Thursday, July 30, 2009

Salam Takziah

Selasa, 10.45mlm
kakLong dapat call dari abg Zul kata Memek(sepupu aku) accident, dia nak pegi cam jenazah kat hospital. Kitorang satu family memang tak percaya, siap berdoa itu bukan Memek, manalah tau kawan dia pinjam kereta ke kan?!

Selasa, 11.30mlm
Abg Zul call balik, memang betul..Memek dah tak de. Rupanya kawan Arwah yang datang bagitau kat rumah abg Zul, kebetulan dia terserempak dengan polis yang bawak ic Arwah kat counter emergency, pastu dia pon buat pengecaman jugak..

Rabu, 9.30pagi
Kitorang satu family tiba di rumah mayat hospital Melaka. Kat situ dah penuh dengan jiran2 dan kawan2 Arwah. Alhamdulillah, ramai kawan Arwah datang, tak kira bangsa, tak kira agama.

Arwah kena langgar dengan kereta Evo yang terbabas dari arah bertentangan, dekat Peringit.. Evo tu langgar divider tengah, pastu melayang hempap kereta Arwah(tu yang surat khabar kata 'kereta terbang' tu) Evo tu memang laju, katanya driver Evo tu doktor pelatih, on the way nak pergi hospital, on-call. Tapi dia tak cedera pon, ada air-bag. Arwah cedera parah, meninggal kat situ jugak. Kalau tengok kedaan badan memang tak de apa2, cuma muka separuh rosak teruk, mata sebelah tersembul, kat dagu dah berlobang, tapi masih boleh dicam.
gambar dicilok dari paper Berita Harian
Rabu, 12.30tgh hari
Dari hasil post-mortem, doktor kata punca kematian akibat pendarahan otak, tengkuk patah, saluran jantung utama koyak, tambah pulak dengan beberapa kecederaan organ dalaman, tulang rusuk patah, pastu tulang muka hancur. Mana taknya, dengar cerita kereta Evo tu dah duduk atas kepala Arwah. Kalau tengok gambar kereta dari depan, sebelah driver je teruk..

Siap kafan, semua yang hadir diberi kebenaran untuk tengok Arwah, meluru semua kawan2 Arwah ke dalam.. aku memang tak berani nak tengok, bukan apa, takut terbawak mimpi pulak nanti.

Rabu, 1ptg
Bertolak balik ke Batu Pahat.. Arwah diiringi 5 buah kereta. Lepas +-2jam, kami tiba di kampung.. family dah ramai tunggu. Lepas sembahyang, terus dibawa ke tanah perkuburan, sebab dah lama sangat..

yang sedih sekali, bulan 10 ni Arwah nak kawin, tinggal 2bulan je.. barang2 semua dah beli, baju nikah pon dah siap. Aku memang sangat2 tak sampai hati nak tengok muka tunang Arwah semalam. Mak sedara aku + kak Lela awal2 lagi dah pengsan, lagi pulak Arwah anak bongsu..

Rabu, 11.30mlm
Siap tahlil, kitorang bertolak balik..dalam perjalanan aku mengantuk sangat, tapi mata ni tak jugak nak lelap.. asyik terbayangkan Arwah..tapi tak lama, terlelap jugak..agaknya ditambah bantuan Uphamol yang aku makan petang tu kot?

sama2lah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Arwah, moga2 Arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman, Amin..

buat kelurga Arwah, semoga dapat bersabar dan tabah menghadapi dugaan ni, sesungguhnya Allah lebih menyayangi Arwah..

lagi berita penuh @ myMetro (ahaha..kak Lela x de pon cakap macam tu..H.Metro saje nak tambah perisa la tu~!)

Thursday, July 23, 2009

novel baru

yaaayyyyyyyy~~~!!! (jerit dalam ni je, nanti Aariz bangun plak~)
novel baru gabungan 3 orang penulis favourite aku: Hlovate, Syud & k.Su, dah ada..
yang lebih penting, cerita Pelangi yang aku tunggu bertahun2 ada dalam novel ni!! hopefully cerita Pelangi ni ada endingnya..

ni yang tak sabar nak pegi Shah Alam weekend ni, nak pegi beli~~!

amazing~!

dah beberapa hari ni aku sangatlah tensinya~aku tak bleh nak pakai internet!!!
sekali pagi ni cuba jugaklah.. dengan harapan kalu boleh pakai kejap pon jadi la.. sekali tak sangka boleh plak buka website segala.. hmm, tapi dalam hati berdoa jugak la biar sampai bila2 pon.. ni yang sempat buat satu entry, dah lama rasanya tak update~

nasib baik aku tak menyumpah lagi kat orang tm yang kata nak datang, tapi batang hidong pon tak nampak lagi nih~

Monday, July 20, 2009

Akhirnya~~!

dapat jugak aku tengok Transformers..
ye, aku memang tertinggal keretapi~~!
memang dari haritu dah nak book tiket, tapi asyik penuh je.
takmau la gamble pegi macam tu je kan?!
pastu asyik bertangguh.. nakkan tunggu weekends. akhirnya selepas 3 minggu barulah dapat tengok
and still ramai jugak orang, cuma depan2 je tak penuh..
dan seperti yang dulu jugak, kitorang pegi ber-4: aku, kakLong, papa and mama

aaaa..aku nak tengok lagi~~tapi tak kosela nak bazir duit tengok kat wayang.. donlod sudah~woops!!

