Friday, September 23, 2011

India Trip: Part 2


Baca ::Part 1::

Okeh, nak sambung ni.. sila bersedia, buat apa2 yang patut dulu sebab entry kali ni pon panjang jugak :D

Day 3 (2nd Sept 2011): Agra

Lepas breakfast dalam jam 9am macam tu kami bergerak ke Agra Fort. Plan asal adalah untuk melawat Taj Mahal, tapi disebabkan hari Jumaat Taj Mahal tutup, kami stay extra 1 malam di Agra ni. esoknya pagi2 kami ke Taj Mahal..

Kalau tengok plan ni, sebahagian besar Agra Fort ditutup bagi kegunaan military. Hanya dalam 20% dibuka kepada orang awam, bahagian yang berwarna hijau. Puas dah rasa pusing2 situ je pun, sampai papa dah tak larat nak jalan!

This is the Amar Singh Gate, the main gate for tourists
Agra Fort ni dibina oleh Mughal Emperor yang ke-3, Jalaluddin Muhammad Akbar atau lebih dikenali sebagai 'Akbar the Great' (Sila tengok Hindi movie Jodhaa-Akbar lakonan Hrithik Roshan & Aishwarya Rai) yang mana juga merupakan datuk kepada Shah Jahan. Dibina menggunakan red sandstone, hence the red color.

tu dia..jauh lagi nak sampai!
ok..dah sampai :D
Perkenalkan, inilah tour guide kami di Agra, Mr. Qurban Ahmed. He's very informative, sangat seronok dengar dia bercerita..dan SANGAT garang terhadap orang lain selain kami, terutamanya locals yang suka menempel dengar dia bercerita.. selamba je dia halau! kalau ada orang termasuk sekali dlm frame gambar pon dia halau jugak :))
tempat ni kiranya macam registration/receptionist.. siapa nak mengadap emperor kena tulis2 kat sini dulu
pintu original tu tau!
the gate from inside..
This is Zenana Mina Bazaar (Ladies Bazaar). Setiap satu column menempatkan sebuah gerai..
berhadapan dengan bazaar tadi adalah Diwan-I-Am (Hall of Public Audience),
tempat rakyat berkumpul mendengar titah raja
di depannya (kotak kecil diatas) ada Tomb of John Russell Colvin, salah seorang governor British.
Diwan-I-Am dari dekat
di sinilah Emperor akan duduk semasa bertitah, ada meja di bawah tu tempat translator.
megikut cerita, one of the emperors (x ingat mana satu) tak reti berbahasa Hindi, jadi memerlukan khidmat translator..nanti the maharani yang duduk kat tepi(ada bilik khas kat bahagian kiri & kanan tu) akan bagitau kalau silap translate :P
see the intricate marble inlay art found on the throne..bukan lukisan ye kawan2!
the marbles are inlaid with precious & semi-precious stones. Tapi sekarang yang tinggal hanyalah semi-precious stones macam lapis lazuli(blue), cornelian(akik), mother of pearl & byk lagi. this is the same art used for Taj Mahal :)
dataran ni dulunya Bazaar untuk anak2 perempuan bangsawan
Ada tempat tertonjol sikit tu kan, tu tempat Shah Jahan duduk.. bawah ni rupa dari dekat
seberang dataran ni ada pintu.. sinilah tempat Shah Jahan melamar Mumtaz Mahal, atau nama sebenarnya Arjumand Banu Begum. Mumtaz Mahal gelaran yang diberi yang bermaksud "the most excellent of the palace"
Mengikut cerita, semasa Shah Jahan sedang duduk2, ternampak Mumtaz Mahal berdiri di pintu ni, lalu dengan cepat Shah Jahan pergi berjumpa Mumtaz & memberikan sebentuk cincin kepunyaannya kepada Mumtaz sebagai tanda lamaran.. sweet kan? kiranya love at first sight la..

