Friday, September 07, 2012

My Raya :: 2 Syawal


Raya ke-2 kami berziarah ke rumah mak-mak/pak-pak sedara di Kuantan. bunyi macam banyak, tapi ada 2 je sebenarnya :P anyway, sebelum jalan kena posing dulu sementara make-up masih fresh :D

rumah pertama - rumah Elong Lit

rumah ke-2 & terakhir - Makngah Limah

ok dah.. itu je cerita raya ke-2 :D

Thursday, September 06, 2012

My Raya :: 1 Syawal ~ BBQ


Sambungan dari sini

Malam tu kami buat BBQ kecil-kecilan, untuk family je.. sekali dengan tahlil. sekali sekali berkumpul, masa ni lah nak makan besar :)

kali ni turn abang-abang pulak masak :D
bagus..bagus.. rajin! masakan pun sedap! padahal ada chef import dari Perak :D
ladies duduk berborak aje, sambil-sambil tunggu makanan :P memang kami makan hasil kerja tangan abang-abang hensem dari mula sampai akhir.. terima kasih banyak :)
menu malam tu: ayam, sosej & ikan tilapia merah bakar, ikan siakap 3 rasa & nasi goreng cina. yummeh!

Tuesday, September 04, 2012

My Raya :: 1 Syawal ~ Beraya ke Pekan


sambungan dari sini

Perjalanan ke kampung di Pekan tak jauh mana pun, lebih kurang setengah jam. Ni baru la betul balik kampung :) tujuan utama menziarah tok-tok sedara yang masih ada.. kalau nak singgah semua rumah kat kampung tu, satu hari memang tak cukup! dan kami tak berhenti singgah pun kat rumah peninggalan arwah tok, cuma lalu depan je. sebak jugak tengok rumah tu dah usang :(

Mula dengan rumah rumah paling hujung dalam kampung ni. rumah Tokna kecik.
yang berbaju coklat berserkup putih tu la tok nya.. kecik je kan? hence the name :) orangnya pun dah tak berapa sihat..tapi masih nak buat kerja! takpe tok, kami self service aje.. buat macam rumah sendiri :P
cahaya keimanan lah sangaatt! nak jugak ambik gambar kat muka pintu.. layankan aje!
banyak betul gambar kami kat sini! rumah pertama.. sakan la bergambar 8-| tunggu karang dah hujung-hujung, nak cari gambar elok sikit pun siksa :)) kebetulan pulak masa nak keluar tu ada orang datang.. sedara jugak. jadi sementara yang tua-tua berborak, kami yang muda-muda ape lagi, posing la ;) bagus, amalkan selalu!

Rumah ke-2: Tokna Ecu Leh
kat sini ada makanan special sikit.. emping gaul dengan sambal (serundung) ikan. sedap sangat sampai maklong tapau :D susah nak dapat sebenarnya :)

next, rumah To'ki Umar
adik-abang.. 
kengkonon hantu la tu.. tak takut langsung!

yang ni pulak kat rumah ke-4, rumah kak liza.. sebelah rumah je ni..
kat rumah ni ada nasi dagang wajib makan :D rugi woo kalau tak makan.. sedap bangat!

ni pokok apa ntah..tapi kat bwah tu banyak bunga jatuh.. cantik pulak!
lepas tu kami ke rumah pak sedara, Ayahndak Tan. kat rumah dia ada kedai runcit, sedap la kami makan aiskerim free.. terima kasih Eteh :D
tengok ler ada budak dah tak nak bergambar! tapi nasib baik solat rajin pulak.. Alhamdulillah, sejuk perut mama ye Aariz?!
selesai solat zohor, kami bergerak ke rumah arwah To'ki Ahmad/Tok Mimah

last, rumah Toklong Selamah
tak jauh sangat, jadi kami berarak jalan kaki je :) 
ada keluarga pink ni lagi.. sabar je la!
ok, gambar last:

bersambung lagi.. tunggu ye kalau nak tau apa aktiviti kami malam tu ;)

Wednesday, August 29, 2012

My Raya


Dua tahun sekali kami akan beraya di Kuantan, kampung Mama. Kampung sebenar di Pekan, tapi sejak arwah nenek meninggal dunia, kami beraya di rumah Maklong di Kuantan ni.

Kami pulang ke Kuantan on Friday, dua hari sebelum raya.. bertolak lepas solat Jumaat. Alhamdulillah, perjalanan lancar.. cuma perlahan di tol Gombak & sebelum terowong Genting Sempah. but still tak sempai sampai untuk berbuka.. memang dah dekat sangat, agak-agak dalam 5 minit perjalanan je! jadi kami berbuka dengan kurma & air kotak dulu. bekal semua makan kat rumah :D

Sabtu pagi-pagi kami dah start masak untuk raya.. by tengah hari semua settled! rendang dah kering, gulai dah masak, ketupat dah gantung, bahan-bahan nak masak lodeh & sambal ketupat dah siap sedia. Even kuah kacang Makteh sampai ontime :D makanya petang tu kami lepak depan tv tengok kabhi kushi kabhi gham la ;;)

***

1 Syawal ~ Pagi Raya

Pagi-pagi lagi cik abang seorang ni bangun nak ikut sama ke masjid. sementara nak tunggu yang lain-lain bersiap tu, sempat la si Aariz beraksi..
nasib baik sporting habis.. pagi-pagi semangat nak raya masih tebal, dah petang-petang bolayan la! alamak..adik belum mandi lagi ni acamana?

tadaaaa, dah hensem dah adik aqeef  =D> 
banyak sungguh la gambar keluarga pink ni! raya kali ni tetiba saya jadi photographer tak bertauliah..bila dah pegan camera, gambar sendiri boleh bilang dengan jari je la.. takpe, saya redha!!

1st thing 1st, kita bermaafan dulu sebelum keluar beraya.. 
Aariz pulak yang terlebih syahdu pagi tu :P

sementara menuggu satu lagi family tiba, kita ambik gambar keluarga.. mana yang ada dulu la.. 
eh, eh.. terselit satu gambar family Eteh disitu! adik-beradik mama tak ramai, ada 4 orang. tapi yang ada ni 3 beradik je, Makngah beraya dengan family.. memang sejak azali :) keluarga kami tak besar, tapi yang ada ni dah cukup meriah!

amacam..hensem tak saya?
kehkehkeh.. bergaya dengan spek pinjam!

Kali ni turn family Eteh pulak bermaaf-maafan.. siap boleh gelak-gelak, seronok sangeeet! tak main la sedih-sedih ni kan?! 
alahai makteh, malu-malu pulaks :P

jom tengok portrait keluarga kami:

siaran ulangan-my family..
Maklong's:
Eteh's:
last but not least, the whole gang..

siap bergambar, kami berkonvoi ke Pekan, melawat tok-tok sedara di kampung. Nanti saya sambung cerita  ya?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...