Thursday, September 27, 2012

Mem-pavlova lagi


sempena birthday adik yang ke-22.. again, cerita basi :)
kesian orang tu tak pernah merasa lagi.. nasib baik la dia approved! 

zoom in sikit..
sedikit hitam dan merekah di situ.. 
terlebih mengembang masa bakar, dah sejuk dia kecut :( tapi  rasa sedap je :P

psst.. this is my 300th entry yo!

Wednesday, September 26, 2012

Wordless Wednesday~28


ww posts back-to-back! *sigh* nampak sangatlah kerajinan nya tu :P

nampak?
bukan.. bukan debu dekat dashboard :"> minyak dah tinggal 2 bar je tu puk bukan jugak ;)

Thursday, September 13, 2012

Aqeef's 1st Birthday Party


Last Saturday kami satu family berkampung di Tropicana sempena birthday party Aqeef-cum-open house rumah kakngah :) sementara raya belum habis ni.. hence the raya menu as seen below
kuah lodeh kaklong, kuih raya kakngah beli, sate, chicken nuggets, seafood tofu, assortment of chocs from Langkawi & sambal sotong kering pedas kebabom yours truly ;;) oh, tak dilupakan.. air sirap soda :) yums!

tema kali ni ialah Elmo. semua pun elmo.. dari deco, goodie bags, sampailah ke kek! even kat tv pun pasang cerita sesame street!! look at the birthday cake yang menjadi pujaan budak-budak orang tua pun suka gaks! comey je kan?
 birthday boy relax je.. orang lain yang excited lebih :D berebut-rebut nak tiup lilin.. pastu berebut jugak nak potong kek! #cute

we left early sebab ada 2 jemputan open house jiran-jiran kat rumah.. tapi sebelum tu ambik gambar kenangan with the birthday boy, berlatarbelakangkan deco yang santik.. i loike!
p/s: Aariz tak de dalam gambar sebab tegah tido masa ni :)

akhir kata,

Monday, September 10, 2012

My Raya :: Juadah Raya



Habis kisah raya, mari saya cerita kisah makanan yang kami masak untuk pagi raya :)

Ayam pangang
papa dah perap siap-siap dari Sepang lagi.. masa bawak balik Kuantan masih beku, esoknya pagi-pagi terus letak tepi tungku rebus ketupat :) memang menggiurkan!

Ketupat
lepas berbuka kami anyam sampai tengah malam..sambung lagi lepas sahur. dapat dalam 150 biji. daun lebar, tapi sayangnya pendek sangat.. tu yang banyak ketupat sate :( 

Rendang daging kerbau
kerbau sebab ada orang tak makan lembu :) ambik ko, 5kg daging tu.. dapat sekawah la jugak! rendang favourite keluarga kami.. lagi sedap lepas 3-4 dipanaskan..

Kuih lereng/roti berempah
yang ni special.. tak jumpa kat tempat lain! tak pasti pulak ada orang tau @ tak resepi ni, tapi yang pasti kat Kg. Sawah tu arwah nenek je yang buat ni untuk raya.. ni resepi turun temurun dari arwah moyang.. masih dikekalkan sampai sekarang :)
buat dari tepung pulut putih+hitam, bancuh dengan santan yang dimasak bersama bawang, halia & halba.. sedap makan panas-panas.. garing di luar, lembut di dalam! cicah pulak dengan sambal kelapa.. marveles!


Sunday, September 09, 2012

My Raya :: Beraya di Melaka


Cerita raya saya kali ni terus lompat ke hari ke-6. Sebabnya:
  1. raya ke-3 kami tak kemana-mana.. lagi pulak saya 'cherry-berry'! manakala kakngah & family berangkat ke Melaka..
  2. raya ke-4  kami dah pulang ke Sepang
  3. raya ke-5 kami raya di Seng Heng :P
jadinya, raya ke-6 baru start beraya semula :) kalini beraya ke Melaka, rumah sepupu & mertua kak ngah. sepatutnya ke sana hari Sabtu(esoknya).. tapi plan ditukar selepas diberitahu keluarga kakak papa akan ke Melaka jugak. ambik peluang jumpa semua terus!

