Saturday, January 29, 2011

Happy Birthday, Mama!


On your birthday I wish you much pleasure and joy


Thank you for being such a kind, supporting and loving Mama
And thanks to Allah for the best Mama in the world
I'm so grateful that I have you as a Mother!

Happy 55th birthday! May Allah bless you~
&
Have a happy retirement ;)


Friday, January 28, 2011

Holiday @ Bandung part 2

ok..sambung lagi

Day 3: Monday (Jan 24, 2011)
hari terakhir kami di Bandung :(( (sekejap je kan?!)
semyap sunyi hotel ni..orang dah balik :) van kami konker pintu masuk hotel :D

pagi tu lepas check-out, terus ke Tangkuban Perahu. alang2 dah sampai Bandung, biar jalan jauh sikit ;) it takes about 1 hour.. tapi tak rasa lama sebab permandangan cantik! geram tengok sayur subur~

tak beli pon pasal takut kena tahan kat kastam nanti!

nenas madu yang memang manis macam madu! beli satu, suruh dia kupas & potong.. nak makan terus :)

kami sampai agak awal.. jadi masih tak ramai orang. lagipon hari Isnin, orang dah balik kot?! bila tak de pelancong lain, kami la yang dikerumun peniaga2 kat situ. macam2 ada jual.. kami pon beli la jugak.. kesian pon sama, jauh diorang daki gunung nak cari rezeki!

kat sini ada banyak kawah.. tapi tak aktif.. kat information center ni dia cerita pasal kawah2 kat situ..pastu promot suruh turun tengok kawah gunung berapi dari dekat.. ada kolam air panas, mud pack. macam2 lah. tapi sebab kesuntukan masa, kami tak turun pon.. nak kena hiking bagai!
sejuk sangat, tapi macam panas terik! orang lain semua pakai jacket / sweater! angin pon kuat.. siap melayang la hand bag/baju/tudung semua~

sekejap je kat sini.. penat nak lari dari penjual!
dalam perjalanan pulang singgah kejap ke kebun teh,
dan kebun strawberry.. sini boleh camping.. ada chalet, ada extreme sport semua la! tapi sapa nak duduk situ kan? pegi Bandung mestila untuk shopping!

complementary drink: fresh strawberry juice yang sangat sedap!
petik, timbang dan bayar
oh, ada rusa & itik jugak!

kami lalu jalan lain balik ke bandar Bandung.. driver tu siap berenti suruh ambik gambar permandangan dari atas bukit!

Sampai ke bandar Bandung, ke Pasar baru sekali lagi.. borong lagi! lepas tu balikkkk~

beg yang dah beranak & sarat mengandung :D
ramai weyy orang.. penuh satu kapal! semua muka orang Malaysia :D Alhamdulillah flight tak delay.. tapi lama jugak la tunggu~
bye bye Bandung~

walaupon pegi sekejap je, penat tak tak hengat.. kaki pon sakit 2-3 hari ni (pasal pakai boot baru~) tapi memang best! kira tak serik la~ hehe, mana de org serik bershopping, kan? ;)


p/s: mee & sirap bandung tak ada kena mengena dengan Bandung ye kawan2~

Thursday, January 27, 2011

Holiday @ Bandung part 1

yosh.. semalam penat mengupload gambar kat fb, now turn blog pulak.

**warning! entry penuh gambar.. should be even better, right?! but I'll do it in 2 parts.. banyak oo, makan masa!!

Actually percutian kali ni tak dirancang pon.. kaklong la asyik dok ajak pegi holiday.. tekanan kerja katanya! pastu tengok kat AirAsia ada promo.. apelagi, cepat2 kami booking! takut sebenarnya nak redah macam tu.. tak pernah lagi pegi bercuti tanpa tour guide, tapi cuba je la dulu, lagi pon pegi sekejap je!

