Dah lebih seminggu rupanya blog ni tak berupdate.. bukan sebab aku tak de idea nak diblogkan, tapi masa sangatlah terhadnya. nak uruskan hal konvo, hal exam lagi.. tak terkejar rasanya~
last week dah sememangnya spent untuk baca Malaysia Kita yang tebal bagak tu.. ahaha, belajar la balik sejarah Malaysia dari zaman batu.. boleh kata silibus subjek sejarah seumur hidup kat sekolah tu aku baca dalam 1-2 hari, tu belum campur lagi part sistem pentadbiran negara dan isu semasa.. sudahnya aku tak sempat khatam pon pegi exam haritu. By now you should have guess what kind of exam I was talking about.. tapi kalau tak tau gak, exam PTD la, hape lagi~! soalan dia seperti biasa memang tak cukup masa nak jawab, terutama part matematik.. dah la tak bleh guna kalkulator, kalau pengiraan direct and simple bleh la.. tapi part karangan+essay tu not bad lah soalan dia.. ada la jugak idea aku nak mengarang~kan?! yang aku baca tak pulak yang keluar~
hari Khamis haritu bebudak panda pegi MMU setelkan hal2 konvo.. aku tau tau pon~ rupanya cik Diana ada hantar sms, aku tak perasan plak.. sedar2 Waniey call kata diorang pegi MMU.. aku masa tu tengah kalut study(bahana study last minute la ni~) so aku decide pegi hari Jumaat, sekali dengan rehearsal. Malam tu pon aku tak dapat join pyjama parti korang tu..takkan aku nak pegi enjoy sebelom exam kan?! sorrylah korang, aku tak datang~! So pagi Jumaat tu aku pegila MMU.. rupanya bebudak ni dah pegi kutip segala robe, kad dengan sticker kereta semua..haku manala tau boleh amik semua tu seblom hari Jumaat.. dah la aku sorang2..bertemankan beribu2 orang yang aku tak kenal..bapak la lamanya nak activate sekeping id kad..beratur je dah dekat 2 jam..itupon aku sempat selit2 lagi. sekali dah tiba turn aku, 2 minit pon tak sampai~ nasib baik kat counter kad+stcker tu tak payah beratur. pastu pegi plak cari studio gambar..dah book hape semua, singgah rumah kakros, makan. pastu lepas zohor, pegi plak tengok jalan ke SMKA Maahad Hamidiah, tempat aku nak exam esoknya..thanks to Leen sebab tolong tunjuk jalan and Dila sekali. petang baru sampai rumah.. dah burn dah satu hari untuk study..ahahah~~
hari Sabtu pulak of course aku spent kat tempat exam tu.. tapi tengah hari ada rest 2 hours, sempatla aku lari kejap pegi MMU.. kan bebudak panda convo hari sabtu tu~ aku tak sempat jumpa semua pon.. Kirin, Dila, Min dengan Leen tak jumpa plak hari tu. aku plak nak kena berkejar balik, nasib sempat..ada 15minit sebelom exam start. malam tu dah janji pegi ambik gambar dengan bebudak panda semua.. tapi ada gap lama jugak, so aku pon balik la dulu..badan pon dah melekit sangat. lepas maghrib aku bertolak.. sib baik ada driver, malas sangat rasanya nak drive malam tu. thanks adik~! masa kat studio tu tak payah ceritala.. riuhnya macam kat rumah sendiri pulak.. ahaha~ tapi aku suka sangat gambar2 tu semua, walaupon rasa awkward posing2 depan strangers-selama ni pakat amik gambar sendiri jer
hari Ahad tu sudah semestinya hari convo aku. nak naik stage tu nervous giler. dah naik tu tak de pulak rasa ape2..macam kena control pon ada. lepastu, penat la pulak nak tunggu habis 1000++ orang.. terima kasih kepada semua yang datang..terutamanya to my beloved family-papa, mama, along, angah, abg daous, adik and aariz.. terima kasih jugak pasal kai hadiah tu semua. tak luap, geng2 panda..dapat jumpa korang kejap je kan? pas ni bila lagila nak kumpul balik ramai2? sayang korang semua~!
hari ni pulak kena pegi pulang robe + collect gambar atas stage.. aaaa~aku tak suke gambar tu..apesal aku sengih buruk?!~ macam mana ni, gambar aku tak cantikkkkk~~!
sebelom pegi MMU hantar mama pegi Klinik Kesihatan Putrajaya.. mama tak sihat+dia ada terapi ibu jari.. sekali ramai la sungguh orang kat situ.. bayangkan, dah siap buat terapi(+-1jam) tu pon turn nak jumpa doktor tak sampai2 lagi.. pergi-balik ke MMU pon mama tak siap jugak..dah pukul 1 barulah settle semua! ramai sunnguh orang demam sekarang ni. isk, takutla aku nak kelur rumah macam ni~ aku doa sangat2 jangan la terjangkit segala penyakit ni semua~
kalau nak tengok gambar buruk tu tunggu next entry, ok?
4 comments:
laaa buruk ke gamba? siannyeh..tula len kali sebelum pi convo, praktis senyum sorg2 depan cermin..sampai dapat senyum yg paling cun! ni main redah je sneyum, mmg tak cun ler..takpo takpo..gambo2 dalam camera kitorg tu cun2..makteh kater awak cun masa convo tuh..ok laa tuh..huhu
gile ke nak senyum sorang2~
tak pela..nak buat macam mana!
cepat la upload gambo tu tiqah, kite nk tengok :P
jap..nak upload la ni~
Post a Comment