Monday, March 26, 2012

PD lagi: Part 2


meh sambung cerita..
balik dari pantai, terus tuju bilik air.. melekit-lekit badan! dah lama tak mandi laut, dah tak ingat 'kesan' nya - pasir penuh seluar, rambut kusut masai & muka sun burnt :( itu pon ada hati nak sambung berendam pagi esoknya :P memang tak la kan?!

lepas bersiap-siap, kami gerak cari dinner.. pusing punya pusing, last sekali termasuk kedai yang ramai giler orang :-o service pon lembab.. nak dapat meja kena tunggu, nak mengorder pulak satu hal.. kedai lengang barulah makanan sampai :(
ramai orang, tapi... tak de la sedap mana pon! tapi lapar punya pasal, habis jugak :D
lala satu pinggan tu RM14 ok?! mahal!!

hari Sabtu tu adalah birthday Ryan. jadi kami dah rancang nak buat surprise. memang surprise la bila birthday celebrate dah nak habis hari dah :D
 
birhday boy yang malu-malu :P
kek adalah tajaan bos yang sangat sporting.. bubuh nama bday boy kat kek as 'handsom' kekeke
 
yang lain tukang enteprame :P
malam tu kami borak-borak, lawak giler ketawa sampai nak pecah perut! memang enjoy sampai tak sedar dah pukul 2am :-o masa ni saya dah surrender, nak tido ;) tapi ada 3-4 orang berjaga lagi.. katanya habis borak jam 4am!

esoknya tak de apa-apa aktiviti.. lepak-lepak sampai masa check-out. tapi dah janji nak breakfast pukul 9am. nasib baik diorang ni boleh bangun. tapi tengok la rupa masing-masing:
kami tak pergi jauh.. cuma breakfast kat kedai tepi pantai belakang apartment tu je..seronok pulak makan-makan mengadap laut, sambil tengok gelagat orang bermandi-manda & naik banana boat :)

on the way balik apartment, terjumpa jalan rahsia yang cantik ni.. ala bali, siap ada pasang musik klasik lagi.. agaknya ni jalan ke spa la kot?!
raja & permaisuri bersemayam di atas takhta :P si Ryan tu pulak boleh dapat award bapa mithali nampaknya ;)

since hari Ahad tu pulak birthday kaklong, saya balik lebih awal.. lepas makan terus pecut balik rumah, tinggal lah mereka-mereka ini tolong kemas ada yang sambung tido agaknya /:) saya pulak sampai rumah terus zass ke mont kiara (dengan family la) nak celebrate birthday kalong pulak. oh, itu kalau ada masa kita cerita kat entry lain pulak eh?!

begitulah cerita percutian pendek tapi best.. enjoy sangat-sangat, walaupun tak cukup quorum!
and guess what? we are planning for the next trip =D> ke mana? rahsiaa :P weee~ tak sabarnyeee!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...