Thursday, April 19, 2012

The Journey Down South: USS pt.2


*meh baca cerita basi sambungan dari part 1 last part dah pon :)

selesai makan tengahari, kami tuju ke kingdom of Far Far Away, dengan landmarknya- sebuah istana yang tersergam indah.. dari jambatan nak masuk ke Sentosa Island lagi dah boleh nampak! 

so, milik siapakah castle ini?
milik Shrek & Fiona sebenarnya.. tapi bayang tuan punya tak nampak pulak! kat dalam castle ni ada show Shrek 4D Adventure. tapi sebelum masuk kita posing-posing dulu eh :)
cubalah tengok Aariz tu.. kalah big boss!

tengok pulak bawah ni.. cubaan meniru gaya patung :D
amacam.. serupa tak? :P

ok, jom masuk tengok cerita Shrek 4D ni.. kengkawan shrek tu :)) matching pulak baju ikut tema!
lama pulak nak kena beratur.. bukan sebab ramai orang, tapi sebab kena tunggu show sebelum tu habis dulu :) memang best, siap kena sembur dengan air liur donkey ke kuda tak ingat.. ewww~ pastu ada labah-labah geletek kaki! kerkezut akak! cumanya part intro sebelum masuk panggung tu yang boring sikit..

on the way nak keluar, singgah kejap kat Fairy Godmother's potion shop for window shopping sementara tunggu mama & papa dating dalam ferris wheel (Magic Potion Spin) Aariz tak nak naik, jadi mak pak dia posing depan tu je la!
nak keluar tu terserempak dengan Sherk & Fiona la.. tapi tak sempat nak beratur nak bergambar sama-sama sebab 'shift' dia dah habis katanya :( tak pe la.. dapat tengok je pon jadilah kan?!

Next, kami ke Madagascar. "move it, move it" kata Tokpa Aariz :D
kat sini rides mostly untuk kanak-kanak. tapi, Aariz tu apa pon tak nak naik.. setakat duduk kat kerusi je.. apelah, tak adventurous langsung! tapi bila ajak bergambar dengan patung-patung tu nak pulak. 
suka sangat dia dengan the penguins tu, peluk sampai tak nak lepas :D yang penguins tu pon sangat comey, suka menari-nari, lepas tu pose.. nanti menari lagi, lepas tu pose!

dah habis pusing, kami masuk balik ke zon Hollywood.. elok pulak hujan dah reda, bolehlah kami tuju ke roller coaster tadi.

sambil-sambil jalan terserempak dengan show ni.. 
3 orang minah saleh ni nyanyi lagu ape ntah, sambil menari.. ramai sungguh orang dok berkumpul tengok diorang ni mungkin sebab seksi bangat

kebetulan ternampak ada orang jual churros, terus beli.. dah lama nak makan tapi tak tau nak cari kat mana :(
first time ni makan churros.. memang sedap! abaikan makanan di kedua-dua belah tangan ku itu.. tamak!

oh, ni pulak kat The Brown Derby bergaya dengan topi pinjam :D
gambar satu sorang je sebab sesak betul kat situ.. berebut-rebut semua orang!

okeh, dah sampai dah kat tempat yang ditunggu-tunggu.. Battlestar Galactica: Human vs. Cyclon. eksited okeh!
yang naik ni cuma kami ber-4 je: kakngah, abg dosh, adik & saya. first trip naik yang biru tu- Cyclon. yang ni tergantung, kaki terjuntai. lepastu cuba yang Human pulak (merah) yang Human ni ada alas kaki (tapi kaki tak jejak lantai pon sebenarnya) for me, i prefer the Cyclon.. lagi mencabar, siap masuk dalam pit berkabus gitu! yang Human tu biasa-biasa je :) but seriously, dua-dua ni nampak je macam menakukan, tapi tak pon sebenarnya.. sebab laju sangat.. macam tak sempat nak takut! kitorang jerit-jerit pasal tak takut la.. kalau diam tu takut la tu maknanya :P rugilah siapa-siap yang datang sini tak cuba!!

oh, sebelum naik battlestar ni, saya & adik sempat repeat transformers ride seround. tapi sempat jugak terlencong sekejap tengok orang menari break-dance :))

ok, dah settled semua yang di-aim nak main, boleh la balik! hari pon dah petang.. tapi, sempat pulak bergambar dulu dengan Winnie Woodpecker. si Woody dah larik pegi mana ntah :(
ok, baru betul-betul boleh keluar :)

tak cukup posing kat dalam, kat luar pon kami bergambar lagi.. kali ni depan the globe. pose wajib ni sebagai tanda dah sampai sini :)
sebelum balik, singgah dulu beli popcorn @ Garrett. dah lama mengidam teringin nak makan ni, tapi tak sanggup nak redah ke KLCC tu.. lepas tu pulak nak kena beratur panjang! kat sini kedai lengang, boleh bersenang lenang lagi di situ :D

dan tak lupa shopping souvenir @ Candylicious
oh, singgah juga di Hard Rock Cafe beli t-shirt selai (gambar tiada) dalam cubaan mengumpul t-shirt HRC ni ;)

dah settled soping, barulah boleh pulang :D
selamat tinggal USS & Singapore.. we'll definitely come again, InsyaAllah!

sebelum berundur, saya & keluarga nak mengucapkan terima kasih yang tak terhinga buat kak Lina & abg Zaki sekeluarga, dan juga abg Zul & kak Jah for the warmest hospitality. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kalian semua, Amin! terima kasih daun keladi, ada rezeki kami datang lagi ;) jangan serik ye?!


p/s: this is actually the first ever family vacation yang berjaya.. cukup quorum!! yay~berjaya jugak akhirnya :x lepas ni ke mana kita?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...