sampai..agaknya takut tak lepas banjir macam kami :D tapi tak pe..asalkan selamat sampai ke airport! biarpun flight pukul8.30am :)

gambar kenangan bersama Masjoko & En. Baharom sebelum pulang
tengoklah.. banyak giler beg.. ni mesti molontar sakan ni :))
kami tiba di Malaysia pukul 10.30am.. home sweet home! >:D<

Sunday, February 27, 2005

Must read...



this is the next novel that i would like to read.. coz i've read somewhere that this is a pretty good story ;)
Posted by Hello

Saturday, February 19, 2005

My Favourite Novels of All Time (2)


Next : Sabariah Araur - Buat Yang Terakhir

synopsis :
Mengisahkan percintaan yang tidak berakhir dengan perkahwinan. Zarith Sofea, seorang gadis kampung bercinta dengan Idris sejak di bangku sekolah menengah. Tetapi cincin tunang yang sepatutnya disarungkan di jari Zarith Sofea tidak sampai pada hari pertunangan seperti yang dijanjikan, tetapi yang 'datang' adalah fitnah Zarith Sofea sudah tidak suci! lebih teruk lagi cincin itu sampai ke rumah Junaidah, sepupu Zarith Sofea. Bagi membersihkan nama Zarith Sofea dan keluarga, Zarith Sofea di kahwinkan dengan Rizman, ketua kepada abang Zarith Sofea tanpa kerelaannya. Lalu Zarith Sofea dibawa 'berbulan madu' apabila Rizman dihantar berkursus di Norway. Di sana, Zarith Sofea bertemu Ikhwan Syah yang menyangka Zarith Sofea belum berkahwin. Tidak disangka, Ikhwan Syah kawan kepada Rizman.. kecilnya dunia! Kepercayaan Rizman terhadap sahabatnya dibalas tuba apabila Zarith Sofea ditiduri Ikhwan Syah selepas Zarith Sofea diberi ubat tidur semasa ketiadaan Rizman.. lalu terhasil Ahmad Afzan. rahsia yang disimpan selama 12 tahun akhirnya terbongkar apabila Ahmad Afzan menhidapi barah tulang(kalau tidak silap) dan jenis darahnya berlainan daripada kedua ibu bapanya. Rizman terus meninggalkan isteri dan anak-anak apabila menyedari Ahmad Afzan adalah anak kepada Ikhwan Syah. Pelbagai rintangan dan dugaan yang terpaksa Zarith Sofea lalui bagi memastikan Zarith Sofea dapat meneruskan hidup. Zarith Sofea tidak putus-putus mencari bekas suaminya apabila Ahmad Afzan berkeras mahu bertemu ayahnya(Rizman) Ketika Ahmad Afzan sedang nazak, Zarith Sofea bertemu semula dengan Ikhwan Syah dan dapatlah Ahmad Afzan bertemu dengan ayahnya yang sebenar sebelum menghembuskan nafas terakhir. Semasa Zarith Sofea berada di hospital selepas melahirkan sepasang anak kembar hasil perkahwinannya dengan Dato' Ku Kahar(bagi mendapatkan wang untuk perpelanjaan rawatan Ahmad Afzan, tetapi kemudiannya bercerai), Rizman kembali dan merayu Zarith Sofea untuk kembali ke pangkuannya. Penghabisan cerita ini agak kabur- penulis menggantikan cerita dengan puisi dan pada pemahaman saya, Zarith Sofea memilih Ikhwan Syah sebagai teman hidupnya..

Saya sangat gemar pada novel ini kerana jalan ceritanya yg x seperti kebiasaan novel.. i mean jalan cerita yg diselitkan dgn kejadian lepas.. pada mulanya saya agak confused kerana jalan cerita seperti tidak teratur.. dimana kisah yang berlaku sebelum Ahmad Afzan sakit diceritakan sebagai kenangan Zarith Sofea... dan berlaku secara selang seli.. tetapi semakin lama saya membaca, saya makin tertarik untuk menghabiskan kesemua 781 muka surat..

saya beri 4 daripada 5 bintang : jalan cerita yang sedih, sehinggakan saya emotional!
Posted by Hello

Friday, February 18, 2005

My Favourite Novels of All Time



I start with : Sehangat Asmara - Aisya Sofea

This one of my favourite novels and I've rea it several times because i just love to read it..

Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini disembunyikan oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, dendam rindunya terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya. Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya....

Posted by Hello

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...