Showing posts with label Singapore - USS. Show all posts
Showing posts with label Singapore - USS. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

The Journey Down South: USS pt.2


*meh baca cerita basi sambungan dari part 1 last part dah pon :)

selesai makan tengahari, kami tuju ke kingdom of Far Far Away, dengan landmarknya- sebuah istana yang tersergam indah.. dari jambatan nak masuk ke Sentosa Island lagi dah boleh nampak! 

so, milik siapakah castle ini?
milik Shrek & Fiona sebenarnya.. tapi bayang tuan punya tak nampak pulak! kat dalam castle ni ada show Shrek 4D Adventure. tapi sebelum masuk kita posing-posing dulu eh :)
cubalah tengok Aariz tu.. kalah big boss!

tengok pulak bawah ni.. cubaan meniru gaya patung :D
amacam.. serupa tak? :P

ok, jom masuk tengok cerita Shrek 4D ni.. kengkawan shrek tu :)) matching pulak baju ikut tema!
lama pulak nak kena beratur.. bukan sebab ramai orang, tapi sebab kena tunggu show sebelum tu habis dulu :) memang best, siap kena sembur dengan air liur donkey ke kuda tak ingat.. ewww~ pastu ada labah-labah geletek kaki! kerkezut akak! cumanya part intro sebelum masuk panggung tu yang boring sikit..

on the way nak keluar, singgah kejap kat Fairy Godmother's potion shop for window shopping sementara tunggu mama & papa dating dalam ferris wheel (Magic Potion Spin) Aariz tak nak naik, jadi mak pak dia posing depan tu je la!
nak keluar tu terserempak dengan Sherk & Fiona la.. tapi tak sempat nak beratur nak bergambar sama-sama sebab 'shift' dia dah habis katanya :( tak pe la.. dapat tengok je pon jadilah kan?!

Next, kami ke Madagascar. "move it, move it" kata Tokpa Aariz :D
kat sini rides mostly untuk kanak-kanak. tapi, Aariz tu apa pon tak nak naik.. setakat duduk kat kerusi je.. apelah, tak adventurous langsung! tapi bila ajak bergambar dengan patung-patung tu nak pulak. 
suka sangat dia dengan the penguins tu, peluk sampai tak nak lepas :D yang penguins tu pon sangat comey, suka menari-nari, lepas tu pose.. nanti menari lagi, lepas tu pose!

dah habis pusing, kami masuk balik ke zon Hollywood.. elok pulak hujan dah reda, bolehlah kami tuju ke roller coaster tadi.

sambil-sambil jalan terserempak dengan show ni.. 
3 orang minah saleh ni nyanyi lagu ape ntah, sambil menari.. ramai sungguh orang dok berkumpul tengok diorang ni mungkin sebab seksi bangat

kebetulan ternampak ada orang jual churros, terus beli.. dah lama nak makan tapi tak tau nak cari kat mana :(
first time ni makan churros.. memang sedap! abaikan makanan di kedua-dua belah tangan ku itu.. tamak!

oh, ni pulak kat The Brown Derby bergaya dengan topi pinjam :D
gambar satu sorang je sebab sesak betul kat situ.. berebut-rebut semua orang!

okeh, dah sampai dah kat tempat yang ditunggu-tunggu.. Battlestar Galactica: Human vs. Cyclon. eksited okeh!
yang naik ni cuma kami ber-4 je: kakngah, abg dosh, adik & saya. first trip naik yang biru tu- Cyclon. yang ni tergantung, kaki terjuntai. lepastu cuba yang Human pulak (merah) yang Human ni ada alas kaki (tapi kaki tak jejak lantai pon sebenarnya) for me, i prefer the Cyclon.. lagi mencabar, siap masuk dalam pit berkabus gitu! yang Human tu biasa-biasa je :) but seriously, dua-dua ni nampak je macam menakukan, tapi tak pon sebenarnya.. sebab laju sangat.. macam tak sempat nak takut! kitorang jerit-jerit pasal tak takut la.. kalau diam tu takut la tu maknanya :P rugilah siapa-siap yang datang sini tak cuba!!