Tuesday, July 14, 2009

SS501 MV Collection Part 2

huish..penat sungguh aku tunggu part2 ni, last week hari2 asyik check je, tak jugak keluar. sekali pagi ni tadi aku try la tengok, kot2 ada(dah2-3 hari kot tak check!) sekali ada!! wah~ giler excited aku, sib baik tak histeria je..hahaha

2nd part ni bukan sambungan ke hape ke, rupanya an expanded version of part1. bagi aku, sebetulnya namakanlah part1 tu sebagai teaser ke kan? kalau part1 & part2 tu dah macam cerita bersambung. Seriously, segala tanggapan aku selepas tengok 1st part haritu meleset sama sekali. HJ & JM bukan berebutkan itu perempuan, tapi dia hanyalah mangsa keadaan.. orang putih kata 'she was at the wrong time and the wrong place'. It's true that she's JM's girl, but the plot does not revolves around her.

The storyline was very confusing. My guess is that JM refused to do something asked by the scarred face guy, so the scarred face guy hired HJ to kill JM. tu yang HJ tembak JM kat tengah2 jalan, and KJ tembak the girl at the same time. Then HJ kidnapped the girl, maybe because he want to lure JM.. so masa ni tunjuk part1. kalau perhatikan, last part1 ada tunjuk jari JM bergerak, so memang dah tau dia akan selamat. In order to save his gf, JM threatens a guy, so dia dapatlah tau kat mana HJ sorok his gf. Pastu JM tricked HJ kononya dia dalam hospital lagi, bila HJ pergi nak bunuh JM, JM masuk selamatkan gf dia. Yang perempuan tu pulak macam tak nak keluar je.. siap sempat tengok gambar HJ lagi. confused aku..dia nak kat HJ ke? sekali, KJ mucul tiba2(masa ni terkejut giler aku~) dia pulak kidnapped the girl..then, berlakulah adegan kejer-mengejar pakai kereta mahal! hahaha.. bila HJ dapat tau dia kena tipu, dia pon bekejar balik, but on the way, dia nampak plak perempuan tu dalam kereta KJ, so dia pon kejar gak

The race ends in a parking lot(ni part mula2 dalam part1) masing2 acu pistol, sekali datang segerombolan orang2 suruhan mamat muka cacat tu, berlakulah tembak-menembak.. then, HJ and JM got shot!! KJ and the scarred face guy pulak boleh main tembak2 sambil berjalan tapi tak kena? masa ni barula tau ape kena mengena KJ dalam cerita ni.. rupanya KJ ingat JM yang upah suruh bunuh ayah dia, tapi yang sebenarnya terbalik. tu yang KJ pegi tembak JM tapi terkena perempuan tu. ntah macam mana KJ tau yang JM tak bersalah, dia tembak mamat muka pecah tu. kiranya terbalaslah dendam KJ.. tapi HJ and JM masih lagi terbaring tapi tak mati, so I guess both of them will survive.

tapi aku sangatlah tak puas hati ending macam tu je.. hampir semua soalan2 aku haritu terjawab.. ade je yang tak relevan lansung! dan ada je yang x akan terjawab~!! huhuhu aku sangat kesian kat baby and YS, dua2 ni keluar part nyanyi je~

moral of the story, jangan la jadi pembunuh upahan, tak pasal2 kena tembak..hahaha

Monday, July 13, 2009

Happy belated birthday~~

aha..aku lupa nak masukkan entry khas sempena bday bapak aku. hari Jumaat haritu, 10 July. haritukan aku pegi Alamanda, pastu petang tu ada masalah besar(haha..malu aku nak cerita) tu yang lupalah sangat2.

tapi malam tu kitorang selebrate~kecil-kecilan je. Ashraf pon tak de..

so,
HAPPY BELATED BIRTHDAY, PAPA!!
semoga dipanjangkan umur, sihat selalu, dan di murahkan rezeki, Amin.
love you so much xoxo

Thursday, July 09, 2009

soping~!

semalam aku, Kirin ngan Nok pegi jalan TAR,, hajatnya nak cari barang2 untuk convo nanti. Pagi2 lagi aku dah keluar..tapi tak de la pagi lepas subuh kan~ lepas masak+sidai baju aku pon pegila.. drive sampai erl, pastu naik erl sampai bdr tasik selatan, sebab dah janji dengan kirin+nok jumpa kat situ. pastu kitorang naik plak lrt sampai masjid Jamek. hahaha..orang baru je nak bukak kedai.. tengah susun2 barang lagi.. awal tak awal kitorang sampai?

