Thursday, March 29, 2012

The Journey Down South: USS pt.1


sorry lambat sambung cerita ke Singapore haritu :( buzy yang amatss! busy kerja & bersosial :P
(ni nasib baik holiday 3 hari je, kalau lebih lagi tak tau la berapa lama baru habis cerita!)

Hari Isnin kami serang Universal Studio Singapore(USS). wohoooo!! lama sangat dah dok aim nak pegi ni! dan yang pastinya tujuan utama ke Singapore adalah untuk ke sini :D kami memang sengaja pilih Isnin sebab tak nak bersesak-sesak.. dah banyak dengar cerita kalau pergi peak time memang beratur panjang nak naik rides semua.. ada yang waiting time sampai 1 jam tu :-o tak ke gila? memang tak naik rides tu la kan?! Alhamdulillah, perkiraan kami menjadi, walaupun ramai orang, waiting time adalah tak lebih 10 minit!

hari sebelum tu (Ahad) kami dah booked van untuk ke Sentosa Island sebab tak nak bawak kereta, takut parking mahal.. lagi pulak ada 2 buah kereta, dengan tak tau jalan nya.. macam leceh la pulak! kami tinggalkan je kereta kat hotel, parking free :D tapi dah siap check-out pagi-pagi la. lepas check-out, cari breakfast.. penat jalan cari kedai halal, akhirnya kami beli kat 7E je ;) kat Singapore ni bersepah 7E.. sometimes selang beberapa buah kedai, ada satu lagi 7E. macam-macam ada rupanya kat 7E ni.. jakun sekejap kami kat dalam tu :D dah siap panaskan makanan, kami menapak balik ke hotel. tengok-tengok, van dah ada tunggu. ape lagi, terus naik la! sedang elok je van jalan, hujan pun turun :)

sepanjang perjalanan ke Sentosa Island, hujan lebat sangat! Alhamdulillah, masa kami sampai di gate USS, hujan dah reda #:-S tapi masih renyai-renyai..

escalator yang sangat famous :)
and that is THE GLOBE! yahooo~ dah sampai =D> sangat teruja okay!

ticket dah beli awal-awal secara online.. dapat discount lagi masatu Maybank ada pomotion! so tak perlu beratur pon. sampai je terus tuju gate! masuk je gate, adalah zon Hollywood. kebetulan masa tu ada Po from the Kung Fu Panda, terus kami beratur nak ambik gambar dengan dia :D
masih lagi di Hollywood budget retis

next, kita terbang ke New York pulak.. 

kat sini lah kami masuk the 1st attaraction: Lights, Camera, Action! tengok special effects for category 5 major hurricane. yang bestnya, it is hosted by Steven Spielberg. sempat bertentang mata dengan dia sekejap :P dalam skrin laa..
siap ada api & rasa gegar-gegar.. macam real je!

melepaskan lelah di tangga library.. rasa macam dalam gossip girl pulak :D
tiba-tiba nampak botol air ada kepala bumble bee.. oh, ni wajib beli. cute okeh! 
harga mahal, jadi tong-tong dengan kaklong ;) satu botol kongsi satu family :D tapi banyak kali refill la

macam tau-tau je nak melangkah masuk ke Sci-fi City, siap bawak bumble bee sebagai bodyguard.. keh keh keh.. ok tak lawak!

sebelum naik rides, kami posing-posing dulu dengan robot apekenama dia ni. siap tukar-tukar pose.. layankan je la photographer tu!
kemudian barulah kita menuju ke Transformers the ride. orang kata sangat best :) ok jom kita cuba.. sangat high expectation ni!
tengok lah hiasan sepanjang queue ni, dah macam dalam office NEST pulak. sayangnya tak boleh ambik gambar masa naik ride :( tapi memang best sangat.. ride yang paling best kat USS ni! saya naik 2 kali B-) kononya kami ni duduk dalam autobot nak lawan decepticon. macam real je, jatuh bangunan la, masuk perut decepticon la.. siap ada percik air & rasa panas-panas lagi! kena cuba sendiri la baru tau ;)
tengah tunggu mak bapak budak tecits ni naik ride. sambil tu kita round ambik gambar ye..

