Iye.. kami ke India lagi! tapi kali ni betul2 ke tempat Ashraf je :D tak de melencongmelancong mana-mana dah! Pergi pon sekejap, 4 hari je.. bertolak petang Ahad, balik sini Rabu malam. nasib baik le sekejap kan, kalau tidak bye bye la saya tinggal lagi sorang-sorang, sebabnya terkena pulak time tengah sibuk sangat-sangat kat office.. betul-betul time Q2 reports nak keluar, tambah pulak dengan monthly reports! terima kasih bos bagi cuti :x tapi bila balik dari cuti, memang kena keje lebih masa lah.. nak mengejar dateline. Alhamdulillah dapat kejar #:-S ni yang sekarang ni cerita dah basi baru nak update :P dekat sebulan dah!
posing-posing sementara nak tunggu gate bukak..
ramai betul orang hari tu..orang sana la yang ramai nya :| datang sini cuti-cuti Malaysia gamaknya :)
ramai betul orang hari tu..orang sana la yang ramai nya :| datang sini cuti-cuti Malaysia gamaknya :)
kali ni order Nasi Lemak Pak Nasser yang femes sangat tu. 1st time ni nak cuba.. sebelum ni eksyen makan western je :P taste wise.. ok la, not bad!
perjalanan ambik masa 4 jam.. bapaklah boringnya :( nak baca novel, tak de mood.. nak tido, mata tak nak lelap pulak!
perjalanan ambik masa 4 jam.. bapaklah boringnya :( nak baca novel, tak de mood.. nak tido, mata tak nak lelap pulak!
kami tiba pukul 5.20pm waktu sana. sana lambat 2½ jam.. keluar je arrival hall tu terus cari taxi ke Bangalore city.. kami tido 1 malam kat Bangalore before next flight ke tempat adik. dari airport ke city ambik masa 45mins-1jam, depends on traffic.
tengoklah, masa berhenti di traffic light jalan yang asalnya 3 lanes, tiba-tiba je jadi 6 lanes.. padat giler :-o tapi diorang ni hebat bab menyelit-nyelit ni, kalau kita confirm dah gesel!
hotel kami terletak betul-betul di city centre. kaklong memang sengaja cari hotel area situ nak dekat dengan tempat shopping :D last year kan jauh bangat, tak sempat tunggu kedai bukak dah kena balik :(
hotel kami terletak betul-betul di city centre. kaklong memang sengaja cari hotel area situ nak dekat dengan tempat shopping :D last year kan jauh bangat, tak sempat tunggu kedai bukak dah kena balik :(
percaya tak, ni hanyalah hotel bertaraf 2 bintang?cantik kan?! very comfortable.. katil besar, bilik bersih, tv banyak channels & friendly service :D dan yang paling penting: MURAH. dahlah tu, dekat pulak dengan MG Road & Brigade Road! highly recommended for budget travellers like us!
High Gates Hotel
33 Church Street,
Bangalore 560001, India
lepas check-in, saya & kaklong cepat-cepat keluar mencari Hard Rock Cafe..hari pon dah nak senja, kalau dah gelap nanti takut pulak nak jalan ber-2 je. tapi bila tanya direction, receptionist tu tak tau pulak.. siap offer suruh makan kat cafe dia 8-| ape daa.. orang bukan nak cari makan la! nasib baik ada satu staff yang tau HRC ni.. rupanya dekat bebenor, tak sampai 10minit pon jalan kaki :)) nasib baik jugak tak jauh, sebab tiba-tiba je hujan turun.. apa lagi, berlarilah kami.. hence gambar buruks!
nak masuk sini pon ada metal detector bagai /:) memang ramai orang dalam tu (kat cafe la) happening giler! tapi kami tuju ke merchandise store aje la :D
seronok sangat jumpa jugak akhirnya..lagi seronok bila dapat membeli :P last time kan tak dapat pergi, kat Delhi pon tak sempat jugak :( tu yang target nak ke sini tu.. siap book hotel biar dekat dengan HRC ni.. sekali, hambik ko..dekat sungguh :)) lena tidur ku malam tu ;;)
Hard Rock Cafe Bengaluru
40 St. Marks Road,
Bengaluru 560001, India
***
Day 2: Isnin, 9 July 2012
Good morning ;)
Hari ni kami ada ½ day free memandangkan flight kami ke Magalore petang, pukul 5.30pm.
but first thing first.. makanlah dulu..
but first thing first.. makanlah dulu..
our breakfast pagi tu.. kiri saya punya, kanan kalong punya :) padahal sebelum tu dah melantak sakan kat dalam bilik :D makan ketupat nasi dengan kari ayam & sambal ikan bilis :P
ok, dah ready nak jalan-jalan!
ok, dah ready nak jalan-jalan!
posing depan hotel japs.. kan dah cakap cantik..tak caya!
nak tau kami pegi mana? tunggu ye :)
No comments:
Post a Comment