Tuesday, January 08, 2008

trip to Padang~day 4 & 5


Hari ke-4 kami bertolak ke Padang sebab esoknya dah nak balik Malaysia..bye-bye Bukittinggi. hujan sepanjang perjalanan, Alhamdulillah tak lebat..jalan kan sempit, pastu berkelok2, bahaya. So, dalam perjalanan Masjoko bercerita lagi..kali ni cerita 'Tenggelamnya Kapal Van Der Wijch' =D> Sampai kat Padang, banjir! ahh, sudah..cammana kita ni nak pegi hotel? :-s pastu driver cari jalan alternatif..pon banjir gak!
Alhamdulillah lepas! tapi kami ni dah risau, cammana nak balik esok? kena lalu jalan yang bajir tu nak pergi airport. Masjoko kata tak pe..pi hotel dulu..doalah hujan reda.

So, lepas makan tengahari, jalan2 sikit kat Padang tu tengok China Town, Pantai Padang dan Jembatan Siti Nurbaya(ya..jambatan dalm novel Siti Nurbaya tu la!)
tengoklah, ombak kuat.. silap2 haribulan boleh melimpah ni!

then, kami check-in di hotel. aktiviti bebas sehingga malam :D Waa..buhsanya dok hotel :( cerita kat tv pon tak best! Kami pon jenjalan ke Pasaraya Padang, mama nak cari buah tangan sekali.

dinner malam di hotel saja..
Malam tu masing2 dah bimbang je x bleh balik! Masjoko kata pagi esoknya kul 3.30am check-out, pas sarapan bertolak ke airport, takut2 banjir kan? So, esoknya kami ni dah siap semua bekfest, kul 4am tu Masjoko tak turun2. En. Baharom call dia, rupanya banjir dah surut..Alhamdulillah #:-S so kami bertolak ke airport dari hotel jam 5.30am.. sampai kat airport kul 6am lebih kurang, airport pon blom buka! tapi ada gak org dah sampai..agaknya takut tak lepas banjir macam kami :D tapi tak pe..asalkan selamat sampai ke airport! biarpun flight pukul8.30am :)

gambar kenangan bersama Masjoko & En. Baharom sebelum pulang
tengoklah.. banyak giler beg.. ni mesti molontar sakan ni :))
kami tiba di Malaysia pukul 10.30am.. home sweet home! >:D<

Monday, January 07, 2008

trip to Padang~day 3

on that day, we were having a Minangkabau Tour.
Tapi sebelum apa2, kita breakfast dulu :D lepas breakfast, baru boleh posing2 sementara menuggu bas ;)
Kami dibawa jalan2 melawat perusahaan sulaman dan bordiran oleh Hj Rosma, yang dianugerahkan tokoh ibu mithali kerana jasanya mengajar anak2 muda menyulam. Memang cantik2 sulaman dia!! tapi cuci mata je lah ..
cantik tak?!
inilah Hj Rosma.. kilang/kedainya dalam rumah Hj Rosma jugak..
Next, we went to Tabek Patah, melihat home-industry: pisang salai dengan kopi tradisional. Kopi kat sini memang sedap :P makan plak dengan pisang salai goreng panas2.. nyum..nyum..
taman dikawasan kedai kopi tu
makan tengahari hari tu memang seronok, makan kat restoran di tengah2 sawah..pemandangan yang sangat cantik!! makan pon syedap..ikan bakar lagi!!
kat bawah restoren tu ada kolam ikan.. ikannya besar2! agaknya sebab sisa makanan tu campak je ke bawah, :))
lepas makan, sambung jenjalan. Destinasi seterusnya, Istano Silinduang Bulan.
tak dapat tengok istana Pagaruyung, istana ni pon jadi lah! Istana ni tak bleh masuk dalam :( so posing kat luar je.
papa sempat beli keris kat situ 8-)
cuba tengok pokok kelapa ni.. pelik kan?
Dalam perjalanan balik ke Bukittinggi, Masjoko cerita asal-usul bumbung rumah minangkabau ni, rupa2nya dari kisah perlawanan sabung kerbau antara orang Minang dengan orang Jawa. Patut pon bumbung macam tanduk kerbau!