since hujan masih renyai-renyai, kami skip roller coaster yang ngeri tu. lagi pon nak kejar WaterWorld show yang nak start dalam masa 30 minit. sebelum tu singgah kejap naik Revenge of the Mummy @ Ancient Egypt.
ride tu kat dalam piramid ni. berlari-larian kami tiga beradik nak masuk dalam. elok sampai, terus dipanggil naik ride. penat belari pon tak habis lagi! itulah bagusnya kalau masuk sikit-sikit, boleh cut queue tolong isikan tempat kosong ;) Revenge of the Mummy ni ada sikit menakutkan.. sebab gelap tak nampak apa pon.. cuma rasa gerak gohead-gostan laju-laju je!

habis main ni, cepat-cepat terjah WaterWorld @ Lost World. masa kami sampai show dah start, tapi nasib baik baru part warm-up, main lawan sorak dengan audience..
stunt sangat hebat.. ada tembak-tembak, letup-letup, jet ski keluar dari air.. pastu ada panjat-panjat, terjun-terjun.. memang tabik spring la kat diorang ni! oh, siap ada kapal laut & kapal terbang masuk dalam ni!

tips masa tengok show: kalau tak nak basah kena sembur air jangan duduk depan & seat yang kaler biru. diorang memang tak de belas kasihan punya, siaplah kena splash dengan air dari jet ski & boat berkali-kali :))

lepas habis show, kami ke Jurassic Park, still dalam Lost World. ingatkan nak bawak Aariz naik kids ride, sekali dah sampai, dia tak nak pulak.. tak pe, kalau macam tu biar aunT & ashu naik ride, tapi yang adults punya la..
kami berdua naik Rapids Adventure. hmmm, ride agak membosankan, tapi ada satu part yang hujung tu yang baru exciting sikit.. sehingga berjaya membasahkan seluar ku walaupon dah cover dengan poncho :(
oh, mama & papa pon pakai poncho jugak! tengoklah, cute je. Aariz pon ada..

sementara kami di Rapids Adventure, yang lain-lain tunggu kat luar katanya. sekali rupanya dah selamat menjamu selera dah masa kami sampai tu /:)
ok, masa untuk makan.. nanti kita sambung cerita lagi ;)


*jom baca part 2

Monday, March 26, 2012

PD lagi: Part 2


meh sambung cerita..
balik dari pantai, terus tuju bilik air.. melekit-lekit badan! dah lama tak mandi laut, dah tak ingat 'kesan' nya - pasir penuh seluar, rambut kusut masai & muka sun burnt :( itu pon ada hati nak sambung berendam pagi esoknya :P memang tak la kan?!

lepas bersiap-siap, kami gerak cari dinner.. pusing punya pusing, last sekali termasuk kedai yang ramai giler orang :-o service pon lembab.. nak dapat meja kena tunggu, nak mengorder pulak satu hal.. kedai lengang barulah makanan sampai :(
ramai orang, tapi... tak de la sedap mana pon! tapi lapar punya pasal, habis jugak :D
lala satu pinggan tu RM14 ok?! mahal!!

hari Sabtu tu adalah birthday Ryan. jadi kami dah rancang nak buat surprise. memang surprise la bila birthday celebrate dah nak habis hari dah :D
 
birhday boy yang malu-malu :P
kek adalah tajaan bos yang sangat sporting.. bubuh nama bday boy kat kek as 'handsom' kekeke
 
yang lain tukang enteprame :P
malam tu kami borak-borak, lawak giler ketawa sampai nak pecah perut! memang enjoy sampai tak sedar dah pukul 2am :-o masa ni saya dah surrender, nak tido ;) tapi ada 3-4 orang berjaga lagi.. katanya habis borak jam 4am!

