Thursday, November 15, 2012

BIGBANG Alive Tour 2012 :: Monster


another song :D guess i'm yet to be cured of this BIGBANG fever :">

right now, this is my favourite song of Bigbang ;;) so, i hope you enjoy listening to this as much as i do!



pardon me for the bad quality.. we were too far away :(


Wednesday, November 14, 2012

Wordless Wednesday~31 :: Dah Dapat


yang diingini :D burpp! Alhamdulillah ;)
clockwise from top: japche, sundubu jiggae, yukgaejang

and right after that - BONDing time!
syiok!

Monday, November 12, 2012

BIGBANG Alive Tour 2012 :: Blue


Happy Monday!!
here's a song to cure your Monday Blues.. ironic, eh?

this is hands down my favourite song from 'Alive'.. enjoice!





Sunday, November 04, 2012

BIGBANG Alive Tour 2012 :: greetings from Taeyang, Daesung & Seungri


here's the video in which the boys cakap bahasa melayu


                                   Seungri: Taeyang, aku cinta padamu. Taeyang, aku cinta padamu! i love you
                                   Taeyang: Malaysia, ya aku cinta padamu.. aku cinta kepada mu.. 
                                                    aku aku cinta padamu.. aku aku cinta padamu!
                                   Daesung: apa khabarr? apa khabarr? 
                                   >> sihat.. (i believe i heard this!)
                                   Daesung: apa khabarr? 
                                   Taeyang: satu, dua, tiga, empat

                                   :)) :)) :))

p/s: TOP's birthday is today.. so, happy birthday TOP! should have posted the 'terima kasih' video today instead :(

Friday, November 02, 2012

BIGBANG Alive Tour 2012 :: TOP saying "terima kasih"


just as promised, here's one of the clips I've mentioned before.. it was right after VIPs sang 'Happy Birthday' to TOP. he was so cute, with the extra 'h' :P pelat macam baby! (i've removed the singing part though, since it was out of sync :)) & can't be heard clearly.. buat sakit telinga je nanti!)



more to come.. so keep tuned in ;)

Tuesday, October 30, 2012

BIGBANG Alive Tour 2012



yep yep.. you read that right! we were there last Saturday (27th Oct) 
'we' as in me, kaklong & adik :)

the concert was scheduled to start at 8pm.. but guess what? we arrived there as early as 1pm :"> tapi itu pun tak awal mana.. ramai je yang tunggu dari pagi :P in my defense, we need to collect our tickets & kononya nak beratur awal, dengan harapan dapat depan-depan..pasal ticket free standing je. oh, dan juga nak beli official merchandises ;)
bought 2 VIP crown torches & 1 Alive Tour Official Concert Light Stick + button badges & some keychains.. nak t-shirt sebenarnya, tapi tak mampu la.. the prices are so expensive :( pokai-pokai!

tengoklah ramai tak ramai orang kat situ.. ini baru separuh ni tau. separuh lagi under Ticketcharge kat sebelah lagi satu. dan kami tetap setia beratur.. berpanas & berhujan :) 
 at last, dapat jugak masuk setelah penat menuggu.. itu pun lambat, supposed to open at 5pm, tapi pukul 6 baru dapat masuk!
 muka-muka eksited nak tengok Bigbang.. padahal ada 2 jam lagi nak start concert!
can you see the colorful ponchos? hujan turun pulak lebih kurang 1/2 jam sebelum konsert start. bedebar je takut cancel pulak nanti! tapi Alhamdulillah, a few minutes before the concert about to start, the rain stopped #:-S

