Wednesday, August 21, 2013

Cerita Raya Saya


Salam Aidilfitri.. mari sini saya nak cerita kisah raya saya.. biarpun lambat. raya masih ada lagi kan? lagipun saya belum habis puasa 6 (puasa ganti sebenarnya) jadi bermakna cerita ni masih releven :P

tahun ni turn beraya di kampung papa di Parit Raja. kami gerak tengah hari, hari terakhir puasa lepas papa siap dialisis. Alhamdulillah, jalan clear sampai ke kampung. but since masih awal, kami singgah di pekan Parit Raja shopping kerepek & kemudiannya ke kubur menzirahi pusara arwah atok & nenek.
selesai tahlil, kami terus ke rumah nenek(Atok). Rupanya atok dah pulang dari hospital.. hari sebelumnya tu ibu jari kaki kanan Atok dipotong.. Alhamdulillah semuanya ok.

 Pagi raya lepas pulang dari masjid, kami bermaafan sesama ahli keluarga
rasa sebak pulak mengenangkan dosa berpikul2 ni :(
lepas tu kita posing satu family..
kalini raya adik ada.. tapi tetap tak cukup korum! angah & family beraya di Melaka.

tak lupa, mintak ampun dari Atok..
menunggu kunjungan cik abangtetamu..
 sambil-sambil tu kita posing la dulu ;)
dah menjadi tradisi, rumah atok menjadi destinansi pertama di pagi raya.. adik-beradi papa yang duduk dekat-dekat akan berkumpul dulu di sini
besar tak besarnya family papa ni, baru 6 keluarga dah penuh satu rumah! yang ni pun tak semua ada.. bayangkan kalau semua 13 keluarga datang serentak, mau roboh rumah ni!

lepas tu turn kami pulak nak beraya.. rumah pertama yang kami tuju: rumah Wak Rahim, abang papa.
maafkan kami, depan pintu rumah orang pon boleh posing banyak-banyak kali :D

tak lama lepas tu, kakngah & famil pun tiba.. yay, akhirnya dapat gaks raya sama-sama lengkap satu family!
menu special rumah ni: laksa johor. memang mabeles! makan sampai bertambah-tambah tsk tsk!
 budak tecit comey tak bleh dok diam. besoknya tu birthday Aqeef yang ke-2.. happy birthday Aqeef, semoga membesar menjadi anak soleh & berjaya dunia akhirat.. Amin!

oh, tidak dilupakan.. satu-satunya cucu perempuan Hj Mohd Noh & Hjh Ramlah..
geram tau tengok budak bambam nih!

lepas tu kami pulang semula ke rumah Atok. bawak crew kangah jumpa Atok. pas makan-makan (lagi!) kami ke rumah Cik Zam. tak jauh, depan rumah tu je :D tapi tak de plaks gambarnya.. busy makan ler ape lagi ;)

next, ke rumah Cik Sam.. pon tak jauh.. sebelah je. sini pon ada menu spesial - laksa utara & bakso.. dap, dua-dua pon saya balun! macam mana tak gems.. puasa turun, lepastu raya gain balik bertingkat-tingkat!
kangah & family.. arissa dah bertukar.. baju

hmm.. ni tak taulah nak kata apa.. kat mana-mana je boleh landing T_T
tiga generasi.. ajak Aqeef tak mau dia! dia lebih rela kejar angsa :)
petang tu family Cik Maon sampai dari Tenggaroh. dan family kangah pulak balik ke Melaka..
sampai sini je cerita raya saya.. sebab ini sahajalah gambar raya yang saya ada.. padahal malam tu ada 5 buah rumah lagi kami pegi beraya. tapi tak taulah kenapa tak ada gambar!
kami pulang semula ke Sepang pagi raya ke-2.. kenapa awal sangat? nanti saya cerita next entry ;)

Tuesday, August 06, 2013

Iftar 1434H


Salam 28 Ramadhan. Alhamdulillah dah 28 hari kita berpuasa. Sedar tak sedar lusa dah nak raya dah! Alhamdulillah, puasa kali ni betul-betul economical.. most of the time, satu hari satu dish je.. yelah makan ber-2 je dengan kaklong mana nak lalu sangat.. asal kenyang dah syukur! 

Since tak de entry lansung dalam bulan puasa ni, meh la saya tayang gambar makanan berbuka puasa :D Dah nak habis Ramadhan boleh la tayang gambar makanan, ye tak?! agak-agak tak tahan tak payah tengoklah!
ni mana yang sempat je.. dan yang mana rasa macam special sikit..
nachos & salsa. boleh kata makanan favourite bulan puasa.. repeated for 3-4 times already :) rasa dah sama sedap dengan Chili's punya ;;)

cucur kurma.. menu wajib bulan puasa.. at least sekali pun jadilah

kuay tiow kungfu

murtabak raja.. jalan jauh dari Kelantan ni. tebal. sedap. padat! 

kuih tepung bunga.. first time rasa ni. kata mama ni kuih tradisi orang kampung dia :)

ayam percik. buat masa semua balik minggu ke-2

buah melaka

mac & cheese ku yang putih pucat pasal tak de cheese kaler oren :(

ni masa buffet iftar di Mukalla, Cyberjaya dengan pandas

nasi lemak sambal sotong. ni mana boleh tinggal, makanan paberet nih!

itu je. hehe.. yang pasti, tahun ni berjaya lagi sekali tak jejak ke param!
 

Tuesday, July 09, 2013

Marhaban Ya Ramadhan


photo credit

Dikesempatan ini, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun atas segala kehilafan diri ini.

Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam tak kira di mana anda berada.
Moga-moga Ramadan kali ini lebih baik pengisian amalannya berbanding tahun-tahun yang sudah, InsyaAllah :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...