Monday, September 28, 2009

Balik kampung~ooh~balik kampung~!!

Tahun ni turn raya di Batu Pahat, kampung sebelah papa. Seperti kebiasaan, kitorang balik BP sehari sebelum raya.. bertolak lepas zohor. Kali ni kitorang tak beraya di rumah nenek, tapi kat rumah makcik yang baru kehilangan anaknya dlm kemalangan haritu. lagipon tak jauh dari Parit Raja aka rumah nenek aku, selang beberapa kampung je~
bergambar dipagi raya
anak dara+mak dara+anak mak dara

Lepas sembahyang raya, kitorang gerak ke Parit Raja.. beraya kat rumah saudara-mara kat sana.
kat rumah nenek
appa+amma
dengan adek
dengan kaklong
Oh, lupa plak..tahun ni kakNgah and family raya kat Melaka..so kitorang ber-5 je. Tapi petang raya 1st tu diorang beraya di Senggarang, ada je singgah sekejap kat Parit Raja. Dapatlah kitorang berjumpa Aariz Zafir (ahaha..mcm la tak jumpa lama, padahal Sabtu tu jumpa je)
Aariz dangan tokma
Aariz bersama dayang2nya
ni pulak dengan peminat setia
ayork..muka dia sajer
Tokpa baru dapat pegang
malam pon beraya lagik
Raya ke-2, kitorang beraya di Kluang, rumah mak saudara yang sulung + rumah anak2nya. Kali ni tak de konvoi2 macam selalu, masing2 ada agenda sendirik. Alang-alang dah sampai sana, kitorang cadang nak singgah kopitiam Kluang Station.. betul2 dalam stesyen keretapi kluang tu. lagi pon masing2 dah sakit perut, nak la cari roti2 je.. sekali tutup la pulak. isy, raya ke tokeh? dah tak de rezeki, nak buat cammana kan?!

pagi tu singgah dulu kat rumah maksik
bersama tuan rumah
kat Kluang

Kitorang balik Sepang raya ke-3.. pagi2 lagi dah siap. Papa ada dialisis pukul 10pg. Kitorang bertolak pukul 8.10pg+-, sampai pukul 10 setengah.. nasib baik jalan clear..orang belum habis beraya agaknya~ ini je lah raya kitorang.. kat sini mana ada orang datang beraya kalu tak berjemput/ber-open house bagai~ tapi yang best, esoknya Aariz Zafir balik!!! ahahaha..Aariz lagi~

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Dikesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun di atas segala salah dan silap, terkasar bahasa, dan apa jua perbuatan yang menyinggung perasaan sahabat2 sekalian.. dan minta dihalal makan dan minum.. semoga selamat sampai ke kampung, jangan lupa pulak balik semula ke rumah~

panda2 sekelian, jangan lupa konvoi kita tahun ni.. sila buat hari ahad sahaja okeh~aku keroja hari sabtu~!

p/s: nak mintak maaf kenalah ayat sopan kan?! ahaha


Tuesday, September 15, 2009

Alhamdulillah~

First of all, kat sini nak nak bagitau, tujuan entry kali ni bukanlah untuk menunjuk2/riak/eksyen dan yang sewaktu dengannya.. sekadar berkongsi kegembiraan dan kesyukuran~! and please bear in mind that this is my blog~suka hati akulah nak tulis ape pon kan?! pedulik hape aku~~ ahaha

berbalik kepada tujuan aku tulis entry ni..
there are two reasons for my happiness today, which are

this:


and this:
sungguh tidak ku sangka bleh lulus~~
ni lah rahmat bulan Ramadhan..Alhamdulillah!
dan yang paling best, raya ni tak de la penat jawab soalan orang~ i think you know what i mean ;)

p/s: semoga rakan2ku cepat dapat keje~Amin!

Sunday, September 13, 2009

Iftar @ kirin's

Selepas berkali2 tertangguh.. akhirnya dapat jugak aku berkumpul dengn bebudak panda sekelian, walaupon tak semua yang dapat datang.. yelah, masing2 dah busy dengan kehidupan 'baru'.. haku je yang belom mula lagi~uwaaaa!!
yang peliknya, sebelom berbuka tu macam tak de benda sangat nak cerita, sekali lepas perut kenyang, dah rancak berborak sampai tak sedar dah nak dekat pukul 10.. aku ni dah la drive sensorang, macam berani je..tapi haku redah la jugak.. Alhamdulillah selamat sampai semalam (eh, baru aku ingat, aku lupa plak nak inform chek leen lps aku sampai semalam~woops!)
sambung makan..
so, thanks to the host..sape lagi kalau bukan chek KIRIN yang bermurah hati tawarkan rumah dia jadi destinasi berbuka kitorang.. Alhamdulillah, jimat duhet haku~ahaha walaupon seperti yang dijangka, maknya yang masak! sedap chek Kirin... especially pudding mak kau tu.. ntah bila lah aku nak rasa masakan ko selain kek+biskut, ye kirin~?

p/s: gambar berbuka tak ada pon.. masing2 sibuk makan.. dah lepas sembahyang barulah sibuk bergambar~~ yang lain sila tengok di facebook ye?!~

Thursday, September 10, 2009

berdua aje~

hari ni berbuka tinggal aku berdua dengan kakLong~
papa&mama berbuka di office.. ada majlis berbuka+sembahyang semua.
so, pagi tadi papa pesan suruh beli je kat pasar malam, tak payah masak.. then kaklong call tengah hari cadang nak beli je kat cyberjaya.. aku pon ok je la kan~tak payah susah2 nak kluar petang nanti!

so, menu berbuka kitorang:
nyum..nyum.. thanks kakLong, belanja berbuka~~
tapikan.. tak rasa macam berbuka pon..sebab berdua je kan?!! ahaha~~

p/s: banyak lagi kat dapur.. agak2 terliur, mehla datang~sebelum licin, ok?!

Wednesday, September 09, 2009

saje je~~

today is 090909

itu saje~~
(ahaha.. jangan marah~tak de benda apa pon nak tulis.. tapi macam tak best plak kalu tak de entry pada tarikh cantik mcm ni~~)




Thursday, September 03, 2009

oh~tidak!!

SS501 ada kat Malaysia SEKARANG nih!!
dari 31-Ogos hari tu lagi~
katanya they will be arriving from Kota Kinabalu to KL at 1pm today.. so tinggal beberapa minit je lagi nih..
pastu ada fan meeting kat Bandar Utama..for 5 hours.. and will depart to Seoul tonight
aahh..nak pegi.. dapat tengok life pon jadik la~kenapalah baru sekarang aku dapat tahu?

tapi tak pe.. bleh je tunggu DVD yang diorang rakam kat KK tu..mesti best sbb Gayana Resort tu katanya cantik.. bangga pulak rasanya diorang pilih Malaysia for the shooting~! <--ahaha..ni ayat sejukkan hati sendirik ni~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...