since we have lots of time to kill, kami duduk dulu.. tak larat dah nak berdiri. lagi pulak tak sanggup nak behimpit-himpit.. berebut-rebut la diorang ni kat depan tu..  kitorang dah dapat depan-depan jugak sebenarnya, tapi mengalah la.. join adik duduk kat belakang sambil layan Family Outing ;)
orang-orang kat depan tu tabah berdiri.. tapi ramai je yang menyerah kalah save energy macam kami, dok piknik kat belakang :D around 7pm they show some Bigbang's MVs kat screen sampailah ke pukul 8
masa ni Bigbang dah nak keluar.. eksited sangat-sangat! hence the senyum lebar nampak gigi :">
heard there were about 15,000 fans malam tu.. looks like it too :) tak pandai la pulak nak buat anggaran kan?! tapi penuh la stadium tu.. sampai ada yang duduk kat tangga! 
Bigbang started the concert with Tonight, and sang about 20+ songs including Fantastic Baby, Bad Boy, Blue, Monster, Love Song, Cafe, etc. with some fancy background images & fireworks. tak lupa jugak, their tricks: GD's slide, Seungri main tembak-tembak, Taeyang naik basikal. pity Taeyang.. he keep slipping & at one time fell on the wet stage.. but still continue to sing as if nothing happened! towards the end, they sang Haru Haru, Lies & Last Farewell.. fans pon ikut nyanyi sekali. they even ask us to sing the chorus. in between, they took turn to perfom solo (High High, Wings, Wedding Dress etc.) 

we also sang birthday song for TOP.. sedih pulak tengok muka TOP macam terharu gitu. lepastu TOP pun cakap dengan comelnya, "terima kasyih!" cute ok! tu belum lagi dia menari aegyo & buat love sign :x kiopta x1000 

Taeyang keep going on and on with "Aku cinta padamu" siap rapped, you know! also, loved GD's "Malaysia macho" or something like that :D and Daesung's "Malaysia bagus" & "Selamat Tidur" before ending the concert. someone also said "apa khabarr?" :)) terharu ok they took the initiative to learn bahasa!

the concert almost ended at 10pm.. but after we chanted for encore, they boys came back to the stage. to our surprise, they sang more songs than we've expected! they gave us 5 songs instead!! siap boleh request lagi!!! hambik ko, suka sangattt =D>

the best part is when they said that Malaysia is the best.. that we're the best crowd ever & it's a concert they'll never forget. i think because it's outdoor and also it was raining earlier, kind of make it even more special. oh, did i mentioned it's the only outdoor concert for this Alive Tour? special, ey?! bayangkan walaupun open stadium, still boleh dengar dengan jelas our singing & screaming tau!  looks like they boys also enjoyed performing here in Malaysia. I'm proud to be there..
my partners in crime right after the concert ended. memang best la..sangat2 best! walaupun nampak sekejap-sekejap je, saya tetap happy :D ni la nasib orang pendek :( next time kita ambik rockpit punya pulak.. ok? ada orang tu dah janji nak blanje! so Bigbang, please come again ya?!

and now i'm having a withdrawal syndrome.. uhuhuh.. helppp!! so sad it's over :( i'm craving for MOREEE


p/s: i'll show you some vids we captured during the concert.. especially part cakap bahasa melayu tu. stay tuned!

Monday, October 29, 2012

Teaser


Ini la yang saya cakap tak sabar nak tunggu..
ceritanya nanti ye?!

Thursday, October 25, 2012

Cerita disebalik 'WW Hantu' semalam


alkisahnya Khamis malam Jumaat lepas saya overnight di office.. tido berjemaah kekdahya :D ni semua gara-gara kerja menimbun-nimbun kalah gunung everest dateline tak terkejar!

to cut the story short, i managed to complete/submit the work on time.. yay! tahniah, tepuk bahu sendiri :P

look at our makeshift bed.. cantik kan? nak tidur mesti bergaya ;)
awal-awal lagi dah bentang susun segala.. tunggu masa je nak landing ni!
nampak 2 bantal kuning + bunny slippers tu? that's mine!

kenal bantal donut ni?
inilah gayanya orang mengantuk tapi belum masanya utk tido :D tu yang terilham pose 'hantu donut' tu ;)


p/s: esok hari raya.. makanya saya di sini nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA! tak sabar nak tunggu hari Sabtu.. nak tau kenapa? stay tuned!

Wednesday, October 24, 2012

Thursday, September 27, 2012

Mem-pavlova lagi


sempena birthday adik yang ke-22.. again, cerita basi :)
kesian orang tu tak pernah merasa lagi.. nasib baik la dia approved! 

zoom in sikit..
sedikit hitam dan merekah di situ.. 
terlebih mengembang masa bakar, dah sejuk dia kecut :( tapi  rasa sedap je :P

psst.. this is my 300th entry yo!

