Showing posts with label makan~makan. Show all posts
Showing posts with label makan~makan. Show all posts

Tuesday, August 06, 2013

Iftar 1434H


Salam 28 Ramadhan. Alhamdulillah dah 28 hari kita berpuasa. Sedar tak sedar lusa dah nak raya dah! Alhamdulillah, puasa kali ni betul-betul economical.. most of the time, satu hari satu dish je.. yelah makan ber-2 je dengan kaklong mana nak lalu sangat.. asal kenyang dah syukur! 

Since tak de entry lansung dalam bulan puasa ni, meh la saya tayang gambar makanan berbuka puasa :D Dah nak habis Ramadhan boleh la tayang gambar makanan, ye tak?! agak-agak tak tahan tak payah tengoklah!
ni mana yang sempat je.. dan yang mana rasa macam special sikit..
nachos & salsa. boleh kata makanan favourite bulan puasa.. repeated for 3-4 times already :) rasa dah sama sedap dengan Chili's punya ;;)

cucur kurma.. menu wajib bulan puasa.. at least sekali pun jadilah

kuay tiow kungfu

murtabak raja.. jalan jauh dari Kelantan ni. tebal. sedap. padat! 

kuih tepung bunga.. first time rasa ni. kata mama ni kuih tradisi orang kampung dia :)

ayam percik. buat masa semua balik minggu ke-2

buah melaka

mac & cheese ku yang putih pucat pasal tak de cheese kaler oren :(

ni masa buffet iftar di Mukalla, Cyberjaya dengan pandas

nasi lemak sambal sotong. ni mana boleh tinggal, makanan paberet nih!

itu je. hehe.. yang pasti, tahun ni berjaya lagi sekali tak jejak ke param!
 

Friday, May 10, 2013

Ho Chi Minh :: The Food


 Salam Jumaat. Semoga hari ini lebih baik dari semalam :)

Hari ini, saya nak bercerita pasal makanan. to be specific, the food in Vietnam :) #FoodFriday, kekdahnya..

I don't know about you, but I can't live without food :P I love food.. eating is one of my many hobbies ;) hah!

we know it's not hard to find Halal food in Saigon, it's just that the price can be a lil' bit 'hard' on our pockets :D therefore, we brought along lots of instant noodles & nasi impit to go with serunding kelapa, sambal bilis & black pepper beef. plenty enough for 2-3 meals!

 we had breakfast at the hotel, so dah selamat di situ. lucky us, there's one very friendly hotel staff who's able to speak Bahasa, who upon seeing us, immediately shown us the food fit for Muslims. even though there's not much to choose from, it was filling enough to last until late afternoon, so we were able to skip lunch.

being said that, we still HAVE TO try the local delicacies!

coincidentally, just before we went out to have late lunch/early dinner on the second day, there's this fellow Malaysian next to our room was kind enough to introduce us to a restaurant not far from our hotel. According to him, the price was reasonable & the food was quite delicious.

introducing.. The Daun restaurant, a kind of newly operated (2 months at the time), multi-storey restaurant, own by a Malay Singaporean.
we had white rice with fried flower with beef, kerabu taugeh, siakap tiga rasa & seafood tomyam, while kaklong had Pho (Vietnamese Beef Noodle) which is one of the must try food in Saigon.
and a cup of hot Vietnamese coffee to finish off the dinner
the food was indeed delicious! so delicious that we made another visit to the restaurant the next day, before going back to KL!
this time around, I had the Bun Bo (Vietnamese Spicy Beef Noodle), mee goreng mamak for papa & adik, mama had nasi goreng pattaya, & kaklong ordered a pasta dish. oh, and we ordered the  fried flower with beef again! ratah gitu je pon sodap :)

so, for those going to Saigon, now you have another option for Halal food. I highly recommend it! it is not far from Cho Ben Thanh (about 10 mins walk). here's the address:
305, Ly Tu Trong Street, Ben Thanh Ward, District 1, Ho Chi Minh City, Vietnam.

Satu yang saya perasan, locals here love to eat Baguette/french bread. we saw hawkers selling it everywhere we went to! even at the hotel, they serve it for breakfast. tho, I'm not really sure how they eat it :D but I had my baguette with butter, pb & jams ;)

***

ingat tak, I've mentioned about Trung Nguyen Coffee?

It is quite famous among my colleagues, most of the time they'll bought it for souvenir. I've tried this many times & I like it very much! apparently, it is the no.1 coffee in Vietnam.

but most importantly, it is certified Halal :)
you can actually find it in many places, especially in Ben Thanh market. jangan tak tau, kedai kain pun ada jual ni! it is THAT famous! but fyi, here in this shop you'll have more selection & you can have the coffee freshly ground for you!
the cuppuchino is to die for :x very creamy, & not too sweet. bau dia, semerbak! oh, tak boleh jadi ni.. dah terbayang-bayang kesedapannya! tak pe, petang ni jugak saya bancuh. sekarang tak bleh la, nak pegi lunch :D byee..

