Sunday, December 04, 2011

Aussie Trip - Day 3


Tuesday, 4th October 2011

hari ke-3 ni pon kami jalan jauh lagi.. kali ni ke Cervantes

jarak perjalanan adalah lebih-kurang 250km, melalui Indian Ocean Drive. Dalam perjalanan, kami ada berhenti di 3-4 tempat famous untuk pelancong.

Sebelum tu, kami singgah sekejap di Danish Patisserie nak borongbeli roti dsb. since kat situ ada sijil halal. beli buat makan 1-2 hari ni sebab dah was was nak beli roti biasa kat supermarket biasa tu

sebelum sampai tu dok bayang macam bakery biasa, rupanya kilang! kat sini ada macam2 jenis roti & pastry.. frozen pon ada!

ni rupa chicken pie yang kami beli.. boleh tahan sedap, dan besar!

Tempat pertama kami singgah ialah Joondalup. kat sini kami pusing2 je, tengok bandar dia (tak de pulak ambik gambar) sempat jugak masuk Lakeside mall.. tak de apa2 menarik, sama seperti malls lain..

since sekarang tengah musim strawberry, nak la jugak pergi petik buah kan?! jadinya, kami try tanya kat sorang polis ni, kat mana nak cari kebun petik2.. sekali dia salah faham ingat kami nak cari kerja petik buah /:) tapi, kami jumpa jugak, rupanya banyak je kat tepi jalan tu..

tapi kat sini tak petik la (tak tanya pulak boleh petik ke tak) kami beli je yang dah siap packed.. murah sangat! yang mahal pon ada.. tapi yang memang kualiti terbaik la :D alah, yang murah pon dah sedap ;)

tengoklah Kirin..sedap sangat la tu!
Kami teruskan perjalanan, kali ni pusing2 di Yanchep, sebab tak tau ada apa kat sini.. last2 tengok bandar baru nak bangun.. rumah cantik2 & sangat teratur! tak tau la kot2 ada tempat best yang kami tak pergi :D

Next, kami singgah di Two Rocks.

Kalau ikut kata Dayah, nak tengok 2 biji batu kat sini.. cari punya cari, tak jugak jumpa! rupanya memang tak de pon batunya.. just nama je :( tapi kami berhenti jugak for lunch & solat
hari ni lunch ditaja oleh Pn. Nawwar.. terima kasih! haha, makan nasi berlaukkan kari ayam! jauh2 pon dapat makanan melayu :D cadangnya, kami nak bangun pagi nak masak nasi & rebus telur buat bekal.. rupanya tuan rumah dah siap pack lunch & buat breakfast lagi! segan sungguh :">

dah selesai makan & solat, kami bergerak menuju ke Lancelin.
ada apa pulak kat sini?

jeng.. jeng.. jeng..

apa? padang pasir? nak buat apa?

we're going sand bording!!! here, at the sand dunes

sangat excited, tapi dalam masa yang sama sangat takut! tinggi okeh! curam pulak tu!! memanglah sungguh gagah perkasa kami dok panjat turun sand dunes tu semua :D

tapi, cubaan pertama:

GAGAL!
tak nak gerak lansung :P

ok.. sila gelak :)) mula2 tu segan2 takut, jadi kami pilih yang landai2 je.. itu yang fail tu! lagi pun kat sini pandai2 sendiri je nak main, tak de orang nak ajar :( lagi satu, rasanya sebab pasir dia basah lembap2 gitu

tapi bila dah pandai sikit, tengok la sendiri..

sangat enjoy, ok!! besttttt!!

tapi nak mendaki balik tu yang sakit sikit :P
board ni kami sewa 2, 1 $10 for 2 hours.. tapi sayangnya, satu je boleh pakai elok.. satu lagi asyik sangkut-sangkut, jadi cik Dayah (jugak) mintak refund.. berjaya!! dapat balik $10 *yay*

tapi kami main tak lama.. tak larat laa~

lepas pada tu, terus ke Nambung National Park, nak tengok The Pinnacles

belum masuk summer, pokok2 tepi jalan dah start terbakar :-o takut kan?
nampak tak kangaroo tu berjaya melintas jalan? sebenarnya banyak bangkai kangaroo tepi2 jalan..mati kena langgar! sebab tu banyak sign board diorang letak.. sila lah berhati2 ye? kalau langgar kangaroo kena potong deposit sewa kereta $300 :(

kalau ikutkan, dah tak jauh dah dari Lancelin.. tapi masih tak sampai2 jugak! rupanya GPS bawak kami lalu jalan lain! masa tu risau jugak, takut salah jalan.. tapi bila nampak je signboard ni terus happy :D

betul la tu.. sorry ye GPS :P kena marah! jalan ni memang jauh.. tapi bagus jugak, rezeki kami agaknya nak jumpa Emu Down Wind Farm ni.. ingatkan memang tak jumpa dah

sangat cantik.. dah banyakk.. sepanjang2 jalan dok tengok benda ni je

cik driver tak puas hati, sampai berhenti nak ambik gambar :)

ok, cepat2.. kita nak kejar masa, takut matahari terbenam sebelum sempat sampai di Pinnacles. kalau tengok gambar di internet, The Pinnacles ni sangat cantik during sunset, itu yang kami nak kejar tu

tapi jauh lagi la nak sampai sana.. by the time we arrived, tempat tu dah tutup (act. kena bayar entrance fee $11/car, but since dah tutup, tak payah bayar la!)

ini lah dia Pinnacles tu.. yet another rocks!

(perasan tak, 3 hari ni asyik tengok batu aje kan?! memang patut panggil trip ni "jalan2 mencari batu!" :P )

masa ni matahari pon dah tak nampak dah.. sebenarnya memang dah gelap (senja) tapi dalam gambar cerah pulak! it's ok, macam ni pon dah cantik :)

lepas buat 1 pusingan, kami cepat2 pergi check-in lodge.. dah gelap, orang pon dah start balik.. takuttt :D

habis cerita hari ke-3.. nanti kita sambung lagi, ye?!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...