Wednesday, September 26, 2012

Wordless Wednesday~28


ww posts back-to-back! *sigh* nampak sangatlah kerajinan nya tu :P

nampak?
bukan.. bukan debu dekat dashboard :"> minyak dah tinggal 2 bar je tu puk bukan jugak ;)

Thursday, September 13, 2012

Aqeef's 1st Birthday Party


Last Saturday kami satu family berkampung di Tropicana sempena birthday party Aqeef-cum-open house rumah kakngah :) sementara raya belum habis ni.. hence the raya menu as seen below
kuah lodeh kaklong, kuih raya kakngah beli, sate, chicken nuggets, seafood tofu, assortment of chocs from Langkawi & sambal sotong kering pedas kebabom yours truly ;;) oh, tak dilupakan.. air sirap soda :) yums!

tema kali ni ialah Elmo. semua pun elmo.. dari deco, goodie bags, sampailah ke kek! even kat tv pun pasang cerita sesame street!! look at the birthday cake yang menjadi pujaan budak-budak orang tua pun suka gaks! comey je kan?
 birthday boy relax je.. orang lain yang excited lebih :D berebut-rebut nak tiup lilin.. pastu berebut jugak nak potong kek! #cute

we left early sebab ada 2 jemputan open house jiran-jiran kat rumah.. tapi sebelum tu ambik gambar kenangan with the birthday boy, berlatarbelakangkan deco yang santik.. i loike!
p/s: Aariz tak de dalam gambar sebab tegah tido masa ni :)

akhir kata,

Monday, September 10, 2012

My Raya :: Juadah Raya



Habis kisah raya, mari saya cerita kisah makanan yang kami masak untuk pagi raya :)

Ayam pangang
papa dah perap siap-siap dari Sepang lagi.. masa bawak balik Kuantan masih beku, esoknya pagi-pagi terus letak tepi tungku rebus ketupat :) memang menggiurkan!

Ketupat
lepas berbuka kami anyam sampai tengah malam..sambung lagi lepas sahur. dapat dalam 150 biji. daun lebar, tapi sayangnya pendek sangat.. tu yang banyak ketupat sate :( 

Rendang daging kerbau
kerbau sebab ada orang tak makan lembu :) ambik ko, 5kg daging tu.. dapat sekawah la jugak! rendang favourite keluarga kami.. lagi sedap lepas 3-4 dipanaskan..

Kuih lereng/roti berempah
yang ni special.. tak jumpa kat tempat lain! tak pasti pulak ada orang tau @ tak resepi ni, tapi yang pasti kat Kg. Sawah tu arwah nenek je yang buat ni untuk raya.. ni resepi turun temurun dari arwah moyang.. masih dikekalkan sampai sekarang :)
buat dari tepung pulut putih+hitam, bancuh dengan santan yang dimasak bersama bawang, halia & halba.. sedap makan panas-panas.. garing di luar, lembut di dalam! cicah pulak dengan sambal kelapa.. marveles!


Sunday, September 09, 2012

My Raya :: Beraya di Melaka


Cerita raya saya kali ni terus lompat ke hari ke-6. Sebabnya:
  1. raya ke-3 kami tak kemana-mana.. lagi pulak saya 'cherry-berry'! manakala kakngah & family berangkat ke Melaka..
  2. raya ke-4  kami dah pulang ke Sepang
  3. raya ke-5 kami raya di Seng Heng :P
jadinya, raya ke-6 baru start beraya semula :) kalini beraya ke Melaka, rumah sepupu & mertua kak ngah. sepatutnya ke sana hari Sabtu(esoknya).. tapi plan ditukar selepas diberitahu keluarga kakak papa akan ke Melaka jugak. ambik peluang jumpa semua terus!

abang dosh keje pulak hari tu, jadi kangah & anak-anak ikut sekali.. tapi kami pegi satu kereta ja tau! kami kan kurus-kurus belaka.. aman nyaman je kat belakang tu :P
sebelum balik tu sempat bergambar ramai-ramai sebagai kenangan. tapi tak semua ada dalam gambar..macam banyak photographer dari model :D oh ya, gambar di rumah mertua kakngah tak de, dah malam sangat macam tak sesuai pulak :)