Seblom balik hotel, singgah sekejap kat Panorama..
tempat dia macam Grand Canyon..agaknya sebab gempa bumi kot yang jadi macam ni. tapi cantik!
Pas posing2, terus balik, tak sempat nak menjengah ke Lubang Jepang (kat sini gak!) tapi memang kami tak nak masuk pon, takutlah!! sebab kurang selamat sebab haritu kan ada gempa bumi. tapi adik masuk gak..berani plak dia!

kat bawah statue ni la Lubang Jepang
actually tempat ni macam penjara zaman Jepun dulu!

malam tu kami dinner di luar..
makan di ruangan VIP.. tapi salah satu lauk, telur dadar :))

sekian, cerita hari ke-3 ;)

Sunday, January 06, 2008

trip to Padang~day 2


Kami diberi tahu lepas subuh pemandangan Danau Maninjau sangat cantik.. tasik tu seblah je dengan hotel kami., nama pon Nuansa Maninjau Resort, di Embun Pagi ni.
Memang Mas Joko tak tipu! SubahanAllah..sangatla cantiknya :-o ape lagi, bergambar sakanlah!! tapi kena tunggu kabus reda sikit, baru clear.. sementara tu kami melontar kat depan hotel tu ;) pukul 7.30am pi bekfast, pastu terus check-out.
Pagi tu turun dulu ke Danau Maninjau nak pergi melawat rumah kelahiran HAMKA, melalui kelok 44. memang kelok betul, dan cukup 44 keloknya! Alhamdulillah bas tak laju, tak la mabuk!
inilah Danau Maninjau.. gambar dari bawah bukit tadi
di rumah tu kami mendengar cerita riwayat hidup HAMKA yang famous dengan novel 'Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck' yang bercerita tu sepupu HAMKA sebelah ibunya. Tak sangka rupa2nya rumah tu dipelihara oleh Abim Malaysia!
ni masjid yang dibina oleh HAMKA

Destiasi kami hari kedua ni Bukittinggi. Dalam perjalanan, kami singgah di Koto Gadang, tengok pembuatan barangan perak.
dan sedikit shopping :D
Sampai di Bukittinggi, berhenti dulu di Pasar Atas, melontar lagi! kat situ ada jual macam2, souvenir, hiasan, sulaman..makanan pon ada! rupa2nya jauh lebih murah dari tempat2 sebelum ni! Pasar Atas ni memang tempat shopping betul2.. tempat lain tu buat tengok2 dah la..

Berhadapan dengan Pasar Atas ada Jam Gadang..di bina oleh Belanda, katanya cuma da 3 je kat dunia ni.. satu kat sini, satu kat Melaka, satu lagi tak ingat :">
Pukul 5.30pm kami berkumpul untuk check-in di hotel Pusako.. dekat je ghupanye..kalu tak puas shopping bleh je nak pi lagi ;)

Saturday, January 05, 2008

trip to Padang~day 1


wah..baru sekarang berkesempatan upload gambar2 trip haritu :D ni sibuk nyer pasal la ni..mana tak nyer, balik jer on the 26th i've got final year project presentation, then yesterday got exam (sempat lagi pi holiday ;) ) actually, this trip was under jpa bahagian pencen..ada la dalm 33 org yang ikut, my family 5 orang je + kawan mama sorang..angah n abang daous x ikut(kesian..next time kita pi satu family, ye!)

so, on the 22nd of Dec kami bertolak dari lcct jam 7.50am, arrived at 7.50am gak waktu Padang la :)) tapi (Malaysia pukul 8.50am) Sampai sana nak kluar tu lambat sikit..sebabnya flight attendant x distribute kad ijau tu, so x bleh la masuk negara orang kan? nasib baik ada sedia kat situ..kalu x balik la kot??!!
lepas dah siap semua, kluar tu nasib baik bas kami dah sampai. tapi sebab tak muat ada van tambahan, tapi yang naik van tu pon cukup2 satu family, x pe la kan.. sebab ada small kids, x la diorang rimas naik bas ;)

mula2 isi tangki dulu.. siapa2 belum breakfast, dipersilakan :D
barulah lepas tu kita start tour.. so, kami bertolak ke Embun Pagi. Dalam perjalanan, singgah sekejap di air terjun Lembah Anai, tepi jalan je. memang best..sejuk giler air :-o sebab air dari gunung..
next, ke Pusat Dokumentasi Kebudayaan Minangkabau di Padang Panjang. Kat sini kami belajar tentang adat orang minang..
ada yang sempat bergambar dengan baju pengantin lagi!! yela, pengantin baru.. kasilah chance kan ;)
khusyuk masing2 mendengar ceramah!
bergambar sebelum keluar
berhenti makan tengah hari.. kat sini makan paling sedap sepanjang trip kami kat Padang ni.. mungkin sedap lapar.. tapi memang nikmat, makan bertambah2
Gunung Merapi
lepas makan, kami singgah di Kampung Pandai Sikek.. tempat ukiran kayu dan menenun songket.
Kat sinila lokasi pertama melontar(shopping) bak kata Mas Joko, tour guide kami :)) pastu ada lagi beberapa tempat..Padang kan syurga kaum ibu2 :P Lastly ke hotel di Embun Pagi untuk tido. Trip bersambung keesokan pagi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...