Friday, December 16, 2011

Aussie Trip - Day 4


Wednesday, 5th October 2011

Malam tu kami tidur di backpakers lodge. tempat ni macam hostel.. toilet/shower, kitchen & living hall kongsi. Alhamdulillah, kami dapat bilik cukup2 untuk kami ber-4, tak perlu berkongsi dengan orang lain :D but it's juat a small room muat-muat untuk 2 double-decker beds & 2 lockers.. comfortable enough for 1 night stay, with an affordable price.. dalam $30 per pax (kalau tak silap)

pagi tu sebelum check-out, kami breafkfast dulu.. kat sini tak de complementary breakfast, tapi boleh masak sendiri. Kebetulan kami ada bawak roti, telur & kentang rebus, jadi kami buat sandwich telur & salad kentang sekali untuk lunch

ni la dapurnya.. lengkap dengan peralatan memasak, pinggan mangkuk segala! tapi kami hanya guna microwave & toaster..

tak lama lepas kami duduk, ramai pulak orang serbu nak sarapan.. nasib baik kami dah cop port dulu, tak payah kongsi meja besar dengan orang lain :D

dan yang ni living hall..boleh tengok tv, baca buku/magazine, main game..

siap makan & berkemas, kami mulakan perjalanan pulang ke Perth.

sebelum tu ambik gambar kenang-kenangan ;)

perjalanan pulang kali ni kami lalu jalan yang sepatutnya kami guna semalam... memang lagi cepat! agaknya ni highway baru, sebabtu GPS tak boleh baca :D GPS siap suruh kami cari jalanraya terdekat, katanya kami ni duk tengah hutan mana.. padahal kami dah dok atas jalan /:)

tepi2 jalan tu penuh dengan pokok2 ni..

gambar blur sebab kereta tengah bergerak :( rupa macam pokok kelapa kontot, tapi ada toncet pulak atas tu.. kalau perhati betul2, seakan2 orang asli pegang tombak/lembing, beratur nak pegi berperang :))

Plan hari ni kami nak melawat Caversham Wildlife Park.. dalam Whiteman Park. tapi nak sampai ke sini, siap sesat-barat! dah sampai kat Whiteman Park, nak mencari Caversham pulak tak jumpa2.. pusing punya pusing, jumpa jugak akhirnya!

Entrance fee = $22 per pax

tujuan utama datang ke sini tak lain tak bukan nak tengok kangaroo & koala.. kalau tak de 2 ni, tak hingins nak pegi zoo bayar mahal2 macam ni :D

mula2 masuk, tengok burung.. macam2 jenis burung, from all over Ausralia
on the top left, is emu.. nakal ni, suka gaduh dengan peacock!

yang bawah ni pulak adik beadik kangaroo & tikus ke hape ntah :P

yang ditunggu sudah menjelma.. yeah.. dapat jugak bertemu kangaroo!!

semua kangaroo kat sini sangat jinak.. selamba badak je melepak2 kat situ!

kangaroo ni pun macam kucing, bila kita gosok2 dagu/leher dia, syok sampai berguling2 :D

tuu diaa.. siap posing tu!!

nampak tak kaki anak kangaroo terkeluar dari pocket mak dia? dah tau tak muat lagi nak dok jugak dalam tu!

kebetulan masa kami sampai, Farm Show dah nak start. cepat2 kami tuju ke situ.. elok kami duduk je, show pon mula!

Farm Show ni tunjuk kehidupan pengembala kambeng biri-biri.. kira macam cowboy la! dia tunjuk macam mana anjing2 digunakan untuk menghalau kambing2 ni tadi masuk kandang.. dah masuk kandang, dia tangkap sekor untuk dicukur bulunya :D fyi, bulu biri-biri ni mesti dicukur setahun sekali..
ni video demo cukur bulu biri-biri aka sheep shearing:


haa.. video yang ni kena tengok.. ada surprise!!
tertipu tak?!! hehehehe


cute kan? yang bagi susu & yang minum susu! double cuteness!!

siap bergoyang2 ekor tu!(kalau tengok video boleh nampak)

habis show, kami diberi peluang 'beramah mesra' dengan kambeng2 & lembu kat situ :D

lepas tu, kami singgah di Molly's Farm

ada arnab..yang sangat relax berkongsi reban dengan ayam ;) dan ada llama yang sangat nakal..main sembur2 air liur pulak!

kesian kat donkey ni kena sembur :(

biri-biri pelbagai warna pun ada ;)

tak lama lepastu, ada 'Meet The Wombat & Friends Show'

selamba badak je kami dok lepak tengah2 padang tu makan-makan :D orang lain berdiri je kat tepi2 tu

kat depan tu actually ada stage.. kat atas stage tu ada macam2 haiwan. lepastu ada MC cerita2 pasal haiwan2 tu la..tapi sebab ramai sangat orang kerumun, tak dapat nak concentrate sangat apa dia cakap! tapi dia cerita pasal burung ni..

pastu ular ni..

then, dia kasi peluang bergambar dengan haiwan2 kat situ..

so, meet the wombat ;)

and friends...

bila diberi tahu yang kandang koala bear open for visitors, cepat2 kami berkejar ke sana.. yes, dapat juga bertemu dengan cik koala ni =D> tido, pon tido la.. asalkan dapat bergambar ber-2 ;;)

tetiba je dia bangun.. ape lagi, cepat2 suruh cik Kirin snap gambar dia

eiiiyahhh.. menggeliat~

bila dah dapat tengok 2 makhluk idaman ni, boleh la kita pulang.. kalau nak pulang ke Malaysia pon tak pe dah ;)

since masih awal lagi untuk pulang ke rumah Nawwar, kami ambil keputusan untuk ronda2 Perth CBD

jalan2 di Hay Street

sempat window shopping di kedai souvenir milik orang Indonesia..

then, jalan lagi.. terjumpa London Court..
meh kita masuk, meh!

actually London Court is a shooping arcade, bukan mahkamah ke apa.. it's quite popular, one of the 'must visit' place in Perth CBD :)



masa ni dalam pukul 5pm.. banyak kedai dah mula tutup :( tak pe, esok2 boleh datang lagi! (in Perth, shops semua tutup awal, dalam pukul 5 macam tu..tapi ada hari yang dia bukak sampai malam. bila tanya kenapa, someone said one of the reason is they want to party tengah malam)
kami jalan sampai ke hujung London Court ni dan keluar ke St Georges Terrace.. since kedai dah banyak tutup, tak de guna nak patah balik ke Hay Street kan? so, we decided to visit the Swan Bells

ni dalam perjalanan ke tempat parking.. sempat lagi :)

oh, parking sangat mahal la kat sini :( lepas tu pulak kami tak faham kenapa ada max amout of time kt situ.. tapi sebab parking sekejap2 je, tak pe la..

a picture with the Swan River as the background :)

and this is The Swan Bells

it's actually a building with a set of eighteen bells inside. dengar cerita ada masa2 bells tu akan berbunyi.. nak masuk kena bayar $11 seorang. since kami memang tak nak masuk (it's closed actually), lepak2 kat luar tu sudah ;)

next, we went to Kings Park.. pon popular jugak

Kings Park ni besar betul.. tapi kami jumpa a perfect spot to take photos :D

cantik kan? Perth CBD at dusk..

dah maghrib, marilah kita pulang~

bersambung......lagi!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...