Friday, February 24, 2012

Pagi yang produktif!


Pagi ni je telah berjaya men-settled-kan 3 perkara penting:

  1. Renew IC - IC sekarang dari zaman muda remaja(18 tahun), dengar katanya kena tukar sebelum umur 27! nasib baik tak kena denda, bayar = 10 hengget
  2. Servis cik Goldilocks - dah 1000km (lebih dah sebenarnya)
  3. collect refund cheque settlement loan kereta
Sementara tengah cuti ni, marilah kita memaksimakan masa yang terluang :P. Penatnya tak usah cakap! tapi berbaloi-baloi #:-S mana taknya, dari Salak Tinggi ke KL.. lepas tu berkejar pulak ke office di Seri Kembangan! yang sedihnya hari ni terpaksa korban annual leave yang seciput tu semata-mata nak ke menara A*bank kat jalan Yap Kuan Seng. kena ambil EL pulak tu.. awal tahun lagi dah hancus KPI ku :( ini semua pasal sekeping cek yang sepatutnya boleh je bank pos/courier ke rumah!

Alkisahnya semalam saya call bank nak tanya pasal status refund baki full settlement Ms Black.. loan dah clear hujung bulan Jan lagi, ni dah nak masuk hujung bulan Feb, tak ada khabar berita pun. saya pulak nak kena check sendiri! biasalah, kalau call bank mesti kena pass banyak tangankan.. sehinggalah saya berjaya bercakap dengan seorang officer.. but I was shocked to know that apparently she has talked to 'me' earlier that morning and 'I' had asked for the cheque to be send to Ipoh! giler ke apa? bila masa saya duduk kat Ipoh? and she insisted that I talked to her earlier..and mentioned something about husband /:) saya ni kawin pon belum, macam mana nak ada husband? mati-mati saya denied, dah tentulah bukan saya bercakap dengan dia pagi tu! dan dengan eksyen-nya dia suruh saya datang collect sendiri kat sana x(

so, petang semalam terpaksa tebalkan muka jumpa bos mintak belas ikhsan nak cuti 1/2 day (jimat-cermat, nak holiday punya pasal ;)) sebab nak settlekan benda ni! dari petang semalam sampai ke pagi jantung ni dub-dap-dub-dab laju asyik risau je.. iyelah, takut jugak kalau-kalau ada orang curi & salah guna identiti saya!

setelah 3 kali turun-naik lif yang bertingkat-tingkat, akhirnya saya dapat berjumpa dengan officer yang call saya semalam.. nasib baik tak perlu tunggu lama untuk dapat cheque tu! setelah diselidik, katanya maybe diorang tersalah no telefon! thank God I called yesterday afternoon.. kalau tidak entah ke manalah cheque tu pergi :(

and untill this moment saya masih tertanya-tanya kenapa orang di Ipoh tu boleh senang-senang claim duit yang bukan kepunyaan dia? dan kenapa saya kena collect sendiri bila sebelum tu the officer was willing to send her the check all the way to Ipoh? lu pikirlah sendiri!

Wednesday, February 22, 2012

Wordless Wednesday~17 :: Termakbul hasrat hati


nak makan chewy gooey brownies buatan sendiri yang exactly to my liking :D
all thanks to the store-bought brownie mix :P

Tuesday, February 21, 2012

Dah setahun!


Hari ni (21st Feb) genap setahun saya berkerja di MediaBanc ni tau! cepat betul masa berlalu :-o rasa macam baru je lagi joined this company! well, I guess that's a good sign ;)

Many things have happened throughout the year.. let's see, from the smallest events like the Happy Mondays (1, 2), the confirmation (+ increment), the KPSI pool distribution & 2xbonus(walau pon seciput, saya tetap bersyukur.. Alhamdulillah!), all those makan2 session - 1st2nd potluk, mini gathering, and the Team Building @ Genting, to the biggest, most important 'event': the merger. tak lupa yang terbaru, my first experience organizing event for MB-MM gathering :D banyak tuuu! itu belum masuk orang shooting drama lagi :P

setakat ni semangat nak pergi kerja tu masih kuat & moga2 terus kekal semangat la hendaknya..Amin!! not sure how long will I stay with this company, belum ada tanda2 nak begerak lagi :) malas nak cari sebenarnya :P but I'm all ready for new challenges ahead, InsyaAllah :D bring it on!