sentuh..jangan tak sentuh! ni nak pastikan bukan lukisan :) kalau perasan, semua motif berdasarkan bunga/tumbuhan, kerana Mughal ni beragama Islam
Sekarang kita berada di Diwan-i-Khas (Hall of Private Audience),
gunanya untuk menerima kunjungan raja2 & dignitaries
juga digunakan sebagai parliament
below is the black throne of Jehangir, the 4th Mughal Emperor (juga bapa kepada Shah Jahan)
nampak tak apa kat belakang tu?
tak nampak? ok kita zoom sikittt
.
.
.
nampak kan? tak jauh pon.. 2.5km je dari sini.
ada tunnel menyambungkan Agra Fort dengan Taj Mahal, untuk kegunaan Shah Jahan..
senang nak pegi ziarah!

pagar/dinding kubu
kami berbackgroundkan Musamman Burj (nak tau apa..tungguuuu)
and all those domes previously were made of gold.. tapi masa zaman British habis kena sapu..
sama jugak dengan semua precious stones (diamond, ruby, sapphire and emerald) :(

Mina Masjid.. surau la kiranya

So, sekarang boleh cerita Musamman Burj tu apa..
menurut wikipedia;

Musamman Burj - a large, octagonal tower with a balcony facing the Taj Mahal. The tower looks out over the River Yamuna and is traditionally considered to have one of the most poignant views of the Taj Mahal. It is here that Shah Jahan along with his favorite daughter Jahanara Begum had spent his last few years as a captive of his son Aurangzeb. He lay here on his death bed while gazing at theTaj Mahal in Agra.
Inside the Musamman Burj
rupa marble inlays dari dekat

this is made of marble.. boleh bayang tak macam mana boleh diukir sampai jadi macam ni!
Since Shah Jahan prefer white marble, he destroyed some of the earlier buildings inside the fort in order to make his own.

Yang ini bilik puteri kesayangan Shah Jahan, Jahanara Begum.. guna white marble jugak
di dinding ada tempat letak lilin.. waktu malam nampak macam dinding bersinar sebab white marble akan glowing bila kena cahaya
tempat ni dipanggil Khas Mahal, the palace for royal household.. di bahagian kanan adalah kamar Jahanara Begum tadi, di tengah2 kamar Shah Jahan & Mumtaz Mahal.
tengoklah, the whole palace is made of white marble, dan setiap inci dipenuhi ukiran
contoh rupa asal corak di bahagian siling
khusyuk benar nampak gayanya.. saya yang sibuk mengambil gambar pon dengar jugak tau! rugila kalau tak dengar kan..
tapi yang peliknya saya lebih ingat cerita :P

perasan tak kat sini tak ada pintu & tingkap? sebabnya pada musim panas mereka akan gantung langsir,
bila musim sejuk pulak gantung karpet bagi menghalang angin sejuk masuk
lubang2 kecil tu masa kena tiup angin sejuk..macam ada air cond!
dan di sebelah kiri, ada kamar untuk the unlucky princess, Gauhara Begum. why unlucky? because Mumtaz Mahal died giving birth to her :( jadi, kamarnya hanya dibina dengan red sandstone dan diplaster sahaja supaya berwarna putih..
di depannya ada Anguri Bagh, taman anggur untuk dibuat wine.
tapi semasa pemerintahan Shah Jahan digantikan dengan pokok bunga

ni je la pon pokok anggur yang tinggal
sebagai pertahanan, bahagian yang basah tu dulunya parit & ada buaya, sebelah dalam ada hutan, kat dalam hutan tu ada binatang buas (harimau, singa, dsb.)
siapa buat salah, hukumannya campak aja..tak payah pakai penjara ;)
tinggikan? kalau jatuh ni, naya je..

dah habis tour white marble palace, kita masuk pulak Jahangiri Mahal.

dah boleh nampak perbezaan architecture kat sini.. banyak dipengaruhi seni Hindu
jangan main2..dulu pon dah ada spa tau!