esoknya tak de apa-apa aktiviti.. lepak-lepak sampai masa check-out. tapi dah janji nak breakfast pukul 9am. nasib baik diorang ni boleh bangun. tapi tengok la rupa masing-masing:
kami tak pergi jauh.. cuma breakfast kat kedai tepi pantai belakang apartment tu je..seronok pulak makan-makan mengadap laut, sambil tengok gelagat orang bermandi-manda & naik banana boat :)

on the way balik apartment, terjumpa jalan rahsia yang cantik ni.. ala bali, siap ada pasang musik klasik lagi.. agaknya ni jalan ke spa la kot?!
raja & permaisuri bersemayam di atas takhta :P si Ryan tu pulak boleh dapat award bapa mithali nampaknya ;)

since hari Ahad tu pulak birthday kaklong, saya balik lebih awal.. lepas makan terus pecut balik rumah, tinggal lah mereka-mereka ini tolong kemas ada yang sambung tido agaknya /:) saya pulak sampai rumah terus zass ke mont kiara (dengan family la) nak celebrate birthday kalong pulak. oh, itu kalau ada masa kita cerita kat entry lain pulak eh?!

begitulah cerita percutian pendek tapi best.. enjoy sangat-sangat, walaupun tak cukup quorum!
and guess what? we are planning for the next trip =D> ke mana? rahsiaa :P weee~ tak sabarnyeee!

Saturday, March 24, 2012

PD lagi: Part 1


* siap berpart-part lagi ni! walhal perginya tak lama mana pon
** cerita Singapore nanti dulu ;)


Ini cerita holiday di PD sabtu minggu lepas. Pergi dengan rakan-rakan sekerja, seramai 11 orang semuanya (tapi tak semua ada dalam gambar :() Kenapa kami pilih PD? sebab utama dokek ajo.. yang kedua, pergi tak lama.. 2 days 1 night.

sebenarnya percutian ni dah lama dah dirancang.. dari tahun lepas lagi! dah berkali-kali plan, tapi tak jugak pergi :( last sekali, boss kata by hook or by crook kita pergi jugak. boleh kata ini je masa yang ada ada & paling sesuai.. bak kata orang putih, calm before the storm :P lepas ni akan sibuk untuk report Q1!

dah siap head count, terus book apartment.. sebab bila dah bayar, nak cancel tu susah sikit la, ye tak? even at the last minutes, ada beberapa orang tak jadi join! and after a few hiccups, kami berjaya ke sini akhirnya =D>

we choose Ancasa for a simple reason- others were fully booked! lupa pulak tengah cuti sekolah  /:) but lucky us, we get the perfect accomodation:  apartment yang selesa, cantik , lagi bersih, dekat dengan pantai & senang nak cari makan (berbaloi la dengan harganya!) kami ambil 2 buah apartments that can fit 6 pax each. mine with a nice view of the sea.. and the swimming pool ;) yang lagi satu tu, betul-betul depan pintu kami.. mengadap jalan :D kesiannn! well, not my fault, sendiri pilih ;) oh, and that apartment hanya untuk yang nakal-nakal, orang baik macam saya tak nak join :P
mereka ini tengah jelous :P no problem, we can share the view :)
cantik kan? gambar ni diambil dari balcony apartment kami

lepas check-in, kami pergi makan tengah hari.. mereka-mereka ini dah lapar sangat! yang lain tak ikut sebab dah makan..
malas nak cakap banyak, kami duduk je kat tempat yang kosong.. cuma buat-buat tak nampak je benda-benda yang kurang menyenangkan :) lepas makan, kami shopping!! mood shopping membuak-buak :D apa taknya, macam-macam ada jual kat situ! siap ada karnival ape ntah.. yang pasti memang happening habis! kami semua tak balik dengan tangan kosong tau!

petang tu lepas lepak-lepak minum chinese tea yang sedap (courtesy of Lydia's husband) kami ke pantai.. jalan kaki sekejap je dah sampai!
 muka-muka eksited  :D lama dah tak mandi pantai ni..
ramai betul orang hari tu..

tak tunggu lama, kami terus ke  acara utama dan yang paling dinanti-nantikan.. nak naik banana boat :) which by the way doesn't look like banana at all! so we call it 'pencil boat' instead :P
masing-masing dah tak sabar.. tapi cuak juga! 