Monday, February 20, 2012

Weekend yang busy


phew, what a weekend! macam2 aktiviti hujung minggu kali ni.. 

Saturday night - attended my colleague's wedding in Seri Petaling. Majlisnya malam.. janji dengan rakan2 pejabat jumpa pukul 8pm, tapi pukul 7.40 baru gerak dari rumah ;;) nak jalan jauh ni, jawabnya pecut ala sopan je la.. sopan sebab baru lepas hujan & jalan basah.. takut licin!

tapi bila sampai, dewan masih kosong! baru ada beberapa meja terisi.. tapi big boss dah sampai :) tunggu punya tunggu, pukul 9 majlis baru start! 
the mempelai.. tahniah Kathir & wife, semoga kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.. Amin!
rombongan dari MediaBanc
rupanya satu ni je gambar saya malam tu :( oh, ada.. tapi dekat kamera photographer..bole la labuu..
sementara tunggu giliran naik pentas nak jumpa pengantin, kami sempat posing dulu :D bayangkan betapa panjangnya queue?!
akhirnya! mula-mula ingatkan nak salam-salam je, sekali terambik gambar pulak :D
meriah majlis ala bollywood ni..terasa macam bukan di Malaysia ;)

sampai rumah dalam pukul 11, tapi... belum boleh tido lagi. nak upload gambar & sambung preparation for potluk esoknya!

*****

Sunday morning - bachelorette party @ Putrajaya

this year, ada 2 pandas confirmed to get married, with another 1 date to be confirm! wah, wah.. saya tumpang gembira kawan-kawan nak kawen :D but at the same time dah mula risau ni :P tak pe, tak pe.. kita kayuh pelan-pelan, ye?!

so, pagi-pagi dah start menggulung cik kimbap.. dah budget dah mesti ambil masa yang lama nak buat, hence the preparation the day before. tapiii.. dalam dah siap bahan awal-awal, saya tetap lambat jugak! pukul 9 baru nak mandi, nak ambik Eah lagi.. akhirnya sampai pukul 10 :-o sorry banyak-banyak ye korang?! thanks tunggu aku :P
sampai-sampai terus makan :D lapar lapar.. baru nak breakfast! banyak kan makana kami? sedap-sedap semuanya.. kenyang, Alhamdulillah!
lepas makan, main tukar-tukar hadiah.. dan seterusnya ke aktiviti utama:
posing laa apa lagii~ bernas tak idea cik Leen kita pakai props begitu? so, tak perlu tunjuk-tunjuk mana yang pree & mana yang dah berpunya :P

thanks korang, best sangat gathering semalam walau sekejap je! lama dah tak gelak-gelak tak hingat donia :) korang memang best! jumpa lagi next month~

oh, we received a great surprise!another baby panda is on the wayy~ yay!

patutnya semalam ada satu lagi jemputan ke kenduri kesyukuran juara masterchef - Dr Ezani, tapi tak dapat hadir sebab rasa macam tak sempat & tak nak tergesa-gesa.. terlepas nak reunion degan kawan-kawan sekolah rendah :( nak buat macam mana, tak de rezeki nak jumpa.. maybe lain kali :)

sekian laporan cuti hujung minggu ku ;)

p/s: sori Kirin aku curik gambo! thanks ye :-*

Thursday, February 16, 2012

Mark your calendar!


I'm listing the must watch movies coming up in March :D dah tengok trailer.. semua ni macam best! woot~woot~ tak sabar nak tengok nih!! tapi halemak, pecah tabung la gayanya :( tak pe tak kira.. since dah lama tak tengok wayang :P

1) The Vow
kisah romantik tapi sedih.. kalau tak silap sempena v-day. read the synopsis here

2) The Hunger Game
another novel turned movie :) based on a novel series written by Suzanne Collins. The Hunger Game ni is the first book of the trilogy (with the same title) 
Macam ada ura-ura nak buat sambungan seterusnya. ok la tu 3 je.. kalau yang ni tak best next time x payah tengok ;)
learn more about the movie here

