Tuesday, September 04, 2012

My Raya :: 1 Syawal ~ Beraya ke Pekan


sambungan dari sini

Perjalanan ke kampung di Pekan tak jauh mana pun, lebih kurang setengah jam. Ni baru la betul balik kampung :) tujuan utama menziarah tok-tok sedara yang masih ada.. kalau nak singgah semua rumah kat kampung tu, satu hari memang tak cukup! dan kami tak berhenti singgah pun kat rumah peninggalan arwah tok, cuma lalu depan je. sebak jugak tengok rumah tu dah usang :(

Mula dengan rumah rumah paling hujung dalam kampung ni. rumah Tokna kecik.
yang berbaju coklat berserkup putih tu la tok nya.. kecik je kan? hence the name :) orangnya pun dah tak berapa sihat..tapi masih nak buat kerja! takpe tok, kami self service aje.. buat macam rumah sendiri :P
cahaya keimanan lah sangaatt! nak jugak ambik gambar kat muka pintu.. layankan aje!
banyak betul gambar kami kat sini! rumah pertama.. sakan la bergambar 8-| tunggu karang dah hujung-hujung, nak cari gambar elok sikit pun siksa :)) kebetulan pulak masa nak keluar tu ada orang datang.. sedara jugak. jadi sementara yang tua-tua berborak, kami yang muda-muda ape lagi, posing la ;) bagus, amalkan selalu!

Rumah ke-2: Tokna Ecu Leh
kat sini ada makanan special sikit.. emping gaul dengan sambal (serundung) ikan. sedap sangat sampai maklong tapau :D susah nak dapat sebenarnya :)

next, rumah To'ki Umar
adik-abang.. 
kengkonon hantu la tu.. tak takut langsung!

yang ni pulak kat rumah ke-4, rumah kak liza.. sebelah rumah je ni..
kat rumah ni ada nasi dagang wajib makan :D rugi woo kalau tak makan.. sedap bangat!

ni pokok apa ntah..tapi kat bwah tu banyak bunga jatuh.. cantik pulak!
lepas tu kami ke rumah pak sedara, Ayahndak Tan. kat rumah dia ada kedai runcit, sedap la kami makan aiskerim free.. terima kasih Eteh :D
tengok ler ada budak dah tak nak bergambar! tapi nasib baik solat rajin pulak.. Alhamdulillah, sejuk perut mama ye Aariz?!
selesai solat zohor, kami bergerak ke rumah arwah To'ki Ahmad/Tok Mimah

last, rumah Toklong Selamah
tak jauh sangat, jadi kami berarak jalan kaki je :) 
ada keluarga pink ni lagi.. sabar je la!
ok, gambar last:

bersambung lagi.. tunggu ye kalau nak tau apa aktiviti kami malam tu ;)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...