Thursday, October 18, 2007

Selamat Hari Raya - Raya Kedua


tiap2 kali beraya kat johor, aktiviti hari kedua x pernah berubah :D rombongan kali ni, keluargan wak noh(kami le tu :P ) family cik yati, family cik maon & family cik wit+anak2 sedara cinonet ;) seperti biasa, destinasi pertama rumah cik nok

pastu rumah wak kalison..
kat sini lama gak, sempat makan tengahari lagi :)) yelah, pasni nak jalan jauh, pegi kluang :)
comeykan budak ni? nama dia Qistina Mirza, cucu kesayangan wak kalison+wak mad, sebab mereka yang bela

pas makan, kami bertolak ke Kluang, ziarah wak Ros, ni kakak sulong papa, dah tua dah, adalah dalam 70++ umur dia.. pastu pegi rumah kakak Tiah, anak wak Ros. Balik dah petang, kat Ayer Hitam dah jammed, Alhamdulillah kami dr arah bertentangan :-O pastu singgah jap kat rumah mertua cik wit, sempat plak cik na masak mi.. senyap2 je dia pegi masak :D
pastu kami berpisah kat situ, sbb malam tu nak tido rumah wak Kalison, esoknya pagi2 nak balik, papa ada dialisis ;)

Wednesday, October 17, 2007

Selamat Hari Raya - Raya Pertama


hari ni baru ada peluang nak update.. padahal dah balik dari kampung hari isnin lagi :D
raya kali ni turn johor.. kampung papa. balik sana jumaat petang, pas papa balik dialisis. Jem plak kat nilai, so bukak posa dalam kereta :cry: x sempat sampai kampung. Kami singgah makan jap kat rumah wak Kalison (kakak papa).. pastu balik rumah atok kat parit raja. Ingatkan rami org, rupanya adik-badik papa semua raya kat rumah mertua.. tinggalah kami sekeluarga :hopeless: tapi pas semayang raya, adik-badik papa yg tinggal kat kampung tu datang beraya, macam biasalah, rumah 1st mesti rumah mbah(tok) ;)
petang raya tu kami ziarah rumah adik-badik papa yg duk dekat2 rumah tok..
1st rumah, cik sam+cik yah.. makan special, laksa utara+pohpia :P

pastu, pegi rumah wak rahim..kat sini pon makan special, aada laksa johor :weee: syedappp

malam tu turn rumah wak limah & rumah anak2 nyer.. kitorang sampai dulu, dpat makan soto.. yang lambat x dapat :D
next, rumah wak min+wak som.. dah malam sangat, mata pon dah ngantuk.. tuan rumah dah tido :D baru balik dr JB

Saturday, October 06, 2007

maMat


hai :-h saya mamat. saya suka sangat tido kat tempat2 yg sempit.. terutama kat celah2 barang

ni kat tepi monitor.. nak teman kaklong surf internet!
ni kat dalam almari baju mama ;)
sibuk je lah baju ni.. tepi sikit!! :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...