and off we go..
agak jauh jugak dia pusing.. mula-mula semua eksited, terjerit-jerit.. sampai separuh jalan masing-masing dah senyap :D kami dah pesan awal-awal kat driver tu tak nak jatuh tengah laut.. tepi-tepi tak pe. tapi masing-masing pon macam degil tak nak tergolek dalam air, so pegang kuat-kuat & balance baik-baik. but after a few attempt, kami jatuh jugak :)) ni video saat ketergolekan kami:
thanks to Lydia & husband tolong ambik gambar & video
bila dah jatuh, kami macam blur what comes next! and the driver boleh pulak blah macam tu je.. so kami pon mendarat la sendiri :)

kesian budak kecik ni tak mandi laut.. tapi dia seronok je dapat bola!
alang-alang dah basah, mandi je la! bukan senang nak dapat mandi laut.. my family memang tak suka mandi-manda berkelah bagai ni semua..
lama jugak berendam dalam tu.. sampai 2-3 kali tertelan air laut.. ombak agak kuat jugak! itu belum kira gelak bagai nak pecah perut dek lawak jenaka 2 mamat Pinoy ni!

Ryan yang rajin melayan Eisya. orang tu tengah prektis.. daddy-to-be la katakan!
 matahari dah nak terbenam.. jom la kita balik :)

to be continued..

Wednesday, March 21, 2012

Tuesday, March 20, 2012

Bersiaran dari office baru


It's the second day in TPM, and I'm getting the hang of it :)

dua hari ni keluar rumah awal sikit, takut jam.. but I managed to arrive before 8.30am, yay~ berjaya elak jam! parking adalah sedikit jauh, kena jalan :( dan tak ada bumbung.. kesian ms. goldilocks berhujan-panas :( pagi ni naik shuttle bus, so tak payah jalan! yay lagi~ oh, makanan sangat murah & banyak pilihan! sebulan pon belum tentu dapat try semua :P

this is what I said on FB yesterday:

so, here's the super nice workstation:
cantik kan? tak? maybe because the picture doesn't show the whole 'thing' :) tapi saya sangat suka sebab ada drawer sendiri, ada waste bin sendiri :P i loike! cuma, tak nampak orang depan la..partition tu tinggi sangat!

oh don't get me wrong! it's not that i don't like the Mines office, ini sebenarnya nak sedapkan hati sendiri :) obviously Mines is much better- there's a covered parking, it's nearer & easier to get there, dan tak jam! anyway, we have no choice but to move here ;) sure I'll miss kawan-kawan kat sana! but once in a blue moon, we'll be in Mines for meetings/events/functions.. lagipun hari-hari boleh nampak Mines office on the way here :) then I guess it's not that bad la kan?!

Friday, March 16, 2012

The Journey Down South: Singapore


ok, meh kita sambung cerita pengembaraan eh,  bukan! percutian kami se-family ke selatan semenanjung tanah air

Malam tu kami tumpang tidur di rumah kak Lina, sepupu kami di  Pasir Gudang. Awal-awal lagi dah janji nak jumpa di plaza tol je lepas ke JPO tu, sebab tak tau jalan. tapi, entah macam mana boleh pulak salah masuk simpang, dah tersesat tak jumpa cari jalan.. akhirnya tunggu di Giant, kak Lina & husband, abg Zaki datang cari kami kat situ :)) buat malu je! terima kasih banyak to both of them :)

Esoknya kami nak ke Singapore. Dah janji dengan abg Zul S'pore (selaku host/guide kami) jumpa di Setia Tropika, dalam jam 1pm. Sementara tu abg Zaki & kak Lina bawak kami ke Plaza Angsana, jalan-jalan tengok tempat orang. Almaklumlah, it was my 1st time ke JB :"> padahal kampung belah papa di Batu Pahat (Parit Raja) je! Lagi pulak nak bagi chance kakngah singgah dulu di JPO ;)

Lepas semua dah berkumpul di tempat yang dijanjikan, kami makan tengah hari dulu, takut lapar pulak nanti! selesai makan & bersalam-salaman, off we went to Singapore! yay~ kami konvoi 3 buah kereta, keluarga kami je dah 2 buah :) untuk elak sesat, papa, mama & adik naik kereta abg Zul, while his wife, kak Jah join kereta kami. penting sebab kami tak tau jalan.. lagi pulak tak ada experience masuk Singapore dengan kereta!

