Sunday, February 27, 2005
Must read...
this is the next novel that i would like to read.. coz i've read somewhere that this is a pretty good story ;)
Labels:
novels
Saturday, February 19, 2005
My Favourite Novels of All Time (2)
Next : Sabariah Araur - Buat Yang Terakhir
synopsis :
Mengisahkan percintaan yang tidak berakhir dengan perkahwinan. Zarith Sofea, seorang gadis kampung bercinta dengan Idris sejak di bangku sekolah menengah. Tetapi cincin tunang yang sepatutnya disarungkan di jari Zarith Sofea tidak sampai pada hari pertunangan seperti yang dijanjikan, tetapi yang 'datang' adalah fitnah Zarith Sofea sudah tidak suci! lebih teruk lagi cincin itu sampai ke rumah Junaidah, sepupu Zarith Sofea. Bagi membersihkan nama Zarith Sofea dan keluarga, Zarith Sofea di kahwinkan dengan Rizman, ketua kepada abang Zarith Sofea tanpa kerelaannya. Lalu Zarith Sofea dibawa 'berbulan madu' apabila Rizman dihantar berkursus di Norway. Di sana, Zarith Sofea bertemu Ikhwan Syah yang menyangka Zarith Sofea belum berkahwin. Tidak disangka, Ikhwan Syah kawan kepada Rizman.. kecilnya dunia! Kepercayaan Rizman terhadap sahabatnya dibalas tuba apabila Zarith Sofea ditiduri Ikhwan Syah selepas Zarith Sofea diberi ubat tidur semasa ketiadaan Rizman.. lalu terhasil Ahmad Afzan. rahsia yang disimpan selama 12 tahun akhirnya terbongkar apabila Ahmad Afzan menhidapi barah tulang(kalau tidak silap) dan jenis darahnya berlainan daripada kedua ibu bapanya. Rizman terus meninggalkan isteri dan anak-anak apabila menyedari Ahmad Afzan adalah anak kepada Ikhwan Syah. Pelbagai rintangan dan dugaan yang terpaksa Zarith Sofea lalui bagi memastikan Zarith Sofea dapat meneruskan hidup. Zarith Sofea tidak putus-putus mencari bekas suaminya apabila Ahmad Afzan berkeras mahu bertemu ayahnya(Rizman) Ketika Ahmad Afzan sedang nazak, Zarith Sofea bertemu semula dengan Ikhwan Syah dan dapatlah Ahmad Afzan bertemu dengan ayahnya yang sebenar sebelum menghembuskan nafas terakhir. Semasa Zarith Sofea berada di hospital selepas melahirkan sepasang anak kembar hasil perkahwinannya dengan Dato' Ku Kahar(bagi mendapatkan wang untuk perpelanjaan rawatan Ahmad Afzan, tetapi kemudiannya bercerai), Rizman kembali dan merayu Zarith Sofea untuk kembali ke pangkuannya. Penghabisan cerita ini agak kabur- penulis menggantikan cerita dengan puisi dan pada pemahaman saya, Zarith Sofea memilih Ikhwan Syah sebagai teman hidupnya..
Saya sangat gemar pada novel ini kerana jalan ceritanya yg x seperti kebiasaan novel.. i mean jalan cerita yg diselitkan dgn kejadian lepas.. pada mulanya saya agak confused kerana jalan cerita seperti tidak teratur.. dimana kisah yang berlaku sebelum Ahmad Afzan sakit diceritakan sebagai kenangan Zarith Sofea... dan berlaku secara selang seli.. tetapi semakin lama saya membaca, saya makin tertarik untuk menghabiskan kesemua 781 muka surat..
saya beri 4 daripada 5 bintang : jalan cerita yang sedih, sehinggakan saya emotional!
Labels:
novels
Friday, February 18, 2005
My Favourite Novels of All Time
I start with : Sehangat Asmara - Aisya Sofea
This one of my favourite novels and I've rea it several times because i just love to read it..
Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini disembunyikan oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, dendam rindunya terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya. Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya....
Posted by Hello
Labels:
novels
Sunday, February 06, 2005
Thursday, February 03, 2005
Ho..ho..holiday!!!
Today i'm going home.. at last!!(tapi baru 2weeks x balik..hehehehe) i've >1 week of holiday.. but i got so many assignments to do.. uwaaaaa!!!!
ermm.. happy holiday to all.. selamat menyambut tahun baru hijrah(maal hijrah) to all muslims..
& Happy Chinese New Year to chinese friends especially Soo, Lian & Pei Pei.. ;)
ermm.. happy holiday to all.. selamat menyambut tahun baru hijrah(maal hijrah) to all muslims..
& Happy Chinese New Year to chinese friends especially Soo, Lian & Pei Pei.. ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)