Mr. Qurban menerangkan jenis2 seni mengikut pengaruh agama

kat sini guna lukisan buat hiasan..bear in mind bahagian ni dibina dulu, for Akbar's Rajput wives.
Salah seorangnya ialah Jodhaa Bhai, beragama Hindu & berasal dari Rajput (Jaipur)
pengaruh Hindu lagi obvious di sini

di bahagian luar Jahangiri Mahal ada satu bath tub, diberi nama Jehangir's Bath.
bayangkan betapa tingginya Jehangir tu.. kalau untuk kita2 ni dah jadi swimming pool dah!
ni asalnya sebiji batu yang dikorek/ukir sehingga jadi macam ni.. tak main sambung2 pakai gam/simen/plaster. katanya, kalau pecah/rosak masa buat tu kena la buat balik..

Jahangiri Mahal dari luar
okay, tour dah tamat.. jom balik!
panjang sangat ceritanya kan? 2 jam kitorang kat dalam ni.
yang lain akan bersambung edisi akan datang.. stay tuned!

Happy 1st Birthday, Ms. Black!


hari ni, 23rd September 2011, genap 1 tahun usia Ms. Black
insurance & road tax dah renewed.. cuma belum tampal je lagi :D
Ms Black dah jalan banyak, 22000km dah.. tapi belum jalan jauh! paling jauh pon pegi ke Alor Gajah sahaja.. dan buat masa ni belum ada plan dengan Ms. Black ;)

so now, let's celebrate the safe journey we've had,
and pray for more journey to come.. Amin!



Wednesday, September 21, 2011

India Trip: Part 1


As-salam.. here's the update as promised :D walaupun terlambat & gambar2 dah lama terpampang di FB, entry ni tetap kena buat juga.. takut2 la nanti lupa/nak ingat balik senang, boleh refer sini aja :)) and also as reference for others, kan?!

Kami bertolak pada hari raya ke-2 (Rabu, 31st Aug 2011) Penerbangan Air Asia ke Banglore, India. Raya kali ni ala kadar sahaja.. sebab terlebey excited nak melancong! Tapi ketupat & rendang tetap ikut jugak naik flight

Destinasi kami adalah Bangalore and the famous Golden TriangleBangalore - Delhi - Agra - Jaipur - Bangalore, untuk 6 hari, 5 malam. Tiba di Bangalore lebih kurang 5ptg waktu India, lewat 2½ jam dari waktu Malaysia. Keluar je dari airport, terus cari Adik.. dalam airport tak boleh tunggu rupanya..kesian Adik tunggu kami seharian di luar aiport! Since India raya lambat sehari, kami dapat raya 2 kali lah :D dan inilah sebab utama bawak rendang & ketupat..ada orang baru nak raya!!

bergambar di hadapan Bengaluru airport
Lepas Adik siap makan, kami masuk semula ke dalam airport untuk ke Delhi pula. Nak masuk kena ada ticket, hanya penumpang sahaja dibenarkan.

Untuk flight ke Delhi, kami naik Kingfisher Airlines
Lepak dulu selepas checked-in, sebelum security check. sini(India) security sangat ketat.. body scan 2 kali, siap kena raba2 tau :( fyi, setiap hand luggage kena ada cop security check, kalau tak, tak boleh boarding!

Flight kali ni best sikit, ada tv & meals.. tapi keselesaan sama aja dgn Air Asia

Kami tiba di Delhi lebih kurang 11pm.. penat & lenguh tak usah cakaplah.. bila dapat berdiri tu rasa syukur yang amat.. iyalah, duduk dalam flight lebih 6 jam, walaupun ada rehat in between.
Nampak tak muka keletihan.. sempat terlelap sekejap aja dlm flight :(

ni keadaan Delhi Airport
tengoklah teksi2 guna kereta klasik tu.. kereta2 mcm ni la jadi kegunaan pegawai2 kerajaan di India.. tapi jenis yang berkilat, ada langsir & siap ada driver lagi!

Keluar dari airport dah ada driver menunggu.. Meet Mr. Rajiv, he'll be our driver for the following 4 days!

Off we go to the hotel to rest. End of day 1.


Day 2 (1st Sept 2011): Delhi
Seawal jam 8.30am kami checked-out from the hotel, nak jalan2 pusing Delhi.. both New Delhi & the Old Delhi.

That's our Delhi tour guide, Mr Jimmy, on the left hand side..

