Friday, March 16, 2012

The Journey Down South: Singapore


ok, meh kita sambung cerita pengembaraan eh,  bukan! percutian kami se-family ke selatan semenanjung tanah air

Malam tu kami tumpang tidur di rumah kak Lina, sepupu kami di  Pasir Gudang. Awal-awal lagi dah janji nak jumpa di plaza tol je lepas ke JPO tu, sebab tak tau jalan. tapi, entah macam mana boleh pulak salah masuk simpang, dah tersesat tak jumpa cari jalan.. akhirnya tunggu di Giant, kak Lina & husband, abg Zaki datang cari kami kat situ :)) buat malu je! terima kasih banyak to both of them :)

Esoknya kami nak ke Singapore. Dah janji dengan abg Zul S'pore (selaku host/guide kami) jumpa di Setia Tropika, dalam jam 1pm. Sementara tu abg Zaki & kak Lina bawak kami ke Plaza Angsana, jalan-jalan tengok tempat orang. Almaklumlah, it was my 1st time ke JB :"> padahal kampung belah papa di Batu Pahat (Parit Raja) je! Lagi pulak nak bagi chance kakngah singgah dulu di JPO ;)

Lepas semua dah berkumpul di tempat yang dijanjikan, kami makan tengah hari dulu, takut lapar pulak nanti! selesai makan & bersalam-salaman, off we went to Singapore! yay~ kami konvoi 3 buah kereta, keluarga kami je dah 2 buah :) untuk elak sesat, papa, mama & adik naik kereta abg Zul, while his wife, kak Jah join kereta kami. penting sebab kami tak tau jalan.. lagi pulak tak ada experience masuk Singapore dengan kereta!

ni kat immigration Malaysia:
banyak betul kereta nak masuk ke Singapore! tapi tak boleh lawan queue ke Malaysia :-o
see, ni baru atas Tambak Johor..

ok, dah sampai tanah seberang :D
uish, lama betul nak settle semua.. tambah-tambah lagi kami tak ada Autopass, nak kena beli dulu! Nasib baik ada kak Jah yang banyak menolong =D> itu belum lagi kisah menukar hotel! rupanya hotel di Geylang yang kami book tu dalam red light district! manalah kami tau kan? jasa kak Jah jugak la yang membolehkan kami dapat tukar hotel ke Joo Chiat Road!

lepas settled down & solat, kami gerak jalan-jalan pusing Singapore. Walaupun masa sangat suntuk, dapat jugak kami melawat beberapa tempat :) Mula-mula ke Marina Bay sebab nak tengok Merlion. On the way, abg Zul bawak kami pusing area CBD 
kami park kereta kat Esplanade, then jalan kaki ke Merlion Park
sementara tu posing-posing dulu la :P
bangunan ni macam durian kan? Esplanade ni kira macam Istana Budaya la kalau kat Malaysia :)

sepanjang perjalanan ke Merlion Park tu, kami disajikan permandangan yang sangat menarik! nun di seberang sana adalah the Marina Bay Sands! sangat cantik itu bangunan :x
dan jugak boleh nampak Singapore Flyer & Marina Bay Floating Platform. 
Ralit sampai tak sedar hari dah gelap.. tapi best jugak dapat tengok bangunan tu semua both waktu siang & malam!

ini lah dia the famous Merlion:
kalau pergi Singapore kan tak sah kalau tak bergambar di sini?! 
Aariz dari jauh dah sebut-sebut lion.. lepastu dia nampak ekor tu agaknya, dia sebut fish! pandainya!!
tapi yang kelakarnya, si Aariz tak nak balik! suka betul dia dengan statue tu.. kebetulan ada miniature ni depan mata je, memang tak lepas la rail tu! nasib baik lepas pujuk-pujuk dia ok.. kalau tak jenuh nak mengangkut bawak balik merlion tu.. kalau boleh :D

lepas tu kami ke Orchard Road.. tak de nya nak shopping bagai.. hanya nak ke Lucky Plaza mencari parfume. Oh, bukan saya punya.. yang haritu pon belum berusik lagi! seperti biasalah, kaklong kalau ke sini mesti borong berbotol-botol punya.. nak mandi parfume (agaknya la!) kakngah pon rembat satu :)
sambil jalan, sambil snap pictures.. itu pasal gambar tak santik :( tapi kedai-kedai kat sini semua cantik-cantik belaka :) wangi lagi, dari seberang jalan dah boleh bau!

settled membeli-belah, kami bergegas ke Arab Street mencari murtabak Singapore yang famous tu! dok baca kat forum semua pakat kata mesti makan murtabak Singapore /:) katanya tak ada tempat lain yang boleh menandingi kelazatan murtabak kat sini.. ok, meh kita rasa sendiri.. 
kami makan di kedai Zam-Zam.. tak tau kedai lain ada ke tak, tapi ini yang paling famous
host kami tolong order murtabak ayam(atas) dan kambeng(bawah)
besar giler! yang ini size medium /:) makan sorang memang tak boleh habis!
my verdict: memang sedappp! garing & banyak isi.. saya prefer kambeng ;) makan macam tu je pon dah sedap!

yang ni pon sedap dimakan :P Aqeef yang tak sabar menuggu makanan sampai.. ye ye or je adik ni!

abang pon dah tak tahan kelaparan asyik mintak nasi je :D sepanjang masa berkepit dengan Ashu dia /:) 

gambar selingan: berhadapan dengan restoran zam-zam ada masjid terbesar di Singapore - Masjid Sultan

lepas makan, kami pulang ke Hotel.. tido! rehat yang cukup adalah penting untuk aktiviti keesokan harinya ;) nak tau apa? kenalah tunggu :P

2 comments:

*miszleen* said...

wahh teringat masa pegi sgpore dulu! makan murtabak kat exactly kedai kamu makan tu. ehhehe. sedap kannn! ;D

a.T.i.e.Q.a said...

memang sedapp!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...