destinasi pertama, arked2 kat belakan Jalan Masjid India.. sebabnya kirin dengan nok nak cari kain nak buat baju.. rupa-rupanya diorang ni ada la pulak theme, pakai kaler peach, katanya nak match dengan kaler robe. oohh..sukati koranglah~! baju haku dah selamat siap tahun lepas lagi.. hahaha~ so, bermulalah misi kitorang ni mencari baju kaler peach.. bapak la susahnya nak cari.. habis semua kedai kitorang masuk. aku sempat rembat selai dalam dok cari kain diorang ni.. tapi bukan untuk aku la, untuk mama. kirin dah dapat, nok plak. last2 masuk kamdar.. jumpa pon yang dia berkenan. tapi sungguhla tak puas hatinya dengan layanan pekerja kamdar ni (boleh tak aku nak tulis kat sini?! orang2 kat kamdar tu m*l*s sungguh buat keje..adeke suruh orang cari sendiri kain utk lining? habis keje dia potong kain je ke? siap boleh gaduh2 sama2 dia lagi kat situ.. pastu bila nak panggil geng dia, boleh main jerit2 je? apela!)

dah settle cari kain, kitorang pegi Sogo pulak.. perut pon dah lapar, pegi isi tank kasi full dulu. Lepas tu barulah kitorang sambung balik misi.. sekarang cari kasut pulak. haih, punyalah banyak kasut kat sogo tu, satu pon aku tak berkenan! ada yang ok sikit tu, bila pakai tak best la pulak! dah tu kitorang turun plak kat bawah, pon tak de jugak.. tapi lain pulak yang aku dapat.. hahaha, ini la dia, lain yang dicari, lain yang dapat! ehehe~ lepastu aku dah malas nak cari lagi, kaki pon dah naik cramp, so kitorang balik je.. tapi kirin dapat la kasut yang dia nak tu..tinggal lagi aku dengan nok je la..

ahhh..nampak gayanya nak kena keluar cari lagi la lepas ni. Bangun pagi ni, sakit cramp semalam dah naik sampai bo*t*t..aduhai~~!

kasut..oh kasut--dimanakah dikau?!!

Monday, July 06, 2009

He did it, again!

Congrats to Federer! He has won against Andy Roddick 5-7, 7-6(8-6), 7-6(7-5), 3-6 16-14 to claim his 6th Wimbledon title. So, sekarang ni Federer has 6 Wimbledon titles, 5 US Opens, 3 Australian Opens and 1 French Open title, menjadikan record baru 15 Grand Slam titles, mengatasi record Pete Sampras of 14 majors. Dan Federer jugak dapat balik his world no.1 spot from Rafael Nadal!

Tapi malam tadi sakit jiwa jugaklah tengok Federer nak kasi habis, sengit sangat2. Masa set pennetuan tu, aku dah tak mau tengok, takut kalah, so aku pegi tido.. tak lama lepas tu bapak aku kejut, kata Federer menang! Ingatkan dah kalah..terkejut gak bila tau dia menang.. terus aku ngan kakLong bangun. Tengok dia amik hadiah.. haha, adeke tengok penyampaian hadiah je? Kesian aku tengok Mirka, tension je.. nasib baik tak terberanak kat situ~~!

Paling best, 3 tennis legends datang tengok final kali ni. Bjorn Borg, Rod Laver and Pete Sampras yang datang buat surprise. Pastu lepas menang tu Federer siap pakai blazer khas, masa dia tunjuk kat camera tu aku ingat ape la kan, rupanya ada golden no.15 sulam kat belakang~wah special gitu~!

p/s: Hmm..nanti agaknya anak Federer akan ikut tak jejak langkah ayah dier?


credit: wimbledon.org

Thursday, July 02, 2009

oh..wow~~!

wah.. tak sangka pulak Koo Hye Sun ni banyak bakat dier.. dah la pandai berlakon, boleh megarah, sekarang ni pulak dia tunjuk satu lagi bakat, melukis..s ampai boleh buat exhibition la!

and yesterday(1st July), Lee Min Ho and Kim Joon attended Koo Hye Sun's exhibition at Lamer Gallery in Insadong, Jongno-gu, Seoul.

"Meanwhile KHS, who displayed her high painting ability through her own novel 'Tanggo‘ and an illustration for the singer Spider's 4th album, and this exhibition has been held with original cuts in her novel 'Tanggo‘ and some paintings painted during break time."

sangat cantek okeh lukisan Koo Hye Sun ni! biru gitu~~my favorite color..hahaha

Tapi lagi2 orang F4(Kim Hyun Joong and Kim Bum) tak dapat datang because of their schedules. Ala..sedeynyer.. kalau tak, dah jadi reunion BOF, and boleh tengok HyunJoongie ku itu~~!

Credits: soompi, loveminho.com(English translation)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...