Since Delhi is the capital city of India, kami dibawa pusing2 tengok sederet embassy of popular countries, sebelum ke Rashtrapati Bhavan, official residence of the President of India. Malangnya, disebabkan kami letak luggage atas kereta, kami tak dibenarkan berhenti di hadapan pagar atas sebab2 keselamatan.. kita tengok dari dalam kereta je la!

fungsinya sama macam Putrajaya juga!

yang bulat ini pulak bangunan parliament

Next destination: India Gate
Kata Wikipedia;

The India Gate is the national monument of India. Situated in the heart of New Delhi, India Gate was designed by Sir Edwin Lutyens. It was built in 1931. Originally known as All India War Memorial, it is a prominent landmark in Delhi and commemorates the 90,000 soldiers of the British Indian Army who lost their lives while fighting for the British Indian Empire, or more correctly the British Raj in World War I and the Third Anglo-Afghan War. It is composed of red sand stone and granite.
Masa kami tiba, ada upacara penyerahan tugas menjaga India Gate.. rupanya setiap bulan army/air force/navy akan bergilir2 jaga gate ni. ceremony ni setiap 1st day of every month. Beruntung lah kami dapat tengok..
acara wajibbbb ;)


Dalam perjalanan, kami singgah tengok Bahai House of Worship (aka Lotus Temple) berhenti tepi jalan & tengok dari jauh je pun..

zoom sikit..


Kalau ikut itinerary, kami sepatunya ke Chandni Chowk.. tapi apakan daya, tutup pulak sebab ada perayaan hari tu :( Makanya Mr. Jimmy bawak kami ke sini..

nak memborong souvenir yang sebenarnya :p
ni tengak kusyuk dengar penerangan tentang pashmina & cashmere..dua2 dari kambing gurun, tapi yang beza adalah dari bahagian mana bulu diambil. tapi kami beli yang mixed with silk, tak mampu nak beli 100% pashmina/cashmere /:)

kemudian ke kedai sebelah, ka sini ada jugak jual kain2 semua, tapi yang lebih istimewa, ada jual karpet direct from Kashmir.

Yang baju merah tu namanya Ashraf juga.. panjang lebar dia becerita pasal karpet2 ni. Ada 2 jenis material digunakan, wool or silk. bermakna ada 2 jenis karpet.. lelaki akan weave wool, ladies pulak weave silk, for the obvious reason.. tangan perempuan kan lembut :D dan tangan lelaki kasar. and every carpet has it's own story..it came with the name of the family that wove it

ni adalah kod2 utk corak karpet..

lukis design dulu, then translate into codes

Kashmir carpet weaving demo..

ok.ni nak test ketahanan karpet..
obviously takkan tinggalkan kesan pasal saya kan kecik aje ;;)

habis dibentangkan semua karpet pulak.. siap ajak minum atas tu lagi!

rambang mata tak tau nak pilih mana satu.. makain dibentang, makin confuse kami dibuatnya.. tapi yang mula2 jugak menjadi pujaan hati mama.. sebab yang itu paling lembut!

yang bawah ni silk carpets.. sedikit nipis & berkilat

okeh, done deal..tulis alamat untuk delivery.. tak sampai seminggu pon dah sampai ke Malaysia! sungguh pantas~

sebelum balik, ambik gambar dengan my favourite carpet.. sangat cantik kaler dia!

Selesai sudah urusan membeli-belah, destinasi seterusnya adalah Jama Masjid untuk solat. Jama Masjid ni dibina oleh Mughal emperor, Shah Jahan (alah, yang bina Taj Mahal tu la)

ini adalah Red Fort, dalam perjalanan ke Jama Masjid..
tak singgah kerana ada perayaan kat sini & menurut Mr. Jimmy, sama sahaja seperti Agra Fort yang bakal kami lawati semasa di Agra nanti. Red Fort ni juga dibina oleh Shah Jahan.

