Showing posts with label cats. Show all posts
Showing posts with label cats. Show all posts

Wednesday, April 14, 2010

Alkisah..

Kat blakang office ni ada satu cafe..kat situ la kitorang slalu park kereta. Pastu, banyak sangat kucing berumah tangga kat situ. Ada pulak sorang geng kat office ni, Elina, sayang haiwan sangat2.. sanggup belikan makanan for those cats.

Yang bestnya, dalam banyak2 kucing tu, seekor je yang jinak..yang lain semua penakut! orang dekat je mesti lari. Yang sekor ni la jadi tukang 'carik makan'.. mana taknya, bila nampak je Elina, mesti dia datang, so Elina mesti kasi makan. Elok je Elina tabur makanan tu, berduyun2 kuceng2 ni tadi datang.. ahaha, pandai x?

okeh..sila beratur ye~
eh..perasan x kaler semua sama? kitorang syak mesti adek-bradek ni~

So, sekarang ni kuceng tu dah ada nama, tompok(yang putih tu la) Dan bila nampak je either one of us, mesti dah ingat nak kasi makanan.. eheh, sorryla tompok, I tak de makanan for you, you have to wait for your 'mom' okeh?

p/s: i tabik spring la kat u Elina..baik sungguh! bertuah kuceng2 kat bungalow tu~!

Thursday, May 21, 2009

new arrivals~~

new arrivals yang x berapa nak baru!! tajuk macam iklan baju je..hahaha

sebenarnya nak cerita pasal kat rumah dah dah ada baby baru..bukan baby kakngah, tapi baby meshing. Meshing ni asalnya kucing jalanan, masa kecik2 dulu dia pantang orang bukak pintu belakang, mesti dia masuk..x takut lansung. Kalu kucing terbiar yang lain mesti lari bila kitorang bukak pintu. kaklong la orang paling rajin kasi makan kat mesing ni..sampailah melekat dan jadi kucing rumah ni..actually, kitorang x moh bela kucing betina, sebab x nak dia beranak nanti..tapi nak buat cammana, dah sayang plak kat mesing ni (kenapa? nanti cerita entry lain, k?)

skarang ni meshing dah beranak(anak sape x tau..musykil!)anak dia 4 ekor.. 2 kaler coklat, 1 putih, satu lagi belang2 macam meshing

yang ni sebijik mcm mak die..suara pon halus je
yang putih melepak ni kitorang syak anak mamat..huhuhu
ni coklat plain
ni plak coklat belang2 (gambar blur sebab x reti dok diam)
hari Selasa haritu genap 2 minggu umur 'budak2' nih..ni semua gambar latest, gambar new born x de..malas nak amik :p Nampak je kecik, suara kalah mak die. Kalu meshing kluar tinggalkan anak die, kitorang mesti pinjam budak2 tecit ni..pastu budak2 ni jerit2 macam histeria, nanti meshing messti patah balik, cari anak die..huhuhuhu~

p/s: baby kakngah sila tunggu ek? jangan kluar lagi..rumah blom siap..hahaha~~

Friday, September 02, 2005

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...