Friday, September 07, 2012

My Raya :: 2 Syawal


Raya ke-2 kami berziarah ke rumah mak-mak/pak-pak sedara di Kuantan. bunyi macam banyak, tapi ada 2 je sebenarnya :P anyway, sebelum jalan kena posing dulu sementara make-up masih fresh :D

rumah pertama - rumah Elong Lit

rumah ke-2 & terakhir - Makngah Limah

ok dah.. itu je cerita raya ke-2 :D

Thursday, September 06, 2012

My Raya :: 1 Syawal ~ BBQ


Sambungan dari sini

Malam tu kami buat BBQ kecil-kecilan, untuk family je.. sekali dengan tahlil. sekali sekali berkumpul, masa ni lah nak makan besar :)

kali ni turn abang-abang pulak masak :D
bagus..bagus.. rajin! masakan pun sedap! padahal ada chef import dari Perak :D
ladies duduk berborak aje, sambil-sambil tunggu makanan :P memang kami makan hasil kerja tangan abang-abang hensem dari mula sampai akhir.. terima kasih banyak :)
menu malam tu: ayam, sosej & ikan tilapia merah bakar, ikan siakap 3 rasa & nasi goreng cina. yummeh!

Tuesday, September 04, 2012

My Raya :: 1 Syawal ~ Beraya ke Pekan


sambungan dari sini

Perjalanan ke kampung di Pekan tak jauh mana pun, lebih kurang setengah jam. Ni baru la betul balik kampung :) tujuan utama menziarah tok-tok sedara yang masih ada.. kalau nak singgah semua rumah kat kampung tu, satu hari memang tak cukup! dan kami tak berhenti singgah pun kat rumah peninggalan arwah tok, cuma lalu depan je. sebak jugak tengok rumah tu dah usang :(

Mula dengan rumah rumah paling hujung dalam kampung ni. rumah Tokna kecik.
yang berbaju coklat berserkup putih tu la tok nya.. kecik je kan? hence the name :) orangnya pun dah tak berapa sihat..tapi masih nak buat kerja! takpe tok, kami self service aje.. buat macam rumah sendiri :P
cahaya keimanan lah sangaatt! nak jugak ambik gambar kat muka pintu.. layankan aje!
banyak betul gambar kami kat sini! rumah pertama.. sakan la bergambar 8-| tunggu karang dah hujung-hujung, nak cari gambar elok sikit pun siksa :)) kebetulan pulak masa nak keluar tu ada orang datang.. sedara jugak. jadi sementara yang tua-tua berborak, kami yang muda-muda ape lagi, posing la ;) bagus, amalkan selalu!

Rumah ke-2: Tokna Ecu Leh
kat sini ada makanan special sikit.. emping gaul dengan sambal (serundung) ikan. sedap sangat sampai maklong tapau :D susah nak dapat sebenarnya :)

next, rumah To'ki Umar
adik-abang.. 
kengkonon hantu la tu.. tak takut langsung!

yang ni pulak kat rumah ke-4, rumah kak liza.. sebelah rumah je ni..
kat rumah ni ada nasi dagang wajib makan :D rugi woo kalau tak makan.. sedap bangat!

ni pokok apa ntah..tapi kat bwah tu banyak bunga jatuh.. cantik pulak!
lepas tu kami ke rumah pak sedara, Ayahndak Tan. kat rumah dia ada kedai runcit, sedap la kami makan aiskerim free.. terima kasih Eteh :D
tengok ler ada budak dah tak nak bergambar! tapi nasib baik solat rajin pulak.. Alhamdulillah, sejuk perut mama ye Aariz?!
selesai solat zohor, kami bergerak ke rumah arwah To'ki Ahmad/Tok Mimah

last, rumah Toklong Selamah
tak jauh sangat, jadi kami berarak jalan kaki je :) 
ada keluarga pink ni lagi.. sabar je la!
ok, gambar last:

bersambung lagi.. tunggu ye kalau nak tau apa aktiviti kami malam tu ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...