oh, sebelum naik battlestar ni, saya & adik sempat repeat transformers ride seround. tapi sempat jugak terlencong sekejap tengok orang menari break-dance :))

ok, dah settled semua yang di-aim nak main, boleh la balik! hari pon dah petang.. tapi, sempat pulak bergambar dulu dengan Winnie Woodpecker. si Woody dah larik pegi mana ntah :(
ok, baru betul-betul boleh keluar :)

tak cukup posing kat dalam, kat luar pon kami bergambar lagi.. kali ni depan the globe. pose wajib ni sebagai tanda dah sampai sini :)
sebelum balik, singgah dulu beli popcorn @ Garrett. dah lama mengidam teringin nak makan ni, tapi tak sanggup nak redah ke KLCC tu.. lepas tu pulak nak kena beratur panjang! kat sini kedai lengang, boleh bersenang lenang lagi di situ :D

dan tak lupa shopping souvenir @ Candylicious
oh, singgah juga di Hard Rock Cafe beli t-shirt selai (gambar tiada) dalam cubaan mengumpul t-shirt HRC ni ;)

dah settled soping, barulah boleh pulang :D
selamat tinggal USS & Singapore.. we'll definitely come again, InsyaAllah!

sebelum berundur, saya & keluarga nak mengucapkan terima kasih yang tak terhinga buat kak Lina & abg Zaki sekeluarga, dan juga abg Zul & kak Jah for the warmest hospitality. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kalian semua, Amin! terima kasih daun keladi, ada rezeki kami datang lagi ;) jangan serik ye?!


p/s: this is actually the first ever family vacation yang berjaya.. cukup quorum!! yay~berjaya jugak akhirnya :x lepas ni ke mana kita?

Thursday, March 29, 2012

The Journey Down South: USS pt.1


sorry lambat sambung cerita ke Singapore haritu :( buzy yang amatss! busy kerja & bersosial :P
(ni nasib baik holiday 3 hari je, kalau lebih lagi tak tau la berapa lama baru habis cerita!)

Hari Isnin kami serang Universal Studio Singapore(USS). wohoooo!! lama sangat dah dok aim nak pegi ni! dan yang pastinya tujuan utama ke Singapore adalah untuk ke sini :D kami memang sengaja pilih Isnin sebab tak nak bersesak-sesak.. dah banyak dengar cerita kalau pergi peak time memang beratur panjang nak naik rides semua.. ada yang waiting time sampai 1 jam tu :-o tak ke gila? memang tak naik rides tu la kan?! Alhamdulillah, perkiraan kami menjadi, walaupun ramai orang, waiting time adalah tak lebih 10 minit!

hari sebelum tu (Ahad) kami dah booked van untuk ke Sentosa Island sebab tak nak bawak kereta, takut parking mahal.. lagi pulak ada 2 buah kereta, dengan tak tau jalan nya.. macam leceh la pulak! kami tinggalkan je kereta kat hotel, parking free :D tapi dah siap check-out pagi-pagi la. lepas check-out, cari breakfast.. penat jalan cari kedai halal, akhirnya kami beli kat 7E je ;) kat Singapore ni bersepah 7E.. sometimes selang beberapa buah kedai, ada satu lagi 7E. macam-macam ada rupanya kat 7E ni.. jakun sekejap kami kat dalam tu :D dah siap panaskan makanan, kami menapak balik ke hotel. tengok-tengok, van dah ada tunggu. ape lagi, terus naik la! sedang elok je van jalan, hujan pun turun :)

sepanjang perjalanan ke Sentosa Island, hujan lebat sangat! Alhamdulillah, masa kami sampai di gate USS, hujan dah reda #:-S tapi masih renyai-renyai..

escalator yang sangat famous :)
and that is THE GLOBE! yahooo~ dah sampai =D> sangat teruja okay!

ticket dah beli awal-awal secara online.. dapat discount lagi masatu Maybank ada pomotion! so tak perlu beratur pon. sampai je terus tuju gate! masuk je gate, adalah zon Hollywood. kebetulan masa tu ada Po from the Kung Fu Panda, terus kami beratur nak ambik gambar dengan dia :D
masih lagi di Hollywood budget retis

next, kita terbang ke New York pulak.. 