ni kat immigration Malaysia:
banyak betul kereta nak masuk ke Singapore! tapi tak boleh lawan queue ke Malaysia :-o
see, ni baru atas Tambak Johor..

ok, dah sampai tanah seberang :D
uish, lama betul nak settle semua.. tambah-tambah lagi kami tak ada Autopass, nak kena beli dulu! Nasib baik ada kak Jah yang banyak menolong =D> itu belum lagi kisah menukar hotel! rupanya hotel di Geylang yang kami book tu dalam red light district! manalah kami tau kan? jasa kak Jah jugak la yang membolehkan kami dapat tukar hotel ke Joo Chiat Road!

lepas settled down & solat, kami gerak jalan-jalan pusing Singapore. Walaupun masa sangat suntuk, dapat jugak kami melawat beberapa tempat :) Mula-mula ke Marina Bay sebab nak tengok Merlion. On the way, abg Zul bawak kami pusing area CBD 
kami park kereta kat Esplanade, then jalan kaki ke Merlion Park
sementara tu posing-posing dulu la :P
bangunan ni macam durian kan? Esplanade ni kira macam Istana Budaya la kalau kat Malaysia :)

sepanjang perjalanan ke Merlion Park tu, kami disajikan permandangan yang sangat menarik! nun di seberang sana adalah the Marina Bay Sands! sangat cantik itu bangunan :x
dan jugak boleh nampak Singapore Flyer & Marina Bay Floating Platform. 
Ralit sampai tak sedar hari dah gelap.. tapi best jugak dapat tengok bangunan tu semua both waktu siang & malam!

ini lah dia the famous Merlion:
kalau pergi Singapore kan tak sah kalau tak bergambar di sini?! 
Aariz dari jauh dah sebut-sebut lion.. lepastu dia nampak ekor tu agaknya, dia sebut fish! pandainya!!
tapi yang kelakarnya, si Aariz tak nak balik! suka betul dia dengan statue tu.. kebetulan ada miniature ni depan mata je, memang tak lepas la rail tu! nasib baik lepas pujuk-pujuk dia ok.. kalau tak jenuh nak mengangkut bawak balik merlion tu.. kalau boleh :D

lepas tu kami ke Orchard Road.. tak de nya nak shopping bagai.. hanya nak ke Lucky Plaza mencari parfume. Oh, bukan saya punya.. yang haritu pon belum berusik lagi! seperti biasalah, kaklong kalau ke sini mesti borong berbotol-botol punya.. nak mandi parfume (agaknya la!) kakngah pon rembat satu :)
sambil jalan, sambil snap pictures.. itu pasal gambar tak santik :( tapi kedai-kedai kat sini semua cantik-cantik belaka :) wangi lagi, dari seberang jalan dah boleh bau!

settled membeli-belah, kami bergegas ke Arab Street mencari murtabak Singapore yang famous tu! dok baca kat forum semua pakat kata mesti makan murtabak Singapore /:) katanya tak ada tempat lain yang boleh menandingi kelazatan murtabak kat sini.. ok, meh kita rasa sendiri.. 
kami makan di kedai Zam-Zam.. tak tau kedai lain ada ke tak, tapi ini yang paling famous
host kami tolong order murtabak ayam(atas) dan kambeng(bawah)
besar giler! yang ini size medium /:) makan sorang memang tak boleh habis!
my verdict: memang sedappp! garing & banyak isi.. saya prefer kambeng ;) makan macam tu je pon dah sedap!

yang ni pon sedap dimakan :P Aqeef yang tak sabar menuggu makanan sampai.. ye ye or je adik ni!

abang pon dah tak tahan kelaparan asyik mintak nasi je :D sepanjang masa berkepit dengan Ashu dia /:) 

gambar selingan: berhadapan dengan restoran zam-zam ada masjid terbesar di Singapore - Masjid Sultan

lepas makan, kami pulang ke Hotel.. tido! rehat yang cukup adalah penting untuk aktiviti keesokan harinya ;) nak tau apa? kenalah tunggu :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...