Friday, March 09, 2012

The Journey Down South: JPO


Meh sini nak cerita pasal percutian yang tak berapa nak rahsia sangat tu..
kali ni kami ke Singapore, yaw!

Yang sebenarnya, trip kali ni dah planned lama dah, dari tahun lepas lagi.. tapi nak tunggu encik adik bongsu pulang ke tanah air dulu, baru boleh cuti-cuti satu family gitu. Nak pergi 3 hari - hari pertama di JB, hari ke-2 di Singapore & hari terkhir tu ke USS pulak. Begitulah perancangan asalnya.. tapi, Mama pulak tak berapa sihat, tak jadi ikut :( dan kalau Mama tak pergi, Papa pon samalah! sehati sejiwa gitu nak buat macam mana, biarlah kami pergi adik-beradik (+ 2 budak tecit) sahaja :(

Nak dijadikan cerita, Aqeef pulak tak sihat :-o demam panas katanya! Kakngah suruh kami 3 beradik proceed dulu, esoknya(Ahad) dia sekeluarga akan menyusul.. kira jumpa sebelum masuk Singapore. Tapi disebabkan risau+kesian kat kami ni, akhirnya Mama & Papa join jugak >:D< terharu ok!

Di JB, tempat yang pertama dituju mestilah ke Johor Premium Outlets!
dah dengar banyak cerita (baca kat blog sebenarnya) yang tempat ni susah sangat nak cari.. sampai ada yang sesat-barat. Thanks to Google, kami dapat cari tempat ni dengan mudah sekali =D> ikut highway Utara-Selatan, arah Selatan(dari KL) keluar Exit253. Lepas tol, terus ke kiri masuk Exit304 (Senai Airport) dah boleh nampak JPO di sebelah kiri. senang je ;)

kami pergi ni hari Sabtu, tapi Alhamdulillah tak ramai orang :D oh, ya..kami memang sengaja pilih minggu tu sebab nak elak cuti sekolah(minggu depan) tak daya nak bersesak-sesak!
cantik kan tempat ni? konsep open gitu.. tapi sedikit panas & berpeluh #:-S nasib baik diorang sediakan kipas!
ada banyak sangat outlets kat sini.. kalau tak silap ada lebih kurang 70-80! memang penatlah keluar masuk boutiques tu semua :)
muka-muka gembira bershopping!

penat shopping, kita minum dulu~
thanks dik banje :D

yang bestnya kat sini, banyak kerusi disediakan.. boleh rehat-rehat sementara menunggu isteri & anak-anak shopping sambil tolong jaga barang :P
boleh tahan banyak jugak kami borong! itu dia..shopping sakan sampai hari dah gelap :D
last stop, ke Adidas.. 
kat sini sports shoes murah-murah! (kedai Nike tak masuk pulak, so tak tau harga macam mana) tapi sayang, yang berkenan semua tak de size :( last resort tanya size dulu baru pilih kaler & design! nasib baik ada ;)

memang tak puas jalan kat sini.. although dah spend masa yang lama, still tak habis pusing lagi! agaknya kalau bukan kerana hari dah gelap, lama lagi la kami kat kat situ :)) 

so, berbaloi tak JPO ni?
for designer brands, taklah murah sangat (beli online jauh lagi murah :P) kalau baju/seluar tu tak banyak size, yang tinggal biasanya size kecil :( macam Levi's, memang murah - RM100++ dah boleh dapat, tapi... size saya nan ado! local brands (e.g. Vincci, Padini) memang sale gila - 50% to 70% Charles & Keith pon harga not bad, banyak kasut harga bawah RM100, jauh beza harga kat KL :D boleh la kalau nak pergi lagiiii ;)


tamat cerita JPO.. next entry, jalan-jalan di Singapore :) tunggu tau!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...