Saturday, November 19, 2011

Aussie Trip - Day 1


***this is an auto-publish entry.. written way before the accident***

Meh saya cerita about my trip to Perth early October haritu.. or lebih tepat, my trip to Western Australia(WA). setelah sekian lama, kannn?! Layannn~

Alkisahnya, ticket dah dibeli tahun lepas lagi, pakat discuss dlm SMS je sebab nak kejar promo price yang teramatlah murahnya! sadly, only 4 of us out of 6 managed to go :( and guess what? yours truly pon hampir2 tak jadi ikut..pasal 1) baru je pergi India sebulan sebelumnya, 2) takut boss tak bagi cuti, masa pergi India tu pon kena mintak my colleague tolong cover :"> and 3) takut my parents tak kasi lepas nak pegi jauh2 ke tempat orang! Alhamdulillah, berkat doa kami ber-4, lulus jugak cutiku! itu pon mama & boss macam berat je nak approve :)

so, everything was done on the last minute (for myself, at least!) visa application, cuti approved semua lagi 2 minggu nak fly baru settled! that's why i'm so very thankful to Dayah sebab tolong planned everything, & Kirin tolong book accomodations & car rental semua la. kiranya saya pergi lenggang kangkung bawak body(& luggage) sahaja :D

sambil cerita, sambil tengok gambar.. baru tak bosan ;) Credit goes to cik Kirinz for (most of) the photos

Kami pergi ber-4, saya, Dayah, Kirin & Waniey. kami semua kawan2 dari zaman MMU (macam dah lama je bunyiknya) Bertolak jam 11.40pm hari Sabtu (1st Oct) & balik hari Ahad (9th Oct) flight jam 6.50am. Nampak macam 9 hari, tapi kalau kira2 sebenarnya 7 hari je.

We touched down around 5.30am on Sunday. While waiting for the day to break, kami lepak2 dulu dalam airport tu. I managed to update my FB status :D informing family & friend we've arrived sefely in Perth.
tengoklah Perth International Airport yang lengang. orang lain dah chow dulu, kami terpaksa tunggu car rental place to open at 9am. alang2 menunggu, baik posing sepam dua :P

Us (still) waiting for the Bayswater car rental to open. We took taxi from the airport, which costs us around AUD35
pagi sangat lagi ni, Perth city pon lengang!
Dapat je kereta, terus bergerak ke South West of Australia. kami tak berhenti rehat pon, dalam kereta boleh je nak rehat.. tapi mata ni memang tak boleh nak lelap, walhal dalam flight tido setengah jam aja!
Our final destination for the day is Augusta, which is about 310km from Perth city via Bussell Highway. Along the way stopped at Mandurah, Bunbury, Busselton & Margaret River.

meet the driver, cik Kirin :)
sepanjang perjalanan kami disajikan permandangan indah bunga2 liar.. tapi kami tak berhenti la nak begambar guling2 ala hindustan

1st destination: Lake Clifton, Mandurah. nak tengok thrombolites a.k.a Living Rocks


so these are the thrombolites, they are called living rock coz they 'grow' about 1 mm a year /:)
sekejap je kami kat sini, kena berkejar sebab banyak lagi tempat nak pergi. Next, kami singgah di Bunbury for lunch.
tengah pusing2 carik port best picnic, terjumpa this beach yang sangat cantikkk. owh, cuaca sangat terik tapi windy yang sejuk menggigil2.. sebab tu kami bersweater bagai, Aussies relax je!

ni la kereta (sewaan) kami.. Toyota corolla hatchback yang sangat comfy & sedap dipandu(kata THE drivers)
sungguh nikmat dapat makan nasi yang terselamat daripada dirampas kat airport! walaupun masa makan ni menggigil2 kesejukan. Alhamdulillah semua makanan kami lepas, kecuali mushroom soup.. bcoz it contains milk & produced in Malaysia *dem*

lepas makan sambung tengok pemandangan. rezeki kami terjumpa tempat ni.. sangat cantik okeh! Subahanallah!

nak dijadikan cerita, elok je keluar dari Bunbury town, kami kena tahan polis! masa tu Tuhan je tahu bertapa kecutnya perut.. Kirin la siap tanya polis tu "did I do something wrong?" lebih kurang gitu ler..

sekali rupanya just random alcohol test! apeke halnya check alcohol level tengah2 hari buta, kan?!

Okeh, dah sampai di Busselton. kat sini ada the Busselton Jetty, "the longest wooden jetty in the southern hemisphere, stretching almost 2 km" kata en.wiki :D

info @ Interpretive Centre

itu dia.. panjang sampai tak nampak hujung!

at the end of the jetty ada Underwater Observatory, nak masuk sana kena bayar AUD11 per pax. kalau Underwater Observatory+return train journey=AUD29.50/pax. kalau rasa rajin nak jalan kaki, sila bayar AUD2.50/pax, which kami ngelat tak bayar :P alah, pegi dekat2 je pun, bukan all the way!

miss driver cum photographer :P

Selepas itu, kami bergerak ke Margaret River. First, we went to The Margaret River Chocolate Co. Masa kami sampai, dah start hujan renyai2. berlari2 anaklah kami mencari tempat teduh.. nasib baik dekat! masuk2 je terus terkam tengok chocolate making demo.. kesian kakak ni kerja sorang2 :D

silakan.. chocs free! makan sampai kenyang pon boleh kalau tak malu

tergoda tau tengok choc banyakkkk sangat.. tapi apekan daya, mahal sangat!!!
saya berjaya merembat 1 rocky road & 1 pkt nougat celup coklat *yay* tapi masa bayar, pejam mata B-)
tengokkk..posing sepesen.. dua2 pegang chocs :P

next, we went to Bettenay's, one of the many wineries at Margaret River. Not sure why we choose this one, but oh my, what a pleasant view! and also, the nougat here was marvelous! nyum, nyum (kata aariz) sedappp sangat.. harga pon sedapppp!

that's the nougat..AUD14++ kat rak belakang tu pon ada banyak perisa

sayangnya gambar tak dapat menceritakan bertapa cantik & damainya tempat ni!
dah puas tengok views, cepat2 kami bergerak ke Augusta, nak 'kejar' Cape Leeuwin Lighthouse yang tutup jam 5.00pm. lagipun, Kirin dah janji dengan owner Lodging nak check-in at 5pm.
kami sampai lebih kurang 4.40pm.. since dah nak tutup sangat2, En. Penjual ticket tu bagi discount, pay only for 2 pax. kalau tak kena bayar in total AUD5x4=AUD20, dah jimat AUD10 kat situ =D>

cantik kan?! cuaca mendung sebab masa ni hujan renyai2.. sejukk sangat!
tak merasa nak dapat masuk lighthouse ni sebab last trip dah lepas :(
Cape Leeuwin ni terletak betul2 di bucu barat daya Australia.. and it's the meeting point of Indian Ocean & Southern Ocean
Southern Ocean

ombak jahat kuat
Indian Ocean
kami duduk dalam tu lama2 sampai kena halau :))

okeh..kami dah penat, nak berehat! esoknya punya cerita, lain kali ye? bye~


2 comments:

keireen said...

aku sukeee..aku sukee..nanti aku linkkan ke blog kou la..sennag cite. niat na letak dalam blog da lama da..bese la aku. suke kepamkan gambau..kekekek

a.T.i.e.Q.a said...

hahaha.. sila2.. tapi aku tak tau gagah ke aku ni nak habiskan cerita :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...