on that day, we were having a Minangkabau Tour.
Tapi sebelum apa2, kita breakfast dulu :D lepas breakfast, baru boleh posing2 sementara menuggu bas ;)
Kami dibawa jalan2 melawat perusahaan sulaman dan bordiran oleh Hj Rosma, yang dianugerahkan tokoh ibu mithali kerana jasanya mengajar anak2 muda menyulam. Memang cantik2 sulaman dia!! tapi cuci mata je lah ..
cantik tak?!
inilah Hj Rosma.. kilang/kedainya dalam rumah Hj Rosma jugak..
Next, we went to Tabek Patah, melihat home-industry: pisang salai dengan kopi tradisional. Kopi kat sini memang sedap :P makan plak dengan pisang salai goreng panas2.. nyum..nyum..
taman dikawasan kedai kopi tu
makan tengahari hari tu memang seronok, makan kat restoran di tengah2 sawah..pemandangan yang sangat cantik!! makan pon syedap..ikan bakar lagi!!
kat bawah restoren tu ada kolam ikan.. ikannya besar2! agaknya sebab sisa makanan tu campak je ke bawah, :))
lepas makan, sambung jenjalan. Destinasi seterusnya, Istano Silinduang Bulan.
tak dapat tengok istana Pagaruyung, istana ni pon jadi lah! Istana ni tak bleh masuk dalam :( so posing kat luar je.
papa sempat beli keris kat situ 8-)
cuba tengok pokok kelapa ni.. pelik kan?
Dalam perjalanan balik ke Bukittinggi, Masjoko cerita asal-usul bumbung rumah minangkabau ni, rupa2nya dari kisah perlawanan sabung kerbau antara orang Minang dengan orang Jawa. Patut pon bumbung macam tanduk kerbau!
Seblom balik hotel, singgah sekejap kat Panorama..
tempat dia macam Grand Canyon..agaknya sebab gempa bumi kot yang jadi macam ni. tapi cantik!
Pas posing2, terus balik, tak sempat nak menjengah ke Lubang Jepang (kat sini gak!) tapi memang kami tak nak masuk pon, takutlah!! sebab kurang selamat sebab haritu kan ada gempa bumi. tapi adik masuk gak..berani plak dia!
kat bawah statue ni la Lubang Jepang
actually tempat ni macam penjara zaman Jepun dulu!
malam tu kami dinner di luar..
makan di ruangan VIP.. tapi salah satu lauk, telur dadar :))
sekian, cerita hari ke-3 ;)