Friday, 7th October 2011
Ini adalah hari yang ditunggu-tunggu.. kami akan ke Fremantle! yay~
ada apa dengan Fremantle (Freo) ni? Nanti saya cerita.. tunggu!
pagi ni kami boleh bersenang lenang, sebab tuan rumah dah offer nak hantarkan kami ke Freo, siap ambil cuti lagi! bagai pucuk dicita, ulam mendatang :D katanya takut train penuh sebab ramai orang nak pergi Royal Showground, salah satu stop in Frematle Line.. mesti sesak punya! memang betul la ramai orang.. kami ada lalu kat situ, parking dah penuh sepanjang jalan :-o balik nanti boleh la nak merasa naik train sebab Freo is the 1st station, jadinya orang tak ramai sangat..
Tapi, sebelum tu kami ke Joondalup sekali lagi.. this time untuk bird feeding kat satu tasik ni yang namanya saya x ingat :D rupanya, kalau ikut kata orang Perth, tak sah kalau tak pergi sini!
memang banyak burung kat situ.. jinak2 pulak tu!
lepas kami makan breakfast dulu, its time for the birds to eat pulak :D
at first, takut2 jugak.. lama2 dah ok ;)
ada banyak jenis burung kat sini, but mostly pigeons & these white parrot-like birds. tapi burung putih tu memang garang..dah la paruh tajam, pandai pilih makan pulak tu! nak kuaci je..yang lain dia kuis2nya 8-| btw, makanan burung kena beli sendiri :P
memang kenyang la 'diorang' ni makan hari ni :D
itik pon sibuk sama :)
dah puas bagi makan burung, kami bergerak ke Freo..
Kalau nak tau, kat Freo ni la tempat paling best shopping souvenir dan makan fish & chips yang katanya paling sedap di Aussie ni :D memang meruap2 la semangat nak kesini , almaklumlah hari2 yang sebelum ni dok tahan2 nak shopping.. sebab dah aim nak borongshopping sakan kat sini ;) tapi disebabkan E Shed Markets hanya dibuka Jumaat - Ahad, kami terpaksalah tunggu :(
Nawwar's hubby drop kami kat E Shed, pastu terus balik Perth sebab nak sembahyang Jumaat.. tapi sebelum balik Nawwar sempat pegi tapau fish & chips :D
masuk2 je, kami terus serang Aussin. ownernya, Ibu Adik orang Indonesia.. sangat ramah sampai kena 'shhh' dengan customer :))
muka puas dapat shopping ;;)
actually tak banyak pon kedai dalam ni, tapi Aussin tu pun dah cukup sebenarnya :) selain souvenir, ada jugak buah-buahan dijual di sini. oh ya, akhrinya jumpa jugak nougat Golden Boronia yang dicari2! walaupon tak murah :( rembat jugak la 1kg sebab takut tempat lain lagi mahal!
dah habis shopping baru semangat nak ambik gambar :P
tengoklah hasilnya :D sampai menjadi perhatian di Perth CBD!
sekarang tiba masanya nak merasa fish & chips yang fofular tu! tak jauh pun sebenarnya, tapi sebab cik Waniey tak sihat, kami decide naik CAT je (sini pon ada, orange CAT)
since restaurant tu satu stop ke belakang, kami kena buat satu pusingan la.. tapi tak pe, boleh jalan2 tengok the other side of Freo ni kan?! sekali bila dah sampai, bus pulak tak nak berhenti! last2 kami turun kat tempat kami naik tadi!! kena menapak jugak akhirnya :((
ada bnyak pilihan sebenarnya, but the most famous are Cicerellos & Kailis', and we choose Kailis' as recommended by Nawwar :D
macam2 adaa.. pilih je mana yang berkenan :)
tak ada yang berkenan dihati? jangan risau, fish market ada..udang, sotong, ketam..semua ada!
seafood delight for me ;) $16.50
Dayah's seafood chowder & Kirin's chilli mussles
oh, yang ni pon Kirin punya.. grilled F&C
our verdict? sedap & fresh!
tapi..... macam sama je rasanya yang kat tanah air techinta?! lagi murahhh :P chips tu banyak tak habis, jadi kami tapau je.. tapi akhirnya tak makan jugak!
adakah ini rupa orang kecewa?
dah settle semua benda yang perlu dibuat di Freo ni, kami balik ke Perth city semula..
balik naik train.. tambang $4 lebih
lepas tu serbu Harbour Town pulak.. terletak di West perth, tak jauh dari rumah Nawwar.. ingat tak kami menapak pulang dari sini?
Harbour Town ni sebernarnya brand direct outlets.. harga murah sikit dari normal store/boutique
kebetulan beberapa minit lepas kami siap solat, fire alarm berbunyik! semua orang dikerah keluar.. ada kebakaran katanya :-o tapi tak pulak nampak api!
lama kami kena tunggu kat parking lot sebelah tu.. ramai jugak orang balik.. mungkin malas nak tunggu lama2! tapi kami stay jugak sebab tak sempat beli apa2 lagi :P
elok je dia bagi clearance, semua orang serbu masuk.. macam tak takut langsung :D
customer sampai dulu :)) orang kedai ntah pegi mana!
puas pusing satu mall,tak de apa2 pon yang menarik :( oho..tapi yang best, dapat beli nougat murah sikit from a pharmacy! terus rembat 2kg :D sukanyaa~
walaupun dekat, kami still ambik cab yang sangat mahal pulang ke rumah Nawwar :( $15+ for less than 10km /:) sebab dah tak larat nak jalan dah! lagipun dah malam, anak dara tak elok jalan malam2 kan ;)
bersambung ;) tapi ada satu je lagi!