Inilah Jama Masjid yang saya kata tadi..

ingatkan sama macam masjid kat Malaysia..sekali tengok penuh orang macam dah bukan masjid pulak! Rasanya yang bawah ni dewan sembahyang..
yang ini pulak tak tau apa.. tak pegi pon sebab lantai sangat panas & kami berkaki ayam sahaja!
tempat wuduk.. terbuka & bercampur lelaki dengan perempuan :(
dan saya ketika mengambil gambar, saya berada di bahagian yang berteduh, penuh dengan locals yang macam tengah berpiknik! tak faham kenapa diorang lepak2 kat sini
Saya, mama & Kaklong diberi peluang melihat janggut, kesan tapak kaki & kasut Nabi Muhammad.. dah ada jugak lain2 items yang saya tak berapa nak ingat.. Subhanallah!

Lepas solat, kami request Mr. Jimmy bawak kami makan makanan halal.. restoren ni dekat je dengan Jama Masjid tu.
pro @ work.. itu dapur/oven tau!

sepanjang berada di India ni, saya hanya order nan/roti..makan dengan dhal, tandoori atau kebab. tak tahu kenapa saya tak selera nak makan yang lain.. balik Malaysia saya turun 2kg!

Selingan - saya rasa ramai yang tau, tapi cuma nak ingatkan.. semasa di India, JANGAN minum air selain air mineral/bottled water, dikhuatiri tidak dimasak dulu, juga JANGAN beli makanan di tepi jalan.. nanti jadi perlancongan ke toilet pulak!

Since we've only spent 1 day in Delhi, tak semua tempat kami pergi.. famous places like Qutab Minar, Humayuns Tomb, Gandhi Memorial, and Birla temple.

lepas makan terus bertolak ke Agra. On the way, kami drop Mr. Jimmy, berakhirlah tour kami di Delhi..

Perjalanan ke Agra sejauh 235 km mengambil masa hampir 5 jam.. dengan mengambil kira keadaan traffic yang agak busy.. busy dgn kenderaan lagi, dgn orang lagi.. binatang pon jugak! tapi driver kami memang pro.. menyeramkan cara orang India memandu..tapi sangat jarang berlaku accident! rasanya saya memang tak lepas kalau memandu di India!

India pon ada lrt tau.. dipanggil Metro

ni pulak rupa toll gate.. sempoiii
tol murah tapi banyak.. sepanjang perjalanan ada 3-4 tolls

auto sarat penumpang.. had muatan penumpang adalah 4 oang termasuk driver ye kawan2!
kat luar bandar je brani buat cenggini..

oleh kerana perjalanan panjang, kami singgah dulu di satu2nya RNR.. betul2 di tengah2 perjalanan! konon2 ada persembahan alu2an.. padahal nak collect $$ ada 2 kereta je masa ni!

sangat mencekik darah okeh!! toilet nak kena bayar.. bila kasi Rs100 untuk 2 orang pasal x ada duit kecik, boleh dia buat2 mcm 'oklah, nak buat mcm mana..' bila kira2 balik, Rs100 = RM7.10 tau.. lu pikirlah sindirik!! ni kalah toilet KLCC~
pastu pulak beli air.. 1 botol besar mineral water + 1 tin Sprite + 1 botol Pepsi = Rs250 :-o tipah2 semua tertipuuuuu..
okeh.. tak mo emo2 dah.. kira rezeki dia la tu.. lagi pon bukan selalu pon dia boleh ketuk orang kan!
lepas tu kami teruskan baki perjalan ke Agra.. sampai pon dah malam, dalam pukul 9pm.. terus check in hotel & zzzz

Thursday, September 08, 2011

Back to work!


Ya, saya dah pulang dari 'perantauan'.. dan hari ni dah start kerja, selepas cuti 12 hari.. malangnya mood bercuti tu masih ada.. di tambah pula dengan badan yang kurang sihat :( nasib baik kerja belum masuk, jadinya sementara menuggu, marilah mencuri masa mengupdate blog :D

bila tahun ni tak beraya sakan, bermakna hampir tiada gambar raya.. yang ada sekeping dua itu nanti lah akan ku upload jua buat kenangan!

begitu juga dengan percutian kami ke India.. gambar2 masih lagi dlm proses penapisan & minor editing.. bila2 ada masa terluang, akan ku update :)

sementara itu, terimalah sneak peek buat pengubat rindu menambah keterujaan
sampai bertemu lagi.. tungguuuuu! :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...