Day 1: Saturday (Jan 22, 2011)
oh, tak tau boleh kira as day 1 ke tak.. pasal flight jam 7.05pm.
Sampai sana dah pukul 9pm++ waktu Malaysia.. terus ke hotel. beratur kat Immigration tu punyalah lama, nasib baik van ke hotel dah ada, tak payah tunggu2 lagi! kiranya burn la satu hari tak jalan mana2 pon!
cantikkan hotel ni?!
info: hotel agak jauh dari bandar.. tapi sangat puas hati! cantik & tak ramai orang~


Day 2: Sunday (Jan 23, 2011)
pukul 8am waktu Bandung lagi kami dah keluar. tapi pon kat Malaysia dah jam 9am :P

oh, kena keluar awal kalau tak nak terperangkap dalam traffic jam.. Bandung akan macet weekends, banyak orang Jakarta datang sini.

Mula2 kami ke Cibaduyut, shopping leather goods.. special kat sini kasut :D murah okeh! kulit tau, kulitt!
lupa nak ambik gambar dalam kedai.. ralit pilih kasut

lepas tu ke Toko Tiga, gedung jeans.. kat sini Levi's original almost 1/2 price dari kat Malaysia :-o
sambil tunggu pakcik ni jahit sluar, kita posing dolu~

next, ke Pasar Baru. oh, sini memang sangat sesak dengan orang.. ala2 sesak kat Puduraya! Kat sini kami beli borong telekung & kain pasang.. murah tak usah cakap la..berbaloi2!

kalau nak cari kain lace buat kawen pon banyak.. tapi kami tak beli la~
paling lama kat sini :D patutlah driver tu kata "orang Malaysia kalau ke Pasar Baru lupa waktu!" hehe.. memang betul pon~ jadinya makan pon dah lewat! kami nak cuba masakan Sunda.. jadi driver tu bawak ke sini:
santik okeh restoren ni.. harga pon tak mahal! makanan ok.. ada yang sedap, ada yang ok sajer. kat Bandung ni masakan agak manis & masin!

lepas isi tangki perut, sambung sopping lagi.. singgah kejap kat Gedung Sate.. kat sini x de jual sate ok! ini kantor governor, tapi diberi nama sate kerana tiang atas tu macam sate terbalik :))
kitorang sangat pelik tengok banyak budak berarak pakai baju biru.. ada yang jalan kaki, ada yang naik 'angkotan kota'~ rupanya penyokong bola! ada match petang tu.. diorang ni on the way to stadium la~


Barulah ke Jalan Riau pulak.. kat sini terkenal dengan factory outlets.. kami ke Formen & Heritage.
obviously, Formen hanya ada jual barangan lelaki.. kat Heritage pulak mostly baju wanita & kanak2. banyak lagi outlets lain sepanjang jalan ni.. tapi tak terdaya & tak sempat nak masuk semua!

Kemudian ke Kartika Sari, mencari ole-ole. sangat fames sampai almost semua dalam flight bawak kotak/paper bag Kartika Sari ni..

tak banyak jenis yang menarik, tapi banyak jugak kami borong.. samapi satu kotak :D sayangnya tak boleh simpan lama.. hanya tahan 4 hari, except brownies bakar, 1 minggu.

ni Pisang Bollen (cheese)
Peuyeum (Tapai+cheese) Bollen
Brownies bakar

ada satu lagi yang famous, Amanda Brownies.. tapi kami tak pulak ke sana~

last destination for day 2: Rumah Mode. rasanya ni tempat wajib parawisata..ramai bangat orangnya! tempat memang cantik, produk pon best! puas cari baju Elmo for Aariz, akhirnya kat sini jugak jumpa! uissh, nasib baik dah borong sakan seblom sampai sini.. kalau tak rasanya satu kedai habis kena sapu :">

actually banyak lagi tempat2 menarik poket, eg. Jalan Cihampelas kat sini more to cheap jeans & superheroes stuff.. kedai2 sepanjang jalan ni ada action figures besar2 macam ni:
sayangnya tak sempat nak snap gambar banyak2 sebab kami lalu je kat sini :( kalau ada masa lebih maybe boleh pusing2 masuk semua kedai! tapi siap la poket kena tebal~

hasil di penghujung hari pertama:


bersambung...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...