kat sini lah kami masuk the 1st attaraction: Lights, Camera, Action! tengok special effects for category 5 major hurricane. yang bestnya, it is hosted by Steven Spielberg. sempat bertentang mata dengan dia sekejap :P dalam skrin laa..
siap ada api & rasa gegar-gegar.. macam real je!

melepaskan lelah di tangga library.. rasa macam dalam gossip girl pulak :D
tiba-tiba nampak botol air ada kepala bumble bee.. oh, ni wajib beli. cute okeh! 
harga mahal, jadi tong-tong dengan kaklong ;) satu botol kongsi satu family :D tapi banyak kali refill la

macam tau-tau je nak melangkah masuk ke Sci-fi City, siap bawak bumble bee sebagai bodyguard.. keh keh keh.. ok tak lawak!

sebelum naik rides, kami posing-posing dulu dengan robot apekenama dia ni. siap tukar-tukar pose.. layankan je la photographer tu!
kemudian barulah kita menuju ke Transformers the ride. orang kata sangat best :) ok jom kita cuba.. sangat high expectation ni!
tengok lah hiasan sepanjang queue ni, dah macam dalam office NEST pulak. sayangnya tak boleh ambik gambar masa naik ride :( tapi memang best sangat.. ride yang paling best kat USS ni! saya naik 2 kali B-) kononya kami ni duduk dalam autobot nak lawan decepticon. macam real je, jatuh bangunan la, masuk perut decepticon la.. siap ada percik air & rasa panas-panas lagi! kena cuba sendiri la baru tau ;)
tengah tunggu mak bapak budak tecits ni naik ride. sambil tu kita round ambik gambar ye..

since hujan masih renyai-renyai, kami skip roller coaster yang ngeri tu. lagi pon nak kejar WaterWorld show yang nak start dalam masa 30 minit. sebelum tu singgah kejap naik Revenge of the Mummy @ Ancient Egypt.
ride tu kat dalam piramid ni. berlari-larian kami tiga beradik nak masuk dalam. elok sampai, terus dipanggil naik ride. penat belari pon tak habis lagi! itulah bagusnya kalau masuk sikit-sikit, boleh cut queue tolong isikan tempat kosong ;) Revenge of the Mummy ni ada sikit menakutkan.. sebab gelap tak nampak apa pon.. cuma rasa gerak gohead-gostan laju-laju je!

habis main ni, cepat-cepat terjah WaterWorld @ Lost World. masa kami sampai show dah start, tapi nasib baik baru part warm-up, main lawan sorak dengan audience..
stunt sangat hebat.. ada tembak-tembak, letup-letup, jet ski keluar dari air.. pastu ada panjat-panjat, terjun-terjun.. memang tabik spring la kat diorang ni! oh, siap ada kapal laut & kapal terbang masuk dalam ni!

tips masa tengok show: kalau tak nak basah kena sembur air jangan duduk depan & seat yang kaler biru. diorang memang tak de belas kasihan punya, siaplah kena splash dengan air dari jet ski & boat berkali-kali :))

lepas habis show, kami ke Jurassic Park, still dalam Lost World. ingatkan nak bawak Aariz naik kids ride, sekali dah sampai, dia tak nak pulak.. tak pe, kalau macam tu biar aunT & ashu naik ride, tapi yang adults punya la..
kami berdua naik Rapids Adventure. hmmm, ride agak membosankan, tapi ada satu part yang hujung tu yang baru exciting sikit.. sehingga berjaya membasahkan seluar ku walaupon dah cover dengan poncho :(
oh, mama & papa pon pakai poncho jugak! tengoklah, cute je. Aariz pon ada..

sementara kami di Rapids Adventure, yang lain-lain tunggu kat luar katanya. sekali rupanya dah selamat menjamu selera dah masa kami sampai tu /:)
ok, masa untuk makan.. nanti kita sambung cerita lagi ;)


*jom baca part 2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...