abang dosh keje pulak hari tu, jadi kangah & anak-anak ikut sekali.. tapi kami pegi satu kereta ja tau! kami kan kurus-kurus belaka.. aman nyaman je kat belakang tu :P
sebelum balik tu sempat bergambar ramai-ramai sebagai kenangan. tapi tak semua ada dalam gambar..macam banyak photographer dari model :D oh ya, gambar di rumah mertua kakngah tak de, dah malam sangat macam tak sesuai pulak :)

Friday, September 07, 2012

My Raya :: 2 Syawal


Raya ke-2 kami berziarah ke rumah mak-mak/pak-pak sedara di Kuantan. bunyi macam banyak, tapi ada 2 je sebenarnya :P anyway, sebelum jalan kena posing dulu sementara make-up masih fresh :D

rumah pertama - rumah Elong Lit

rumah ke-2 & terakhir - Makngah Limah

ok dah.. itu je cerita raya ke-2 :D

Thursday, September 06, 2012

My Raya :: 1 Syawal ~ BBQ


Sambungan dari sini

Malam tu kami buat BBQ kecil-kecilan, untuk family je.. sekali dengan tahlil. sekali sekali berkumpul, masa ni lah nak makan besar :)

kali ni turn abang-abang pulak masak :D
bagus..bagus.. rajin! masakan pun sedap! padahal ada chef import dari Perak :D
ladies duduk berborak aje, sambil-sambil tunggu makanan :P memang kami makan hasil kerja tangan abang-abang hensem dari mula sampai akhir.. terima kasih banyak :)
menu malam tu: ayam, sosej & ikan tilapia merah bakar, ikan siakap 3 rasa & nasi goreng cina. yummeh!

Tuesday, September 04, 2012

My Raya :: 1 Syawal ~ Beraya ke Pekan


sambungan dari sini

Perjalanan ke kampung di Pekan tak jauh mana pun, lebih kurang setengah jam. Ni baru la betul balik kampung :) tujuan utama menziarah tok-tok sedara yang masih ada.. kalau nak singgah semua rumah kat kampung tu, satu hari memang tak cukup! dan kami tak berhenti singgah pun kat rumah peninggalan arwah tok, cuma lalu depan je. sebak jugak tengok rumah tu dah usang :(

Mula dengan rumah rumah paling hujung dalam kampung ni. rumah Tokna kecik.
yang berbaju coklat berserkup putih tu la tok nya.. kecik je kan? hence the name :) orangnya pun dah tak berapa sihat..tapi masih nak buat kerja! takpe tok, kami self service aje.. buat macam rumah sendiri :P
cahaya keimanan lah sangaatt! nak jugak ambik gambar kat muka pintu.. layankan aje!
banyak betul gambar kami kat sini! rumah pertama.. sakan la bergambar 8-| tunggu karang dah hujung-hujung, nak cari gambar elok sikit pun siksa :)) kebetulan pulak masa nak keluar tu ada orang datang.. sedara jugak. jadi sementara yang tua-tua berborak, kami yang muda-muda ape lagi, posing la ;) bagus, amalkan selalu!

Rumah ke-2: Tokna Ecu Leh
kat sini ada makanan special sikit.. emping gaul dengan sambal (serundung) ikan. sedap sangat sampai maklong tapau :D susah nak dapat sebenarnya :)

next, rumah To'ki Umar
adik-abang.. 
kengkonon hantu la tu.. tak takut langsung!

yang ni pulak kat rumah ke-4, rumah kak liza.. sebelah rumah je ni..
kat rumah ni ada nasi dagang wajib makan :D rugi woo kalau tak makan.. sedap bangat!

ni pokok apa ntah..tapi kat bwah tu banyak bunga jatuh.. cantik pulak!
lepas tu kami ke rumah pak sedara, Ayahndak Tan. kat rumah dia ada kedai runcit, sedap la kami makan aiskerim free.. terima kasih Eteh :D
tengok ler ada budak dah tak nak bergambar! tapi nasib baik solat rajin pulak.. Alhamdulillah, sejuk perut mama ye Aariz?!
selesai solat zohor, kami bergerak ke rumah arwah To'ki Ahmad/Tok Mimah

last, rumah Toklong Selamah
tak jauh sangat, jadi kami berarak jalan kaki je :) 
ada keluarga pink ni lagi.. sabar je la!
ok, gambar last:

bersambung lagi.. tunggu ye kalau nak tau apa aktiviti kami malam tu ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...