Thursday, September 27, 2012

Mem-pavlova lagi


sempena birthday adik yang ke-22.. again, cerita basi :)
kesian orang tu tak pernah merasa lagi.. nasib baik la dia approved! 

zoom in sikit..
sedikit hitam dan merekah di situ.. 
terlebih mengembang masa bakar, dah sejuk dia kecut :( tapi  rasa sedap je :P

psst.. this is my 300th entry yo!

Monday, September 10, 2012

My Raya :: Juadah Raya



Habis kisah raya, mari saya cerita kisah makanan yang kami masak untuk pagi raya :)

Ayam pangang
papa dah perap siap-siap dari Sepang lagi.. masa bawak balik Kuantan masih beku, esoknya pagi-pagi terus letak tepi tungku rebus ketupat :) memang menggiurkan!

Ketupat
lepas berbuka kami anyam sampai tengah malam..sambung lagi lepas sahur. dapat dalam 150 biji. daun lebar, tapi sayangnya pendek sangat.. tu yang banyak ketupat sate :( 

Rendang daging kerbau
kerbau sebab ada orang tak makan lembu :) ambik ko, 5kg daging tu.. dapat sekawah la jugak! rendang favourite keluarga kami.. lagi sedap lepas 3-4 dipanaskan..

Kuih lereng/roti berempah
yang ni special.. tak jumpa kat tempat lain! tak pasti pulak ada orang tau @ tak resepi ni, tapi yang pasti kat Kg. Sawah tu arwah nenek je yang buat ni untuk raya.. ni resepi turun temurun dari arwah moyang.. masih dikekalkan sampai sekarang :)
buat dari tepung pulut putih+hitam, bancuh dengan santan yang dimasak bersama bawang, halia & halba.. sedap makan panas-panas.. garing di luar, lembut di dalam! cicah pulak dengan sambal kelapa.. marveles!


Thursday, September 06, 2012

My Raya :: 1 Syawal ~ BBQ


Sambungan dari sini

Malam tu kami buat BBQ kecil-kecilan, untuk family je.. sekali dengan tahlil. sekali sekali berkumpul, masa ni lah nak makan besar :)

kali ni turn abang-abang pulak masak :D
bagus..bagus.. rajin! masakan pun sedap! padahal ada chef import dari Perak :D
ladies duduk berborak aje, sambil-sambil tunggu makanan :P memang kami makan hasil kerja tangan abang-abang hensem dari mula sampai akhir.. terima kasih banyak :)
menu malam tu: ayam, sosej & ikan tilapia merah bakar, ikan siakap 3 rasa & nasi goreng cina. yummeh!

Friday, May 04, 2012

Homemade ice-cream


this is not your normal ais kerim Malaysia tu tau, yang ni can challenge baskin robins ok! (statement berani mati ni..)

introducing my homemade salted caramel & nuts ice-cream :)
hahaha, percaya tak? silalah percaya..serius ok! ni bukan cilok-claim-sendiri-punya!

the idea came when i was browse through a cooking blog.. sekali terjumpa entry pasal salted caramel, terus teringatkan plan nak buat ice-cream from the leftover whipping cream buat pavlova hari tu.. plan yang tertangguh sebab tak tau nak letak flavor apa :D oohlala *-:) right there & then dah boleh terbayang kelazatan ice-cream ku itu nanti :))

but i'm not that adventurous to make the caramel from scratch la kan :P ngelat sikit je ;) guna caramel candy yang ada kat rumah tu je.. bought from Singapore with love (kelas kau, imported ingredients lagi!) 
I melted a couple of these caramel cubes and drizzled over the almost frozen ice-cream.

and to make it more decadent, i added about half a cup of toasted mixed nuts (i use hazelnut, walnut & cashew nut) nyummm~

to make the ice-cream, I  beat about 1 cup of whipping cream with 3 spoonful of sweetened condensed milk. bila dah kembang, masukkan mixed nuts tadi & kacau ala kadar. lepas tu terus masuk freezer. after about an hour or so, baru taruk caramel tu & masuk semula dalam freezer kasi beku semalaman. tadaaa..dah siap ice-cream kita :) senang kan?! resepi ni pakai agak-agak je, a loose adaptation of several recipes from the web ;) 

Wednesday, May 02, 2012

the day i turned 27


Every year my birthday falls on public holiday. that is why I won't mind kalau tak dapat hadiah or celebrate my birthday, since i got the whole day to myself ;) I treat it as a birthday present in disguise :D tapii, kalau nak bagi apelah salahnya kan?!

semalam, sarapan pagi adalah extra special.. lontong (ketupat+kuah lodeh+sambal tumis)
special sebab biasanya kami makan lontong ni masa raya je.. lagi special sebab papa yang masak :D tapi tipulah kalau cakap papa masak khas for my birthday :P

then, tengah hari semalam myself & kaklong pergi Mid Valley. haritu tak jadi pergi sebab nak elak jam bersih rally.. ada orang nak makan yukgaejang sebelum pegi jalan jauh :) (gambar takde.. segan orang ramai sangat!)
and I treated myself to a birthday gifts :D
tipu hadiah birthday.. kalau bukan birthday pon beli jugak :P sebab kasut kerja dah nazak sangat!

oh, lupa nak cerita.. mama baked me a cake. her favourite cake, that is! tapi saya pon suka jugak ;) thank you so much, mama! love u :x tak payah nak berupacara potong kek sangatlah :) makan gitu aja!
pagi ni bawak bekal buat breakfast.. oops, ada donut sesat disitu :P

so, that's what happened on my 27th birthday.. owh, and thank you for all the people who remembered me on my birthday.. the wishes & prayers thru FB & SMS ;) thank you! May Allah bless us all, Amin..

