Saturday, February 19, 2005

My Favourite Novels of All Time (2)


Next : Sabariah Araur - Buat Yang Terakhir

synopsis :
Mengisahkan percintaan yang tidak berakhir dengan perkahwinan. Zarith Sofea, seorang gadis kampung bercinta dengan Idris sejak di bangku sekolah menengah. Tetapi cincin tunang yang sepatutnya disarungkan di jari Zarith Sofea tidak sampai pada hari pertunangan seperti yang dijanjikan, tetapi yang 'datang' adalah fitnah Zarith Sofea sudah tidak suci! lebih teruk lagi cincin itu sampai ke rumah Junaidah, sepupu Zarith Sofea. Bagi membersihkan nama Zarith Sofea dan keluarga, Zarith Sofea di kahwinkan dengan Rizman, ketua kepada abang Zarith Sofea tanpa kerelaannya. Lalu Zarith Sofea dibawa 'berbulan madu' apabila Rizman dihantar berkursus di Norway. Di sana, Zarith Sofea bertemu Ikhwan Syah yang menyangka Zarith Sofea belum berkahwin. Tidak disangka, Ikhwan Syah kawan kepada Rizman.. kecilnya dunia! Kepercayaan Rizman terhadap sahabatnya dibalas tuba apabila Zarith Sofea ditiduri Ikhwan Syah selepas Zarith Sofea diberi ubat tidur semasa ketiadaan Rizman.. lalu terhasil Ahmad Afzan. rahsia yang disimpan selama 12 tahun akhirnya terbongkar apabila Ahmad Afzan menhidapi barah tulang(kalau tidak silap) dan jenis darahnya berlainan daripada kedua ibu bapanya. Rizman terus meninggalkan isteri dan anak-anak apabila menyedari Ahmad Afzan adalah anak kepada Ikhwan Syah. Pelbagai rintangan dan dugaan yang terpaksa Zarith Sofea lalui bagi memastikan Zarith Sofea dapat meneruskan hidup. Zarith Sofea tidak putus-putus mencari bekas suaminya apabila Ahmad Afzan berkeras mahu bertemu ayahnya(Rizman) Ketika Ahmad Afzan sedang nazak, Zarith Sofea bertemu semula dengan Ikhwan Syah dan dapatlah Ahmad Afzan bertemu dengan ayahnya yang sebenar sebelum menghembuskan nafas terakhir. Semasa Zarith Sofea berada di hospital selepas melahirkan sepasang anak kembar hasil perkahwinannya dengan Dato' Ku Kahar(bagi mendapatkan wang untuk perpelanjaan rawatan Ahmad Afzan, tetapi kemudiannya bercerai), Rizman kembali dan merayu Zarith Sofea untuk kembali ke pangkuannya. Penghabisan cerita ini agak kabur- penulis menggantikan cerita dengan puisi dan pada pemahaman saya, Zarith Sofea memilih Ikhwan Syah sebagai teman hidupnya..

Saya sangat gemar pada novel ini kerana jalan ceritanya yg x seperti kebiasaan novel.. i mean jalan cerita yg diselitkan dgn kejadian lepas.. pada mulanya saya agak confused kerana jalan cerita seperti tidak teratur.. dimana kisah yang berlaku sebelum Ahmad Afzan sakit diceritakan sebagai kenangan Zarith Sofea... dan berlaku secara selang seli.. tetapi semakin lama saya membaca, saya makin tertarik untuk menghabiskan kesemua 781 muka surat..

saya beri 4 daripada 5 bintang : jalan cerita yang sedih, sehinggakan saya emotional!
Posted by Hello

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...