Thursday, January 27, 2011

Holiday @ Bandung part 1

yosh.. semalam penat mengupload gambar kat fb, now turn blog pulak.

**warning! entry penuh gambar.. should be even better, right?! but I'll do it in 2 parts.. banyak oo, makan masa!!

Actually percutian kali ni tak dirancang pon.. kaklong la asyik dok ajak pegi holiday.. tekanan kerja katanya! pastu tengok kat AirAsia ada promo.. apelagi, cepat2 kami booking! takut sebenarnya nak redah macam tu.. tak pernah lagi pegi bercuti tanpa tour guide, tapi cuba je la dulu, lagi pon pegi sekejap je!

Day 1: Saturday (Jan 22, 2011)
oh, tak tau boleh kira as day 1 ke tak.. pasal flight jam 7.05pm.
Sampai sana dah pukul 9pm++ waktu Malaysia.. terus ke hotel. beratur kat Immigration tu punyalah lama, nasib baik van ke hotel dah ada, tak payah tunggu2 lagi! kiranya burn la satu hari tak jalan mana2 pon!
cantikkan hotel ni?!
info: hotel agak jauh dari bandar.. tapi sangat puas hati! cantik & tak ramai orang~


Day 2: Sunday (Jan 23, 2011)
pukul 8am waktu Bandung lagi kami dah keluar. tapi pon kat Malaysia dah jam 9am :P

oh, kena keluar awal kalau tak nak terperangkap dalam traffic jam.. Bandung akan macet weekends, banyak orang Jakarta datang sini.

Mula2 kami ke Cibaduyut, shopping leather goods.. special kat sini kasut :D murah okeh! kulit tau, kulitt!
lupa nak ambik gambar dalam kedai.. ralit pilih kasut

lepas tu ke Toko Tiga, gedung jeans.. kat sini Levi's original almost 1/2 price dari kat Malaysia :-o
sambil tunggu pakcik ni jahit sluar, kita posing dolu~

next, ke Pasar Baru. oh, sini memang sangat sesak dengan orang.. ala2 sesak kat Puduraya! Kat sini kami beli borong telekung & kain pasang.. murah tak usah cakap la..berbaloi2!

kalau nak cari kain lace buat kawen pon banyak.. tapi kami tak beli la~
paling lama kat sini :D patutlah driver tu kata "orang Malaysia kalau ke Pasar Baru lupa waktu!" hehe.. memang betul pon~ jadinya makan pon dah lewat! kami nak cuba masakan Sunda.. jadi driver tu bawak ke sini:
santik okeh restoren ni.. harga pon tak mahal! makanan ok.. ada yang sedap, ada yang ok sajer. kat Bandung ni masakan agak manis & masin!

lepas isi tangki perut, sambung sopping lagi.. singgah kejap kat Gedung Sate.. kat sini x de jual sate ok! ini kantor governor, tapi diberi nama sate kerana tiang atas tu macam sate terbalik :))
kitorang sangat pelik tengok banyak budak berarak pakai baju biru.. ada yang jalan kaki, ada yang naik 'angkotan kota'~ rupanya penyokong bola! ada match petang tu.. diorang ni on the way to stadium la~


Barulah ke Jalan Riau pulak.. kat sini terkenal dengan factory outlets.. kami ke Formen & Heritage.
obviously, Formen hanya ada jual barangan lelaki.. kat Heritage pulak mostly baju wanita & kanak2. banyak lagi outlets lain sepanjang jalan ni.. tapi tak terdaya & tak sempat nak masuk semua!

Kemudian ke Kartika Sari, mencari ole-ole. sangat fames sampai almost semua dalam flight bawak kotak/paper bag Kartika Sari ni..

tak banyak jenis yang menarik, tapi banyak jugak kami borong.. samapi satu kotak :D sayangnya tak boleh simpan lama.. hanya tahan 4 hari, except brownies bakar, 1 minggu.

ni Pisang Bollen (cheese)
Peuyeum (Tapai+cheese) Bollen
Brownies bakar

ada satu lagi yang famous, Amanda Brownies.. tapi kami tak pulak ke sana~

last destination for day 2: Rumah Mode. rasanya ni tempat wajib parawisata..ramai bangat orangnya! tempat memang cantik, produk pon best! puas cari baju Elmo for Aariz, akhirnya kat sini jugak jumpa! uissh, nasib baik dah borong sakan seblom sampai sini.. kalau tak rasanya satu kedai habis kena sapu :">

actually banyak lagi tempat2 menarik poket, eg. Jalan Cihampelas kat sini more to cheap jeans & superheroes stuff.. kedai2 sepanjang jalan ni ada action figures besar2 macam ni:
sayangnya tak sempat nak snap gambar banyak2 sebab kami lalu je kat sini :( kalau ada masa lebih maybe boleh pusing2 masuk semua kedai! tapi siap la poket kena tebal~

hasil di penghujung hari pertama:


bersambung...

2 comments:

semut-terbersin said...

yeyyyyyyyyyy!! ada souvenir tuk aariz!

a.T.i.e.Q.a said...

ada..banyak.. elmo pon ada

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...