Friday, April 27, 2012

Potluk & Q1 birthday celebration


hari Rabu haritu ada makan-makan kat Mines office..semperna meraikan Q1 babies & sekaligus menyambut kedatangan warga kerja dari Taipan office :) 

1Heart Club kan dah lama tak buat aktiviti.. makanya kita anjurkan majlis makan-makan ni, tapi berjaya menjimatkan budget dengan menyuruh ahli-ahli semua sponsor makanan untuk hari tu bijak tak bijak?!

 dah kenyang, camwhoring :P
perut buncit bukti makan sedap sangat

tak cukup makan kat Mines office, kat TPM boleh sambung makan lagi! macam mana tak gemuks :( eh..bukanlah, tolong habiskan makanan.. pembaziran itukan amalan syaitann (ayat sedapkan hati!)

oh, Mines office adalah sangat berbeza since peninggalan kami ;) makin besar selepas berjaya meng-aquired  the whole floor.. silap hari bulan boleh sesat ni :P 


credit gambar goes to Kak Ecah & Ida.. thanks :x

Wednesday, March 07, 2012

Wednesday, February 22, 2012

Wordless Wednesday~17 :: Termakbul hasrat hati


nak makan chewy gooey brownies buatan sendiri yang exactly to my liking :D
all thanks to the store-bought brownie mix :P

Monday, February 20, 2012

Weekend yang busy


phew, what a weekend! macam2 aktiviti hujung minggu kali ni.. 

Saturday night - attended my colleague's wedding in Seri Petaling. Majlisnya malam.. janji dengan rakan2 pejabat jumpa pukul 8pm, tapi pukul 7.40 baru gerak dari rumah ;;) nak jalan jauh ni, jawabnya pecut ala sopan je la.. sopan sebab baru lepas hujan & jalan basah.. takut licin!

tapi bila sampai, dewan masih kosong! baru ada beberapa meja terisi.. tapi big boss dah sampai :) tunggu punya tunggu, pukul 9 majlis baru start! 
the mempelai.. tahniah Kathir & wife, semoga kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.. Amin!
rombongan dari MediaBanc
rupanya satu ni je gambar saya malam tu :( oh, ada.. tapi dekat kamera photographer..bole la labuu..
sementara tunggu giliran naik pentas nak jumpa pengantin, kami sempat posing dulu :D bayangkan betapa panjangnya queue?!
akhirnya! mula-mula ingatkan nak salam-salam je, sekali terambik gambar pulak :D
meriah majlis ala bollywood ni..terasa macam bukan di Malaysia ;)

sampai rumah dalam pukul 11, tapi... belum boleh tido lagi. nak upload gambar & sambung preparation for potluk esoknya!

*****

Sunday morning - bachelorette party @ Putrajaya

this year, ada 2 pandas confirmed to get married, with another 1 date to be confirm! wah, wah.. saya tumpang gembira kawan-kawan nak kawen :D but at the same time dah mula risau ni :P tak pe, tak pe.. kita kayuh pelan-pelan, ye?!

so, pagi-pagi dah start menggulung cik kimbap.. dah budget dah mesti ambil masa yang lama nak buat, hence the preparation the day before. tapiii.. dalam dah siap bahan awal-awal, saya tetap lambat jugak! pukul 9 baru nak mandi, nak ambik Eah lagi.. akhirnya sampai pukul 10 :-o sorry banyak-banyak ye korang?! thanks tunggu aku :P
sampai-sampai terus makan :D lapar lapar.. baru nak breakfast! banyak kan makana kami? sedap-sedap semuanya.. kenyang, Alhamdulillah!
lepas makan, main tukar-tukar hadiah.. dan seterusnya ke aktiviti utama:
posing laa apa lagii~ bernas tak idea cik Leen kita pakai props begitu? so, tak perlu tunjuk-tunjuk mana yang pree & mana yang dah berpunya :P

thanks korang, best sangat gathering semalam walau sekejap je! lama dah tak gelak-gelak tak hingat donia :) korang memang best! jumpa lagi next month~

oh, we received a great surprise!another baby panda is on the wayy~ yay!

patutnya semalam ada satu lagi jemputan ke kenduri kesyukuran juara masterchef - Dr Ezani, tapi tak dapat hadir sebab rasa macam tak sempat & tak nak tergesa-gesa.. terlepas nak reunion degan kawan-kawan sekolah rendah :( nak buat macam mana, tak de rezeki nak jumpa.. maybe lain kali :)

sekian laporan cuti hujung minggu ku ;)

p/s: sori Kirin aku curik gambo! thanks ye :-*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...