3) Mirror Mirror
yang ni pulak merupakan adaptation dari cerita Snow White. macam ada sikit-sikit comedy & musical. if you know me well enough, you'll know how much of a sucker I am for fairy tales :D lagipun Julia Roberts jadi jahat.. need I say much?
and the best thing is.. there's another movie adaptation of the same tale! but this time it comes with a twist- the huntsman hired by the evil queen tiba-tiba boleh berpatah arang join snow white untuk hapuskan the evil queen ni tadi.. kalau Mirror Mirror genre dia ringan, yang ni macam serius & gelap gitu.. oh, the lead is none other than Kristen Stewart! sesuai la kulit pucat :P
nak tau lanjut klik: Mirror Mirror & Snow White and the Huntsman 

gambar credit to Google, links from IMDb :)

ok, siapa nak join? jom jom!

Monday, February 13, 2012

The birth of a new beginning


Back in December last year, the company I'm working for has joined Media Monitors Group, thus becoming a part of the largest media intelligence company in Asia-Pacific. And last week, the Group has announces the birth of Sentia Media -  the new corporate parent for the Group. 


watch the video here

So, what is my take on this? 

sayakan seorang yang tenang :)>- dan tiada perasaan. lagi pulak, sebagai seorang staf cabuk :P I'm taking the wait-and-see stance.. with a heart full of hope for a better prospects (for me) and better future for the company [-O<



Thursday, February 09, 2012

MMMM!


haha..apekah tajuk entry begitu?

ni last week punya cerita :P hari kamis 2nd Feb haritu kat office ada buat sesi berkenalan antara staff MediaBanc & Media Monitors (only for KL offices) and we as the organizer pilih nama MMMM! ni, which stands for 'Media Monitors, MediaBanc.. Mingle!'

kami ni dah duduk bawah satu 'payung' & bakal berkerja sama2 mestilah nak kenal2, ye tak? since some of the big bosses from Sydney  turun KL, maka dibuat sekali gus la

event started at 5pm, so sebelum tu kena kerja dulu :P elok je start, langit pon mula mendung :( 
but not to worry, we have a back-up plan :>

ni antara staffs yang hadir.. all together adalah dalam 180 orang
 yang ni dari MB.. dekat je
  my geng :P

mula2 kita kasi chance bosses to give a short speech
lepas habis ucapan, terus hujan /:) jadi kami sambung activity dalam bistro.. 
tak apalah sedikit sempit & bingit, at least tak basah dek hujan, kan! 

next adalah agenda utama, berkenalan. the easiest & fastest way adalah melalui games.. 
but just a quick one since some of the staffs from MM kena berkejar balik sebab kerja night shift 

dah jumpa group, sila jawap soalan yang diberi

mereka2 inilah bosses from both companies 
yang mana muka caucasian tu sudah semestinya the bosses from Sydney. 
Perasan tak ada sorang mamat cute lagi hensem tu? tak nampak? ok ni gambar besar sikit..
kan? sangat handsome kan :x

ni pulak orang kuat majelis ;)

juri2 sedang semak jawapan

sambil2 tu kita main game "sila sebutkan nama ahli group anda"
so, milik siapakah hampers ni?
 mari kita lihat siapa yang kena....

3rd place
 2nd place
and the winner
ok, done with the games! akhir sekali, waktu untuk.....

MAKANNNN :P
sedapp.. rugi tak ambik lebih!

boleh pulak lepas tu sambil2 berborak, nampak May pegang envelop coklat besar.. 
saya tanyalah, ape tu May? sekali...
wahhh.. tak sangka rupanya dapat angpow!! thanks boss!
happy giler dapat sampul merah

we managed to finish before 7pm #:-S but before balik, bergambar ramai2 sebagai kenangan
dapat cari tak saya kat mana?

overall, we believe this is a successful event.. and to me it is quite an achievement since this is the 1st event organized by the 2012 One Heart club & kind of an ad hoc event =D> =D> =D>

now, what's next?

Wednesday, February 08, 2012

Wordless Wednesday~15 :: Teman Baru


introducing...

.

.

.

ms. goldilocks


was born on 30-01-2012 & keluar hospital pada 02-02-2012

Wednesday, February 01, 2012

Wordless Wednesday~14 :: Posto, posto!



cuba teka apa ni?


tak tau?





tadaaa...


sedappppp! boleh order lagi lepas ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...